Migrain memang menyakitkan. Tanpa sebab yang khusus migrain selalunya menyerang tanpa dijangka. Adakalanya migrain disebabkan cuaca yang terlampau panas, juga alah pada cuaca sejuk, tidak kurang juga terlambat makan.
Boleh dikatakan bila migrain menyerang, semua kerja tak mampu dibuat dengan sempurna. Bukan hanya sakit kepala, ada sesetengah kes migrain yang tidak mampu bernafas dengan baik dan rasa loya hendak muntah. Tak mampu tahan lagi!
Jika bukan migrain, sakit kepala juga begitu. Sesetengah kes menyerang sebahagian kepada sahaja dan ini sangat mengganggu tugasan dan kerja seharian. Kes-kes migrain biasanya alah kepada cuaca panas dan sesetengahnya alah pada cuaca yang terlalu sejuk.
Perkongsian saudari Hanisah Noordin di facebook ini patut kita amalkan. Mana tahu petua yang dikongsikannya serasi dan menjadi untuk tubuh kita. Katanya, dia dan suaminya memang tidak lagi mengambil sebarang ubat-ubatan seperti panadol dan ubat tahan sakit sejak mengamalkan petua ini. Jadi kita kenalah cuba kerana inilah yang terbaik.
Guna tiga bahan ini sahaja.
BAHAN-BAHAN:
Air suam
Cuka apple organik
Madu asli
1. Campurkan cuka epal bersama 1 sudu madu ke dalam air suam.
2. Pastikan guna sudu plastik, menggunakan sudu besi tak sesuai untuk madu kerana menghilangkan khasiat dan zat madu.
3. Baca selawat 3 kali dan terus minum.
4. Boleh juga minum segelas air masak untuk menghilangkan rasa masam di tekak.
5. Terus sahaja tidur dan rehatkan diri.
6. Selepas bangun insyaallah sakit akan hilang dan pulih.
Penyebab Migrain
Sebagai tambahan info, migrain biasanya terjadi disebabkan oleh banyak perkara. Antara punca migrain yang boleh dikenal pasti adalah disebabkan oleh keletihan yang teramat sangat, stress, dihidrasi atau kurang air, terlambat makan, makan berlebihan, cuaca juga ada yang mengaitkannya dengan genetik.
Pun begitu, makanan seperti keju, kopi, coklat dan alkohol sangat memainkan peranan sebagai punca sakit kepala. Hati-hati!
9 Cara Lain Ubati Migrain
1. Tidur – Tidur dan rehatkan diri sehingga kepala makin reda.
2. Jauhi cahaya – Jauhkan daripada cahaya, sebaiknya tidur dalam gelap.
3. Minum air kosong –berkemungkinan tubuh anda kekurangan air.
4. Segelas air panas – Minum segelas air panas, sebaiknya dapatkan teh halia panas untuk rasa lebih baik.
5. Rendam kaki – Rendam kaki dalam air yang sejuk atau ais juga satu terapi yang baik untuk sakit kepala.
6. Makanan kaya magnesium – Makanan kaya magnesium mampu buat urat saraf menjadi lebih relaks dan tenang.
7. Jaga kondisi gula darah agar stabil – Gula darah yang rendah mengakibatkan rasa sakit kepala dan migrain.
8. Gosok minyak – Minyak tambahan seperti minyak angin atau mint buat kepala rasa lebih tenang dan relaks.
9. Jangan stress – Kena bijak kawal stress
Kredit : Hanisah Noordin