Pelakon Abby Abadi berkongsi status dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh baru-baru ini. Sehingga kini, dia masih ditahan dibawah pengawasan doktor. Menurut Abby yang kini sedang hamil hampir enam bulan, dia diduga apabila tekanan darahnya terlampau tinggi.
“Ni saya masuk hospital terpaksa berpisah sementara sebab tak dapat bilik.
“Semalam nak masuk KPJ dorang tak terima kes saya. Suami bawa ke hospital Sungai Buloh ok diterima di sini.
“Tanya kat kaunter pasal bilik memula kata kena masuk wad biasa nak pantau dulu. Lepastu tanya bilik lagi rupanya kena booking awal.
“Tiada pilihan masuk juga. Sebab darah tinggi saya tak terkawal.
“Risiko-risiko yang disebut doktor sangat mengerikan huhu. Suami penat nak balik, tidur dalam kereta. Kesian dia,” tulisnya.
Luahan itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Begitu pun, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memberitahu, penyakit darah tinggi yang dialaminya bukan disebabkan oleh faktor umur.
“Setelah 24 jam berlalu saya masih di sini. Saya dihantar masuk wad.
“Darah turun naik. Inject tang sana inject tang sini. Makan ubat macam-macam.
“Darah tinggi oh darah tinggi aduhai. Esok kena puasa pula untuk cek gula.
“Ni bukan sebab umur sebab depan saya anak pertama pun darah tinggi juga.
“Sebelah saya anak pertama sampai kena sawan sebab darah tinggi juga.
“Ujian masing-masing tak sama. Doakan yang baik-baik ye.
“Saya bosan ni jadi terbebel sikit sebab rindu suami dan anak-anak semua. Tak sabar nak dengar doktor kata boleh balik tapi entah bila aarghhhh, tambahnya lagi.
Abby sebelum ini pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Dalam instagram suaminya, Faizal atau mesra dengan panggilan Jaiezzany turut berkongsi gambar bersama isteri kesayangannya itu.
Malah, Memey dan Norman serta anak perempuan mereka turut melawat Abby di hospital. Menurut Memey, atas faktyor kesihatan, Abby buat masa kini dinasihatkan tidak menerima pelawat kerana masih dibawah pemantauan doktor.