Pada setiap majlis perkahwinan, saat ketika disatukan sebagai suami isteri yang sah mampu membuat sesiapa sahaja, pengantin atau tetamu, bergenang air mata. Apatah lagi, bila mengenang segala naik turun pasangan itu.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan detik bacaan doa oleh pengantin lelaki disertai pengantin perempuan yang merupakan adik ipar pengguna tersebut dan sudah pun mencapai lebih daripada 600,000 tontonan.
Kebiasaannya, pengantin perempuan yang akan mengalir air mata namun, konten video tersebut menunjukkan pengantin lelaki itu yang sebak membaca doa ketika meletakkan tangannya di atas mahkota isterinya.
Menurut temubual bersama mStar, Nadira (pengantin perempuan) berkata dia sendiri tidak menyangka suaminya, Ahmad (pengantin lelaki), menangis ketika itu kerana dia merupakan seorang yang tenang.
“Ketika itu saya pun tunduk lama, sebak tak tahu nak cakap macam mana. Bila suami menangis, dengan spontan saya terus ambil tisu lap air matanya. Saya pun tak tahu kakak ipar rakam kami masa tu. Ada yang cakap kami berlakon tapi langsung tidak pun. Saya tak pernah tengok suami menangis sampai macam itu sekali. Tetamu pun sebak sampai ada yang menangis,” ujar wanita itu.
Sementara itu Ahmad pula berkata, dia tidak dapat menahan air mata kerana mengenangkan kesetiaan wanita berkenaan yang sanggup bersama-sama menghadapi dugaan yang dilanda sepanjang lima tahun berkenal, daripada tidak mepunyai apa-apa sehinggalah sudah mendapat pekerjaan yang stabil.
“Dialah banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya hingga saya dapat memiliki apa yang saya mahukan dan dialah satu-satunya perempuan yang boleh menerima saya apa adanya.
Saya amat berterima kasih kepadanya dan saya bersyukur sangat Allah jodohkan kami berdua. Kini saya memegang tanggungjawab yang besar… saya akan menjaganya hingga akhir hayat saya,” ujar Nadia.Pasangan ini selamat dijabkabulkan pada 16 September lalu di Masjid Rahmaniah, Kuala Kangsar selepas lima tahun berkenalan.
Tambahan pula, sikap suami yang sentiasa positif dan suka memberikan kata-kata semangat membuatkan dirinya jatuh hati dengan personaliti lelaki tersebut.
“Bila saya down dengan kerja atau orang di tempat kerja, saya mengadu tapi ini saja yang keluar dari mulutnya, ‘kita tak mampu nak puaskan hati orang, setiap orang ada kekurangan dan kelebihan masing masing, dan kita tak boleh tutup mulut orang'” katanya.
Ruangan komen video tersebut telah ditutup tapi diandaikan reaksi dan pendapat warganet adalah yang baik-baik sahaja terhadap pengantin baru itu.
“Suami saya bukan romantik orangnya tapi cara bercakap dan berpesan memang tersentuh sangat. Kami terkejut sebab tak tahu kakak ipar rakam dan upload di TikTok. Setiap malam suami tengok video tu, dia bacakan doa tu dekat ubun-ubun sampai saya tertidur” jelas Nadia.
Semoga artikel ini memberi inspirasi kepada para pembaca semua. Kami dari Keluarga mengucapkan tahniah kepada pengantin baru.
Terima Kasih
Sumber: @hzhnrhksssm_ di TikTok