Suami Risau Terpecah Periuk Kaca ‘Kayangan’, Tanya Cara Pujuk Isteri, Reaksi Netizen Bikin Berdekah.

Share

Lumrah bagi wanita apabila membeli barang kelengkapan dapur akan dijaga dengan sempurna. Tambahan pula jika kelengkapan itu berharga ribu atau ratus ringgit.

Ia termasuk periuk masak jenis kaca. Walaupun berharga mahal, wanita sanggup membeli untuk digunakan ketika memasak. Ia umpama memberi aura positif bagi mak-mak. Tidak mustahil ada yang sanggup membeli periuk masak berharga ribuan ringgit.

Namun, bayangkan jika periuk masak kesayangan didapati pecah. Lebih mengejutkan ia adalah perbuatan daripada sang suami. Tentu boleh bikin geram buat isteri yang telah sekian lama menjaga periuk mahal. Lebih-lebih lagi ia ada kenangan nostalgia.

Begitulah situasi dihadapi oleh lelaki ini, Suhaimi Nayan 

yang terkejut apabila periuk kaca kesayangan isterinya pecah tanpa disangka. Bimbang dengan situasi itu, dia meminta rakan-rakan warganet memberi idea sebelum isteri pulang ke rumah.

Ikuti kisah lucu ini tapi penuh dengan unsur kebahagiaan sebuah rumahtangga.

Lani pukul 5.20 petang, pukul 6 camtu, bini balik. Kalau2 sahabat dalam ni ada idea untuk jawapan yang sesuai. Di samping itu sertakan juga doa ya.


(Beli periuk ni masa hanimun kat Langkawi)

Namun, jawapan netizen bikin berdekah. Berikut antara respon yang mencuit hati.

Sumber: Suhaimi Nayan