“Suami Paling Steady” Sekeluarga Dijangkiti Influenza A, Yana Samsuddin Lega Kini Makin Pulih!

Share

Diuji dengan demam influenza sekeluarga, pelakon dan pengacara Yana Samsudin kini lega keadaan dirinya, suami dan dua anaknya semakin beransur pulih.

Berkongsi pengalaman itu kata Yana, ia bermula bila mana dua anaknya, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea yang dijangkiti virus itu dan terpaksa menjalani kuarantin selama seminggu.

Namun begitu kata Yana, berbanding anak dan suami, dia mengalami gelaja yang teruk sehingga dimasukkan ke hospital.

Menerusi Instagramnya, Yana berkongsi cerita ketika diuji dengan virus itu yang dikatakan lebih sakit dari virus Covid-19.

“Morning korang, sikit lagi nak sihat dah ni. Itu la Yana dah pesan dengan anak anak, “ko kalau nampak ada orang demam, ko lari je jangan main ngan dia, diorang main jugak…”

“Dah terbaring 2 beradik tu kena Influenza A, seminggu kuarantin.

“Yana lak, dah cuba asingkan tempat tidur, rajin pulak budak 2 orang ni datang melawat mommy dia. Dah berjangkit kita pulak,” ujarnya memulakan cerita.

Malah kongsi Yana lagi, melalui pengalaman itu dirasakan lebih sukar dan sakit berbanding ketika diuji dengan virus Covid-19.

Tambah Yana lagi, meskipun suaminya, Fadzil Zahari turut sama dijangkiti virus itu namun begitu dia tetap menguatkan diri demi isteri dan dua anaknya yang sakit.

Tidak hanya membawa ke klinik bahkan dia berulang alik serta memandu pada jarak yang jauh untuk memastikan kesemuanya dalam keadaan yang baik.

“Ya Allah, sakitnyaa lebih dari covid. Sakit kepala, sakit gigi, sakit sendi semua la. Nasib #EnKetuaRumah tak buat hal, kalau tak bertambah pulak sakit hati kita ni.

“Dia yang paling steady rasanya, drive beratus kilometer pergi Lumut, pastu Penang pastu Yong Peng, pastu balik Shah Alam semula.

“Malam kemudiannya bawak Mateen pergi klinik, pastu malam esoknya bawak Yana pulak pergi klinik, kitorang balik rumah dah tumbang. Sempat pergi opis lagi, petang kemudiannya baru nampak dia lesu, balik opis mandi pastu berselera pulak dia makan, orang sakit patutnya tak selera makan, ntahlah.

“Esok petangnya dia dah Ok, hidup seperti sedia kala, anak-anak pulak dah berlari ke sana sini keriangan. Tinggallah kita dengan saki baki kesakitan ini Allahu,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Yana dan suami mendirikan rumahtangga pada 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.

 

Menarik: Comelnya, Madammu Belanja Wajah Baby Kayden, “Sangat Aktif & Suka Ketawa!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club