Setiap wanita yang berkahwin akan memberrikan layanan yang terbaik buat suami tercinta. Bagi isteri yang bekerjaya, masa tetap diluangkan untuk memasak buat hidang seisi keluarga. Apa yang pasti, air tangan adalah pengikat kasih kebahagiaan keluarga.
Sebagaimana perkongsian Fasha Sandar di instagramnya yang telah muat naik menu masakkan untuk suami dan ahli keluarganya. Beliau juga melahirkan rasa syukur dengan sikap sederhana suaminya yang tidak berkira mengenai menu masakan ringkas. Hanya kos bawah RM20, hidangan yang dimasaknya sendiri siap untuk dihidangkan.
SYUKUR SUAMI TAK CEREWET
Ads
Kos memasak bawah RM20 ni boleh makan utk 8 orang. Syukur sbb dapat suami yang tak macam2. Tekak dia pun sama ja, dia kata kering2 pun boleh makan. Tak wajib berkuah utk dia. Senang keja isteri. Masak simple2 ja pun dia kata sedap (amik hati kot. ) Apapun kita semua kena bersyukur. Yang penting, nak bagitau pekasam tu daripada kesayanganku @chentasuci. Pekasam Paling Sedap di dunia. .
Dalam pada itu, dalam ruangan komen suaminya, Aidil Aziz memuji masakan Fasha bahawa biar ringkas tetapi sedap. ” Simple but nice.”
Ads
Seterusnya di ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji sikap primadona ini yang rajin memasak dan pandai menguruskan rumahtangga. Nyata pasangan serasi ini sedang menikmati bahagia sejak bergelar suami isteri sejak mendirikan rumahtangga tanggal 29 Mac lalu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak perempuan yang rapat dengan ayah, bakal jadi orang yang hebat, IQ lebih tinggi. Bapa memainkan peranan penting sebagai teladan dalam kehidupan anak perempuan. Mereka sering melihat bapa sebagai figura lelaki yang kuat, penyayang, dan bertanggungjawab.
Anak Perempuan Rapat Dengan Ayah, Bakal Jadi Orang Yang Hebat, IQ Lebih Tinggi
Ini memberi anak perempuan pandangan yang positif terhadap hubungan dengan lelaki dan membantu mereka dalam membentuk hubungan yang sihat di masa hadapan. Bukan hanya berperanan sebagai hero yang melindungi, tapi sebagai pembentuk karakter hebat.
Tidak dapat disangkal lagi pengaruh seorang ayah sangat kuat kepada pembentukan diri anak perempuan. Kalau betul cara dan didikannya, anak perempuan boleh jadi wanita yang hebat dan berkeyakinan diri.
LIMA tip yang dikongsikan ini boleh dijadikan panduan.
Ayah, watak lelaki pertama yang hadir dalam diri anak perempuan. Ayahlah lelaki pertama dalam hidup anak perempuan, yang mempunyai perkaitan yang rapat dan memberikan pengaruh besar dalam segenap segi dalam kehidupan pada masa akan datang.
Jadi, ia bukanlah sekadar hubungan biasa-biasa. Kalau nak anak perempuan menjadi orang hebat, si ayah mesti mulakan dari awal lagi. Kaunselor, Puan Farhan berkongsi tentang hal ini. Pengalamannya sendiri turut dikongsikan bagi memberikan gambaran yang jelas tentang perkaitan antara hubungan anak perempuan dan ayah serta kasih sayang yang tertanam dalam diri anak kepada ayahnya.
Berikut ialah perkongsian beliau;
[Pengaruh ayah kepada anak perempuan]
“Ibu, kakak nak kahwin dengan abi”
“Hahh..heyy mana boleh, abi tu kan suami ibu”
“Haaa, tak kira kakak nak kahwin juga dengan abi…?”
Dialog saya diatas bersama Aufa berakhir begini
“Kakak, dengar sini. Kakak tak boleh kahwin dengan abi. Tapi kakak boleh kahwin dengan orang yang sama karakter dengan abi”
“Lepastu Aufa boleh kahwin dengan siapa?”
” Erm, contohnya kawan kakak kan ada. Kawan boleh. Yang penting bukan ahli keluarga macam abi, dan adik”
“Owh, macam tu.Ok ibu” Kata Aufa sambil malu malu kucing.
