
Pelbagai cara nak buat rezeki melimpah ruah. Jika selama ini kita asyik memikirkan kenapa tak cukup aje duit, tentu ada yang kita culas lakukan.
Sebagaimana perkongsian ini moga ia menjadikan kita muhasabah diri untuk menjemput rezeki.
7 TIPS UNTUK SUAMI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI.
1. Bangun lebih awal dari isteri. Kesian isteri. Dia mungkin tidur lewat untuk uruskan keluarga kita sendiri.
2. Kejutkan isteri dengan penuh kasih sayang untuk tahajud bersama. Bukan kejut untuk ‘bersama’ jer. Percikkan air di wajahnya yang jelita jika isteri terasa berat nak bangun.
3. Solat Taubat setiap hari. Khuatir ada perbuatan kita tidak menjadi contoh yang baik buat isteri dan anak-anak selama ini.
4. Solat berjemaah Subuh di surau. Ia menjemput keberkatan datang bertamu di rumah sendiri.
5. Solat berjemaah dengan isteri dan anak-anak setiap kali berpeluang. Jadilah imam yang baik di dunia supaya kita mampu menjadi imam yang baik ke Syurga.
6. Pergi kerja dengan senyuman, balik kerja pun dengan senyuman dan kasih sayang. Antara rezeki yang paling mahal ialah keharmonian rumahtangga. Orang bisnes pun sama.
7. Solat Hajat setiap kali selepas solat Maghrib. Mudah untuk istiqamah bila buat waktu ini. Doakan agar keluarga kita kaya, berjaya dan bahagia sampai ke Syurga!
Kredit: Syakirah Kapli
“Cantiknya, Still Nampak Muda.” Sharifah Shahirah Muat Naik Video Jumpa ‘BFF’, Azah Aziz, Raih Perhatian Peminat.

Siapa yang tak kenal dengan pelakon Azah Aziz yang popular era 90-an. Sejak berhijrah ke luar negara mengikuti suaminya tidak lagi aktif dalam bidang hiburan tanahair. Namun pelakon legend ini tetap mempunyai peminatnya tersendiri.
Terbaru menerusi Instagram milik, penyampai radio dan pelakon, Sharifah Shahirah yang lebih mesra dengan panggilan Shira telah muat naik video berjumpa dengan Azah Aziz di sebuah cafe di ibu kota.
Dengan kapsyen ringkas, sudah lama tidak berjumpa rakan dari luar negara telah meraih perhatian peminat.
“Bila ko jumpa kawan ko dari canada @azahmontreal @therockchilliqueen.”
Video berdurasi 35 saat itu telah mengembalikan nostalgia peminat kepada pelakon yang berusia 49 tahun itu.
Awet muda
Dalam pada itu, ramai yang memuji kecantikanya walaupun sudah berusia. Malah ada juga rindu kepada lakonannya suatu ketika dulu.
Riak wajah dan kemesraan jelas terpancar kerinduan dua sahabat baik ini setelah sekian lama tidak berjumpa.
Peminat luah rindu
Meninjau di ruangan komen rakan artis dan para netizen meluahkan rasa rindu melihat pelakon legend itu dan turut memuji kecantikan awet muda Azah Aziz
Sumber: shieraijoydan azahmontreal
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bila Belah Ayah Terlalu Ramai, Keluarga Ni Siap Buat Salasilah Untuk Senarai Jemputan Kenduri!

Bertepatan dengan musim cuti sekolah pada hujung tahun ketika ini, jadi kelazimannya masa inilah ramai mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan untuk memudahkan sanak saudara ada masa untuk datang memeriahkan majlis.
Oleh sebab itu juga, sebagai tuan rumah sebolehnya kita juga tidak mahu ada yang tercicir nama sanak saudara untuk diundang ke majlis itu nanti. Bimbang juga ada yang berkecil hati jika tidak diundang.
Mungkin video yang dikongsikan oleh seorang wanita ini di aplikasi tiktok yang tular apabila terpaksa mengingati salasilah keluarga sebelah ayahnya dengan membuat gambarajah untuk menjemput ke majlis perkahwinannya ini boleh dipraktikan.
Bukak Salasilah Sebab Nak Jemput Wedding
Menerusi video tersebut, seorang perempuan sedang mempersiapkan majlis perkahwinannya untuk menyenaraikan jemputan tetamu yang hadir. Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila keluarga sebelah ayahnya sangat ramai dan untuk mengingati satu persatu, dia terpaksa mengingat satu persatu dan menyenaraikannya.
Malah bukan itu sahaja, siap dijadikan carta salah silah keluarga di atas kertas besar agar nampak lebih jelas.
“Macam nak buat projek juta-juta”-Netizen
Meninjau di ruangan komen mendapati pelbagai reaksi daripada netizen setelah melihat video yang dikongsikannya itu.
Sumber : TikTok [su_button url=”https://www.tiktok.com/@itsnotafrina/video/7021090778285886746?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6937518543227323906″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]@itsnotafrina[/su_button]
ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Sekeluarga Terkejut Jumpa Ikan Bakar Murah, RM2 Seekor Masa Bercuti Ke Utara!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Cara Nak Bahagiakan Pasangan, Selalu Lah Ucap 3 Ayat Ni. Walau Nampak Ringkas Tapi Itu Yang Di Nanti-Nanti Oleh Pasangan Terutama Isteri

