Hidup sebagai suami isteri perlu ada gurau dan senda agar kekal bahagia selamanya. Selain itu antara rahsia kunci bahagia dan kerukunan rumah tangga, perlu keduanya saling percaya dan mempercayai antara satu sama lain.
Kadangkala sering juga berlaku selisih faham dalam hal keluar rumah bagi pihak suami mahu pun isteri.
Namun berbeza pula dengan video yang dikongsikan di TikTok yang memaparkan seorang wanita akan memberikan isyarat dan aksi di CCTV rumahnya setiap kali dia keluar dan pulang semula ke rumah.
Beri Isyarat
Menerusi video yang dikongsikan oleh suaminya di akaun TikTok @mohdhabibullah, berkongsi gelagat isterinya selepas dia melihat rakaman di CCTV rumahnya dengan kepsyen : “Pengaruh cartoon mana la dia ni buat gaya macam tu 🤣 ada sesape tahu tak ? bukan ape risau lama2 buat boleh terbang pulak dia tangan duk kepak2 macam tu 🤣 geram nya lahai 😘”
Difahamkan, isterinya itu akan membuat pelbagai gaya dan isyarat pada CCTV rumah mereka ketika dia mahu keluar dan selepas pulang.
@mohdhabibullah_Pengaruh cartoon mana la dia ni buat gaya macam tu 🤣 ada sesape tahu tak ? bukan ape risau lama2 buat boleh terbang pulak dia tangan duk kepak2 macam tu 🤣 geram nya lahai 😘♬ original sound – Sam Benwick 🇵🇭
Gelagat isterinya itu ternyata membuatkan si suami terhibur kerana pelbagai perangai yang ditunjukkan isterinya dan siapa sangka video tersebut telah pun ditonton 1.4M view dan mendapat pelbagai reaksi atau komen daripada netizen.
Meninjau di rungan komen rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenai pasangan suami isteri tersebut.
Sumber : TikTok mohdhabibullah_
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club