Suami Ni Share Kronologi Isteri Mengandung & Ada Cyst Terpaksa Dibuang!

Share

Perkongsian daripada seorang suami ini semoga boleh dijadikan panduan.

Beliau berkongsi pengalaman isterinya yang disahkan ada cyst dan dalam masa yang sama disahkan mengandung. Ya, 2 berita, satu menggembirakan dan satu lagi menyedihkan.

Jom ketahui kisah sepenuhnya.


BAHAYA CYST PADA YANG SUDAH BERUMAHTANGGA

Terpanggil rasa nk share berkenaan bahaya cyst ni pada golongan wanita yang sudah berkahwin dan belum berkahwin juga..

Pada yang dah berkahwin dan masih belum ada zuriat cubalah bawa isteri anda untuk buat checkup berkenaan penyakit cyst ni. Cyst merupakan sejenis ketumbuhan yg akan ada pada orang perempuan sahaja. Cyst aktif ataupun tidak aktif.

Perlu ingat adakalanya cyst bole memudaratkan, tetapi sekiranya dari awal boleh dicegah & boleh dirawat peringkat awal ianya akan menyelamatkan nyawa terutama yang sudah berkahwin yang sedang hamil tetapi ada cyst.

Kronologi 

Disini saya share kronologi cyst yang wife lalui dlm tempoh 1 tahun lebih dan kami xtaw yg cyst aktif dkt wife saya.

Pada tahun april 2016 kami bernikah dalam tempoh tersebut sehinggalah hujung tahun 2017 kami belum dikurniakan rezeki ada zuriat.

Pada Februari 2018 wife saya pregnant. sebelum tu wife saya mengadu sakit di kanan perut, bila bawa checkup dekat klinik doktor sahkan wife ada cyst and pregnant 6minggu.

Diberi 2 pilihan

Doktor bagi pilihan kalau nk buang sekarang chances baby boleh survive dlm kandungan 50-50 tapi kalau boleh tahan operate masa bersalin nanti, so masa tu doktor dh suggest bersalin czer buang cyst skali.

Tapi doktor suggest jugak kalau xtahan sangat lepas 14weeks pregnant dah boleh operate buang dah and masa tu chances baby bole survive pun sangat kurang.

Tapi bila dah masuk 20weeks-25weeks wife pregnant, dia semakin kerap sakit. So saya buat keputusan kena p jumpa doktor semula pada 17 July 2018 dan seperti yg saya jangka doktor mahu lakukan pembedahan secepat mungkin utk mengelakkan dari perkara tidak diingini berlaku.

So disebabkan cyst yang ada pada wife dh twisted bila tengah malam wife akan rasa sakit tapi bukanlah setiap hari kadang-kadang 2-3 hari sekali kadang-kadang selang 1 hari depands jugak la.

So apa pun jadi saya ambik risiko untuk buang cyst sekarang walaupun wife xmau and takut risiko pada baby tapi sy yakinkan dia Insyallah semuanya akan selamat kita doa n tawakal pada Allah SWT.

Size cyst yang ada pada wife masa buang hari tu dalam 4cm. Tak besar pun tetapi effect dia kalau pecah sangat dasyat akan bahaya pada baby n wife, sebab jenis cyst yang aktif kerana ada tisu – berkemungkinan dermoid cyst (rujuk gambar).

Main peranan

Pada waktu and ketika inilah peranan saya sebagai suami kena sangat- sangat kuat utk bagi semangat dekat wife untuk buat jgk operate buang cyst ni walaupun saya pun ada rasa sedih and takut nak teruskan semua ini..

Alhamdulillah cyst dah berjaya buang dengan selamat sekarang. Masa operate buang baru-baru ni kandungan baby dah 25 weeks bermaksud 6 bulan lebih. Wife kuat! Baby pun kuat! Alhamdulillah syukur.

Doktor ada cakap masa operate memang tak ada risiko baby nk gugur tetapi masa lepas operate maksudnya effect ubat bius n sebagainya boleh bagi effect pada baby.

Alhamdulillah berkat doa semua orang wife and baby selamat. Doc sendiri tunjuk pada saya ‘raw cyst’ tersebut yang sudah ada kekuningan kerana sudah ada jangkitan kuman. Syukur kerana dah buang cyst ni sebelum menjadi lebih memudaratkan.

Saranan & Pesanan

Pada yang dah bernikah and belum lagi rezeki ada anak cubalah bawa wife buat checkup, mungkin salah satu sebab cyst ni jugak penghalang rezeki nak ada anak, tapi saya xkata 100% disebabkan cyst ni. Cuma kita sebagai manusia biasa sekadar mencari ikhtiar yang terbaik.

Ya betul rezeki, ajal & maut semua kententuan Allah SWT. Tapi berusaha, berdoa, dan tawakal. InshaAllah semua akan dipermudahkan, tak salah bawa wife checkup sebab ni adalah penyakit orang perempuan and semua perempuan ada sakit cyst ni cuma aktif atau tak aktif saja.

Kalau ada usaha la untuk buang sebab saya dah lalui dah, dah tengok bagaimana wife sakit bila cyst ni menyerang. Dan semestinya dah tgk mcm mana kesakitan yg rasanya tak sanggup nak tgk bila wife dh habis selesai menjalani Operation kerana baby aktif menendang dan terpaksa menahan sakit luka yang dibedah..

Kini Alhamdulillah semuanya selamat.

Sumber : Adi Muhaimin Hakim