Sebut sahaja Solok Lada mesti terbayang lada hijau muda yang disumbat dengan inti di dalamnya. Menu ini sememangnya cukup terkenal di Pantai Timur dan dimakan bersama dengan nasi kerabu.
Ibu-ibu nak cuba buat sendiri. jom admin kongsikan resipinya.
Suami saya kata. Solok lada saya tersedap di dunia. Kita apa lagi kembang kempis hidung .😂
Bahan-Bahan:
20 biji lada solok
Ikan selayang 12 ekor
5 ulas bawang merah
1inci halia, garam & gula
Kelapa parut putih rm3
150ml Santan untuk merebus solok lada.
Cara Membuat:
1. Ambil isi ikan mentah yang di buang tulang
2. Belah memanjang lada dan buang biji.
3. Tumbuk bawang dan halia, bila dah lumat masakan isi ikan mentah tumbuk lagi, masukkan kelapa parut. Tumbuk sehingga lumat.
5.perasakan dengan garam dan gula.
6. Sumbat bahan inti ke dalam lada.
7. Rebus solok lada dengan sedikit santan. Bahagian dasar periuk jangan lupa alas dengan kubis/kacang panjang(nak elakkan solok hangit)
Rebus sehingga santan kering. Dah siap.
Selamat mencuba 😋
Kredit : Aishah Toke Kek
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club