Dialog di atas adalah perbualan saya dan Aufa tempoh hari. Tidak pelik pun apabila anak perempuan yang masih KECIL berkata begitu. Sebenarnya, apa yang dia katakan itu merujuk kepada rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi seorang anak kepada ayahnya.
Kiranya tidak ada lelaki lain yang boleh menandingi ayahnya.
1: TEMPAT BERPAUT
Seorang ayah yang penyayang dan baik akan memberi impak yang sangat besar kepada seorang anak perempuan. Tahukah anda, seorang anak perempuan sangat memerlukan figure seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk dia berpaut.
2: HERO YANG SENTIASA MELINDUNGI
Anak perempuan yang membesar dengan seorang ayah yang mempunyai ciri ciri di atas akan sangat rapat dengan ayahnya. Sebelum datang lelaki lain (iaitu suami) ayah lah adalah lelaki yang paling utama dalam hidupnya. Baginya ayah adalah hero yang akan sentiasa menjaga dan melindunginya. Kehadiran ayah itu akan membuat dia merasa selamat.
3: BERI PUJIAN SUPAYA JADI YAKIN
Fungsi ayah juga adalah untuk menyokong proses anak perempuan membesar. Segala bentuk belaian, kata-kata pujian ini akan membentuk seorang anak perempuan yang kuat dan mempunyai keyakinan terhadap dirinya.
4: ELAK MASALAH FATHER-HUNGER
Anak perempuan yang membesar tanpa sentuhan seorang ayah akan mengalami masalah father-hunger. Dimana anak ini akan membesar menjadi seorang anak yang sentiasa dahaga kasih sayang seorang ayah. Hasilnya dia akan tercari cari sentuhan itu melalui orang sekeliling contohnya teman lelaki.
Malang sekali, mengikut satu kajian, anak perempuan yang tidak mendapat sentuhan seorang ayah akan menjadi gopoh dan tergesa gesa dalam mencari kasih sayang yang hilang itu.
Akibatnya mereka mudah menyerah kepada lelaki yang memberi perhatian kepada mereka. Hasilnya mereka lebih mudah terlibat dengan hubungan luar nikah dan aktiviti yang tidak bermoral bersama seorang lelaki yang pada sangkaannya adalah tempat dia meneguk kasih sayang yang dia tidak berjaya dapat melalui seorang ayah. Namun hakikatnya bukan.
5: MENJADI KAYU UKUR
Situasi ini berbeza dengan anak perempuan yang sudah cukup kasih sayang seorang ayah. Selain lebih yakin, mereka juga akan lebih berhati hati dalam mencari kasih sayang seorang lelaki selain ayahnya. Ayah akan menjadi kayu ukur kepada pemilihan yang akan dilakukan untuk memilih teman hidupnya.
Seandainya ayahnya seorang yang suka berjenaka, dia akan mencari lelaki yang juga suka berjenaka.
Seandainya ayahnya seorang yang suka membantu membuat kerja rumah, dia juga sedaya upaya akan mencari lelaki yang rajin membuat kerja rumah.
Tak dapat banyak pun sedikit.
Hasilnya anak ini akan lebih bahagia dalam kehidupannya.
Begitulah pentingnya watak seorang ayah dalam hidup seorang anak perempuan.
Jadi ibu ibu, sentiasalah berpesan kepada pasangan anda agar menunjukkan contoh terbaik kepada anak perempuan agar dimatanya ayah adalah hero dan segalanya untuk dia.
UNTUK ANAK PEREMPUAN YANG MUNGKIN SUDAH KEHILANGAN AYAH, WATAK LELAKI LAIN SEPERTI BAPA SAUDARA DAN DATUK MASIH BOLEH MENJADI HERO KEPADA MEREKA. ASALKAN NAMANYA ITU LELAKI.
Bertoleransi, faham antara satu sama lain, bertolak ansur dan jalankan tanggung jawab dengan baik antara kaedah bagi membahagiakan sesebuah rumah tangga. Bagi sesetengah wanita, apabila bergelar isteri kehidupan mereka berubah seratus peratus. Tiada lagi istilah me time atau bersuka ria dengan kawan-kawan. Sebaliknya suami dan anak-anak adalah keutamaan.
