Secara logiknya tidak susah untuk seorang anak rapat dengan ibunya berbanding ayahnya dek kerana hubungan istimewa antara anak dan ibu telah terjalin sejak anak tersebut berada di dalam kandungan lagi. Oleh itu, tidak hairanlah, anak-anak dengan sendirinya akan selesa ‘berkepit’ dengan ibunya berbanding ayah.

Bila anak lebih rapat dan semahunya mahu ‘berkepit’ siang malam dengan ibu, secara tidak langsung juga akan menyebabkan ibu tersebut seakan tidak ada lagi istilah ‘Me time’  baginya.

Mengelakkan daripada ini terjadi, seorang suami yang begitu prihatin dengan isteri tercinta, cuba melakukan sesuatu agar isterinya dapat menikmati ‘Me Time’ dan hal ini telah dikongsi di akaun fbnya untuk turut dijadikan panduan untul lelaki lain bergelar suami. Jom semak perkongsiannya.


Ada juga orang tanya, macam mana nak bagi anak mesra dengan ayah, dan boleh berenggang dengan mak? Nak bagi ‘me time’ pada isteri tapi anak tak nak ikut ayah.

Tip mudah yang aku boleh bagi, ayah kena banyakkan masa dengan anak. Tak ada jalan pintas atau magik.

Secara nalurinya, memang anak-anak akan rapat dengan mak sejak kecil. Yang menyusu badan lagilah, siang malam berkepit.

Waktu sedih atau dalam kesusahan, anak biasanya akan mengadu pada mak. Jumpa ayah bila nak berjimba atau buat benda gila-gila saja.

Ads

Jadi bila masa yang ayah boleh renggangkan anak dengan mak?

1. Waktu anak terbangun waktu malam. Kalau anak tak menyusu badan, ayah buatkan susu dan ayah dodoikan sehingga tidur. Kadang-kadang anak terbangun sebab lampin penuh, maka ayah gantilah lampin dan tidurkan. Biar isteri kau berehat.

2. Petang-petang, bawa anak keluar ke taman permainan tanpa isteri. Kau tolaklah anak tu naik buaian ke, turunkan dia di gelongsor ke. Kalau kau yang naik sekali takut roboh pula.

Suami Ni Nak Beri ‘Me Time’ Pada Isterinya, Ni Helah Dibuat Agar Anak ‘Berkepit’ Pula Dengannya!

Ads

3. Hantar anak ke sekolah, tuisyen, kelas tambahan, kalau boleh ayah yang buat. Waktu ini, banyak masa untuk ayah bersembang dan buat lawak hambar dalam kereta.

4. Cari satu hobi yang diminati bersama oleh ayah dan anak-anak. Jadikan itu rutin yang selalu dibuat di luar rumah tanpa kelibat isteri. Tumpukan pada hobi tersebut dan keseronokan anak meluangkan masa dengan ayah. Contohnya main layang-layang ke, tangkap belalang ke, main futsal ke.

5. Waktu membeli-belah di pasar atau pasaraya, biarkan isteri di rumah. Ayah bawa anak-anak membeli barang dapur bersama. Bolehlah kau ambil masa ini ajar anak nama-nama ikan, macam mana nak pilih ikan segar dan jenama beras pilihan.

Ads

6. Untuk anak lelaki, ayah bawalah pergi masjid untuk solat, kuliah atau karnival masjid. Selain baik untuk pembentukan sahsiah dan dapat pahala, boleh juga kau rajinkan diri bergaul dengan masyarakat setempat. Tak adalah pak imam nanti jeling kau semacam.

7. Ayah haruslah peluk, cium, dukung dan bergurau dengan anak setiap hari. Biar anak rasa mesra dan tidak melarikan diri dari kau. Ini kalau sentiasa bengis, memanglah budak-budak itu nak melekat pada emak mereka saja.

Suami Ni Nak Beri ‘Me Time’ Pada Isterinya, Ni Helah Dibuat Agar Anak ‘Berkepit’ Pula Dengannya!

Begitulah sedikit sebanyak yang aku boleh kongsi. Lain-lain, kau boleh sesuaikan ikut situasi dan kreativiti masing-masing.

Mudah-mudahan anak-anak makin mesra dengan ayah dan emak pun dapat rehat serta ‘me time’ yang diperlukan.

sumber : Ahmad Affzan Abdullah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI