Suami Ni Ubah Van Hijau Jadi Cukup Istimewa Pada Keluarganya. Begini Cara Buatnya!

Share

Untungnya bila seseorang itu kreatif dan ditambah pula dengan minat  melakukan kerja-kerja pertukangan seperti mana apa yang dikongsikan oleh seorang suami ini, nyata hasilnya cukup wow!

Lihat sahaja van ini berubah wajah menjadi kenderaan yang cukup selesa dan serba guna untuk keluarga ini dapat meluangkan masa bersama sambil bercuti di dalam kenderaan tersebut. Nyata idea yang awesome!

Sebenarnya ini kali pertama saya memasang lantai van.

Ekoran kesemua harga supply & install yang ditanya agak memedihkan jiwa.

So, saya study sikit melalui youtube dan fb, ukur keluasan lantai van, senaraikan barang apa yang perlu dibeli, survey lokasi kedai harga patut, beli barang dan mulakan kerja-kerja pertukangan tengah hari semalam.

Kebanyakan kerja tidaklah terlalu susah. Barangkali disebabkan bercampur-baur faktor minat.

Namun, part memastikan keserasian lubang antara plywood (lantai) dan lubang skru tapak kusyen memang agak mencabar kewibawaan.

Alhamdulillah, baru selesai mencari dan menebuk lubang. Berjaya juga akhirnya. Habis berkicap di pagi hari. Boleh berehat dulu kot. Dah lepas part paling sukar. Haha..

Alhamdulillah..

Projek menyiapkan lantai van telahpun mendapat CF dan selamat untuk diduduki berkuatkuasa hari ini.

Di sini saya kongsikan sedikit langkah-langkah dan keperluan untuk menyiapkan lantai van. Semoga bermanfaat.

1. Ukur keluasan lantai van anda. Jika ada lantai lama, boleh dijadikan rujukan/acuan.

Van saya, tiada rujukan, terpaksa ukur sendiri. Lebar 54inch x panjang 83inch.

Saiz plywood di pasaran adalah, lebar 48inch x panjang 96inch.

So, tepaksa dapatkan 2 keping plywood untuk memenuhi keluasan lantai van.

Ketebalan, saya gunakan yang 12mm.

Saya suruh kedai potongkan siap-siap 54inch x 48inch dan 54inch x 35inch, dengan alasan sukar untuk dimasukkan ke dalam kereta. Tapi, taknak lebih, taknak kurang. Saya sendiri yang ukur dan tanda.

2. Pelapik antara plywood dan lantai van, saya gunakan rubber sheet.

Harga dikira berdasarkan kg = +-RM5.30/kg

Rubber sheet ini berfungsi sebagai:
– Penyerap hentakan.
– Grip supaya tidak licin.
– Sound insulation.

Boleh juga diganti dengan karpet lama, atau sound & heat insulation yang terdapat di kedai aksesori kereta.

3. Flashband tape.

Saya lekatkan di bahagian lekukan lantai van, bertujuan mengurangkan perbezaan aras lantai, juga sebagai penebat bunyi.

4. Vinyl flooring.

Jenis yang saya gunakan berketebalan 1.5mm, saiz 6inch x 36inch setiap plank, 24pcs sekotak. Jadi, sebelum beli, anda kiralah siap-siap samada cukup ataupun tidak sekotak.

Van saya, ada lebihan 3-5 keping.

5. Double tape.

Bukan jenis yang biasa didapati di stationary. Katanya, khas untuk vinyl.

Masa beli, mereka kata segulung pun sudah memadai. Malangnya, semalam terpaksa beli lagi 1.

6. Devider. (Saya tak pasti apa nama sebenar)

Saya letak di bahagian pintu dan bonet, supaya bila dibuka, plywood di bawah tidak kelihatan, juga agar tidak terdedah secara terus kepada hujan/air.

7. Skru tapak kusyen.

Memandangkan ada pertambahan ketebalan (mengikut saiz plywood dan vinyl). Maka, pastikan anda beli awal-awal skru yang lebih panjang agar semangat anda tidak terbantut untuk final setup.

8. Lain-lain keperluan;
– Pisau.
– Pembaris/ Tape pengukur.
– Spanar.
– Gergaji.
– Gerudi.

Tempoh siap, sehari pun dah boleh siap sebenarnya.

Nota: Item-item seperti Rubber Sheet dan Flashband Tape bukanlah bahan yang sepatutnya digunapakai. Ianya hanyalah alternatif dan inovasi mengikut kemampuan dan logik saya yang bukan pakar. Jika mahu yang sebenarnya, bolehlah mendapatkan di kedai aksesori berdekatan.

Anggaran untuk buat lantai van ini
rasanya samada tak sampai 200 atau kalau lebih pun 200 lebih sikit je.

Adanya van ini anak-anak dan isteri  sangat gembira & teruja. Bahkan dorang lebih excited untuk naik van berbanding kereta utama.

Mungkin pada orang lain ianya nampak biasa/nampak van buruk/besi buruk, tapi pada kami, van hijau ini mampu menaut bonding kasih sayang diantara kami.

Sumber : Wan Muhammad Aliff