Dalam melayari alam rumah tangga, pasti akan timbul masalah. Namun sejauh mana kita boleh menanganinya tanpa mencetuskan perbalahan. Rumahtangga yang berjaya bukan bila ada rumah dan kereta besar, tapi ia berjaya bila tak ada yang rasa besar kepala kat rumah.
Suami yang baik adalah suami yang memberi kebahagiaan kepada isteri. Termasuklah menghormati, lemah lembut dalam melayani, beri perhatian sepenuhnya dan tidak melebihkan orang luar dari insan yang disayanginya.
Malah, isteri ni sebenarnya suka sangat kalau suami sentiasa tunjuk kasih sayang padanya. Jadi, sebagai suami kena ada sifat bersyukur barulah rumah tangga bahagia. Hadamkan perkongsian oleh saudara Mohd Fhais ini tentang cara bagaimana rasa bersyukur itu boleh buat rumah tangga bahagia.
Patutnya makin lama kahwin, makin masak dengan perangai pasangan tapi terbalik. Makin lama kahwin makin banyak pula rungutannya!
Itu tanda kurang rasa syukur dalam hati.
Baik lelaki atau wanita, semua orang ada kelemahan. Jika di pandang kelemahan itu dengan hati tak bersyukur maka yang keluar dari mulut hanya kritikan dan rungutan. Jika hati dapat bersyukur maka yang keluar hanya kata-kata semangat dan dorongan.
#5 Cara tanamkan hati yang mudah bersyukur dalam rumahtangga.
1. Setiap pagi bersyukur dahulu sebelum merungut
– Bersyukur kerana masih mempunyai pasangan hidup. Bersyukur kerana anak-anak masih sihat. Bersyukur kerana masih dapat luangkan masa dengan anak bini. Bersyukur kerana masih ada rumah, kerja, makan dan sihat.
– Bila hati boleh bersyukur, buruk macam mana pun mata melihat sesuatu perkara tu mulut tak mudah merungut. Ini kerana hati masih boleh nampak hikmah di sebalik.
– Jernihkan hati dengan kesyukuran maka mata pun jadi jernih nampak segala kebaikan pasangan.
2. Amati betul-betul muka pasangan dan anak
– Setiap hari ambil masa sekurangnya 15 minit untuk amati muka muka orang di kasihi. Dari muka mereka kita boleh belajar bersyukur dan lebih menghargai.
– Isteri yang dulu berkulit halus dan gebu sekarang kasar dan tegang gara-gara membuat kerja rumah setiap hari. Bersyukur la kerana isteri tak pernah merungut.
– Anak yang gembira bermain walaupun dengan mainan kedai 2 ringgit. Bersyukurlah kerana ada anak hanya nak mainan dari kedai “toy r us” sahaja.
3. Fikir 3 cara untuk bahagiakan pasangan
– Setiap hari fikir 3 cara untuk bahagiakan pasangan. Baik pagi, petang atau malam. Tak berjaya tak jadi masalah yang penting ada usaha.
– Bangun pagi ucap love you, petang ucap terima kasih dan malam ucap berehatlah. Nampak ringkas 3 ucapan ni tapi sebenarnya ia ucapan yang di nanti-nanti oleh pasangan, terutama isteri.
4. Peluk, cium dan sentuh pasangan
– Tanda bersyukur dalam hati bila kita kerap peluk, kerap cium dan kerap sentuh pasangan dan anak-anak. Bila gembira terus kongsi vibe gembira dengan isteri, bila rasa lapang terus kongsi dengan anak. Secara tak langsung mereka pun bersyukur dengan kita.
– Jika selalu kita bersyukur dengan mereka, percayalah kita akan selalu nampak tingkahlaku mereka ini semakin menyenangkan.
– Menurut kajian juga sentuhan setiap hari sebelum keluar rumah boleh tingkatkan semangat dan emosi positif dalam diri pasangan.
5. Sentiasa murah dengan senyuman
– Setiap hari pulang dengan senyuman dan penuh semangat. Apabila kita tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan suka mendekati. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
– Ada kajian tentang senyum bahawa mak ayah yang selalu tersenyum mempunyai keluarga yang lebih stabil dan anak akan hebat interpersonal skilnya.
– Lagipun senyum itu satu sedekah. Sedekah pada ahli keluarga sendiri lebih banyak ganjaran, selain dapat pahala sedekah malah dapat pahala jaga silaturrahim.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Orang yang kuat bersyukur ni dia tak cepat marah dan sentiasa nampak sisi kebaikan dalam setiap orang. Hebatkan!
p/s : Tolong saya sebarkan tips ini pada orang lain juga kerana tips ini sangat bermanfaat buat keluarga mereka.