Siapa yang tak kenal dengan pelakon Lana Nodin yang sering membawakan watak antagonis. Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin juga antara artis Malaysia yang bernikah dengan ‘Mat Salleh’.
Dikurniakan dua orang cahaya mata, Gia Quinn dan Daud William McKienzie, pelakon berusia 40 tahun itu kelihatan begitu bahagia dengan suami tersayang iaitu Mohd Daud McKienzie.
Biarpun bersuamikan ‘mat saleh’ namun Lana tidak melupakan peganan agama. Lana sebelum ini pernah berkongsi beberapa video suami dan anak sulungnya Gia Quinn McKienzie mengikuti kelas agama yang dikendalikan oleh seorang ustazah.
Terbaru , laman instagram ayuputeh yang dimiliki oleh Datuk Normashayu Puteh, seorang penerbit drama yang memuji Lana Nordin yang tetap menjaga ibadahnya.
Datuk, Minta maaf ya. Lana nak wuduk Boleh? Masyallah..yang ada laki melayu pun tak tau nak didik Isteri ..isteri pandai2 lah bawak diri 😬ni hah Isteri look mat salleh sebab laki dia mat salleh Amerika..Tapi, Subbhanallah.
Bukan saya Gayat atau nak judge.. erm Fakta kan?
Cuma nak share Rasa hati ni bahgia bangga.. semoga Lana di lindungi dan di sayang Allah @lananodinmckienzie
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai, rata-rata memuji akan sikap Lana Nordin dan mendoakan semoga pelakon berkenaan terus mendidik keluarganya supaya terus mengenali agama Islam.