pengacara dan pelakon Ain Edruce mengesahkan dia kini berbadan dua. Ain mengumumkan khabar gembira itu menerusi saluran YouTubenya hari ini.

Menurut Ain atau nama sebenarnya,  Nurulain Edruce, 29, dia sebelum ini terpaksa merahsiakan perkara itu kerana usia kandungannya masih terlalu awal.

“Suami Punya Reaction Cute Jer,” Setahun Kahwin, Ain Edrus Kongsi Berita Kini Hamil!

Sebelum ini ramai peminat dan warganet berteka teki mengenai spekulasi Ain Edruce hamil akhirnya terjawab apabila selebriti tersebut berkongsi berita gembira ini menerusi laman Youtubenya.

“Sebelum ni orang cakap nampak baby bump. Ya saya mengandung, tapi saya tak boleh cakap apa-apa dulu sebab terlalu awal.

“Kandungan saya kini dah cecah empat bulan,” katanya.

Jelas Ain, dia mendapat tahu tentang kehamilan beberapa hari sebelum dia dan suami bercuti di Langkawi.

“Suami Punya Reaction Cute Jer,” Setahun Kahwin, Ain Edrus Kongsi Berita Kini Hamil!

IKLAN

Justeru, pasangan itu terpaksa menangguhkan aktiviti lasak sepanjang percutian tersebut.

“Saya buat ujian kehamilan ini pun selepas menyedari lambat datang bulan. Jadi kami terpaksa elak aktiviti lasak sepanjang di Langkawi,” katanya.

Tambah Ain lagi, tahun 2020 menjadi tahun paling bermakna baginya kerana bakal bergelaribubtidak lama lagi.

“2020 ini hari yang paling diingati dan tak boleh lupa sebab saya hamil,” katanya.

Menerusi video yang dimuat naik itu, Ain membuat kejutan kepada suaminya dengan menunjukkan alat ujian kehamilan.

IKLAN

“Suami Punya Reaction Cute Jer,” Setahun Kahwin, Ain Edrus Kongsi Berita Kini Hamil!

Dalam video tersebut juga turut dikongsikan momen dan reaksi suaminya apabila mendapat tahu bahawa mereka bakal menjadi ibu dan ayah kelak.

Walaupun suaminya sukar untuk mempercayai pada mulanya tetapi riak wajah gembira bakal menjadi ayah terserlah.

Malah Ain turut mengakui anaknya juga aktif  seperti nya ketika mereka melakukan pemerikasaan kandungan di sebuah pusat perubatan.

IKLAN

“Suami Punya Reaction Cute Jer,” Setahun Kahwin, Ain Edrus Kongsi Berita Kini Hamil!

Selain itu, Ain turut berkongsi khabar gembira itu bersama kedua-dua ibu bapa mereka dan kenalan rapat.

“Suami Punya Reaction Cute Jer,” Setahun Kahwin, Ain Edrus Kongsi Berita Kini Hamil!Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember tahun lalu.

Jom cuci mata, banyak yang ditawarkan  di SINI 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI