Saya mula tanam sayur dah lama, sejak umur 7 tahun saya tolong mak saya tanam cili padi dan sekarang berkebun sayur menjadi antara minat yang mendatangkan pendapatan untuk saya sekeluarga.
Jadi saya ada menanam di laman rumah, walau pun tidaklah seluas mana namun dapatlah juga mendatangkan hasil. Jujur saya katakan, kecil saja keluasan untuk menanam bayam ni, dalam 2 batas pendek ja.
Pun begitu selain sayuran bayam saya ada juga tanam pisang, cili padi dengan keledek. Tapi tu dekat kebun yang lain la, bukan di laman rumah.
Berbeza hobi
Berbicara tentang hobinya ini, Mohamad Amir Amirul Bin Osman sebenarnya mempunyai hobi berbeza dengan isterinya Nor Shafina Binti Abdullah yang lebih berminat dalam bab jahitan.
Pun begitu, walau berbeza hobi dengan suaminya namun turut memberi sokongan dan ringan tulang untuk membantu di kebun jika berkesempatan. Memandangkan masanya sibuk membuat tempahan jahitan.
Biasanya sayur-sayur bayam ni saya jual dekat kedai-kedai runcit terdekat, bila saya free saya jual sendri dari rumah ke rumah.
Jika ingin dianggarkan, tanaman bayam di laman rumah ni sahaja untuk sekali tuaian boleh la dapat dalam RM50-60 ringgit, Alhamdulillah.
Tip Tanam Bayam
Tak susah mana pon, masa nak buat batas tu saya tabur tinja ayam, dengan baja npk 15,15,15. Lepas tu tunggu dalam seminggu camtu dah boleh start tanam.
Sebelum tanam tu saya gaulkan benih bayam tu dengan abu arang untuk tujuan menjarakkan pokok bayam atau tak nak bagi bayam tumbuh terlalu rapat.
Bila bayam usia 1 minggu lebih saya mula bagi baja forliar untuk pokok bayam tu selama 4-5 kali seminggu tiap pagi..dalam masa 20 hari camtu dah boleh tuai dah bayam tu.
Cabaran tanam kali pertama
Mengimbau cabaran mula-mula tanam bayam di belakang rumah, nyata ada dugaanya.
Dulu memang tanam tak menjadi. Ada yang kena makan ulat dengan siput babi, lepastu dengan tanah yang agak berbatu.
Jadi cara saya selesaikannya, terlebih dahulu saya perlu bersihkan seluruh kawasan yang agak semak yang mana mungkin menjadi perumah bagi serangga tersebut.
Maklumlah, waktu mula-mula tanam tu kawasan keliling laman tu agak semak. Bila saya bersihkan semua kawasan tu, ancaman dari serangga tu berkurangan. Pokok bayam pun boleh hidup dengan subur.
sumber : AMeer UChiha