Saling melengkapi, itulah resipi kebahagiaan dalam rumah tangga. Dalam masa yang sama tidak lupa untuk menghargai segala penat lelah pasangan anda. Tidak kira sebesar zarah sekali pun.
Bukan wang ringgit yang didambakan setiap masa, namun kasih sayang yang dicurahkan dan perhatian sewajarnya itu sudah membuatkan ikatan suami isteri semakin kuat dan utuh.
Perkongsian saudara Farhad Hassan ini cukup bermanfaat buat pedoman suami isteri yang lain.
Setiap hari bangun pagi, Aku buka lampu, dia tutup aircond. Aku masuk tandas, dia ironkan baju. Aku solat subuh, dia sediakan sarapan. Aku sarapan, dia masuk tandas dan solat subuh.
Masuk kereta, Aku drive, dia bukakan makanan dan air, Aku buka bluetooth, dia bukakan lagu, Aku tengok kanan nak lintas, dia tengokkan kiri, Aku menguap ngantuk, dia urutkan bahu.
Ada extra gaji, Aku belikan hadiah utk dia, Dia dapat job, ajak makan Seoul Garden. Pergi ambil exam takaful, dia teman. Pergi jalan TAR cari barang, aku teman. Aku short duit, dia topup kan. Aku buat investment, dia execute kan.
Dekat rumah, Dia masak, aku potongkan bawang. Aku masakkan maggi, dia buatkan ayam masak lemak. Aku sapu lantai, dia mop kan lantai, Aku belikan makanan kucing, dia mandikan kucing. Aku ambilkan keropok, dia buatkan kopi. Aku basuhkan baju, dia lipatkan baju.
Bila sakit, Aku accident motor, dia bersihkan luka. Dia operate apendiks, aku pimpin tangan ke tandas. Aku demam, dia sediakan ubat. Dia demam, aku sediakan kain basah dahi. Aku sakit kepala, dia bawakan panadol. Dia sakit gastrik, aku bawakan minyak panas.
Yang sebenarnya, dia boleh je buat semua benda sendiri, but of course bila dah kahwin ada give and take. Teammates macam Keluang Man dengan Tiong Man, Batman dengan Robin, Tom dengan Jerry. To have someone who got your back.
Bukannya dia tak boleh buat semua tu, tahun 2020 ni, Perdana Menteri perempuan pun byk dah ada cuma setelah selesai akad nikah, walaupun suami masih ada tanggungjawab lain-lain, tapi untuk seorang isteri, tanggungjawab kpd suami adalah segala-galanya untuk dia, hidup dia.
Lets just appreciate them and give them more & more setiap hari. Beri masa, perhatian, kasih sayang walaupun dah bertitle pengantin tua/veteran/lama. Because they deserved it, and we owe them that.
Sebab kalau bukan kita, siapa lagi?
Thank you Watiey Abdullah for the love and everything ❤️
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sangka tiang batu botol yang retak mengundang maut pada anak sendiri. Itulah insiden tragis yang menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, Nur Iman Irdina, 4, ditemui berlumuran darah oleh ibunya, Aznynaqiah Mat Ali, 44, di beranda rumah keluarga. Dia dilaporkan maut akibat dihempap tiang batu botol.
Aznynaqiah berkata, sebelum kejadian Irdina bermain seorang diri di kawasan beranda itu dan dia ketika itu sedang menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur.
“Arwah memang suka bermain di kawasan beranda itu dan semalam dia bermain seorang diri sementara abang dan kakaknya berada tidak jauh daripada arwah.
“Ketika itu saya sedang menyiapkan juadah untuk berbuka sebelum terdengar bunyi kuat seperti runtuhan.
“Saya berlari ke depan rumah dan ternampak arwah sudah dihempap tiang batu botol,” katanya.
Menurutnya, tiang batu botol itu memang sudah retak dan dia bercadang membaikinya namun tidak menyangka keadaan itu meragut nyawa anak bongsu daripada lima beradik itu.
Aznynaqiah berkata, dia bersama adik dan ibunya bergegas membawa Irdina ke Hospital Alor Gajah.
Aznynaqiah berkata, dia bersama adik dan ibunya bergegas membawa Irdina ke Hospital Alor Gajah.
“Doktor berusaha menyelamatkannya namun Allah SWT lebih menyayanginya selepas doktor mengesahkan arwah sudah meninggal dunia,” katanya sebak
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...