Setiap wanita yang berkahwin akan memberrikan layanan yang terbaik buat suami tercinta. Bagi isteri yang bekerjaya, masa tetap diluangkan untuk memasak buat hidang seisi keluarga. Apa yang pasti, air tangan adalah pengikat kasih kebahagiaan keluarga.
Sebagaimana perkongsian Fasha Sandar di instagramnya yang telah muat naik menu masakkan untuk suami dan ahli keluarganya. Beliau juga melahirkan rasa syukur dengan sikap sederhana suaminya yang tidak berkira mengenai menu masakan ringkas. Hanya kos bawah RM20, hidangan yang dimasaknya sendiri siap untuk dihidangkan.
SYUKUR SUAMI TAK CEREWET
Kos memasak bawah RM20 ni boleh makan utk 8 orang. Syukur sbb dapat suami yang tak macam2. Tekak dia pun sama ja, dia kata kering2 pun boleh makan. Tak wajib berkuah utk dia. Senang keja isteri. Masak simple2 ja pun dia kata sedap (amik hati kot. )
Dalam pada itu, dalam ruangan komen suaminya, Aidil Aziz memuji masakan Fasha bahawa biar ringkas tetapi sedap. ” Simple but nice.”
Seterusnya di ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji sikap primadona ini yang rajin memasak dan pandai menguruskan rumahtangga. Nyata pasangan serasi ini sedang menikmati bahagia sejak bergelar suami isteri sejak mendirikan rumahtangga tanggal 29 Mac lalu.