Kelazimannya kalau ditanya tentang bab siapa bangun awal pagi dan seterusnya menyediakan sarapan, pasti isterilah orangnya.
Tetapi berbeza dengan perkongsian daripada seorang suami yang cukup luar biasa. Setiap hari akan bangun lebih awal untuk mendirikan solat qiamullai dan bukan itu sahaja dapat pula menyediakan sarapan untuk keluarga tercinta, nyata cukup terinspirasi.
Ini perkongsiannya.
Bagi ‘tukang masak pagi’ macam saya ni, one of the real struggles adalah untuk bangun awal pagi masa tengah gelap gelita lagi kat luar tu dan orang ramai masih dibuai mimpi, saya kena bangun awal daripada orang lain.
Ditambah pula saya wajibkan diri untuk menunaikan solat sekurang-kurangnya 2 hingga 4 rakaat sebelum mula memasak maka kena bangun lebih awal lagi. Tetapi dengan niat yang baik dan cara yang betul, Allah SWT pasti tolong.
Jangan risau sangat, jika mahu buat, buat je. Apabila sudah terbiasa, tak rasa susah pun. Saya ni pun tak pernah rasa mengantuk apa pun sepanjang seharian kerja. Lebih-lebih lagi walaupun kurang tidur, kerana percayalah qiyamullail itu memberikan kekuatan kepada diri
berbanding melemahkan, cubalah buat.Saya bertuah, sebab isteri setia di sisi. Bangun seawal pagi mana pun, kebanyakan masanya isteri pun bangun juga. Dan kebanyakan masanya masa saya masak tu isteri buat ‘kerja’ lain macam lipat baju ke, kemas rumah ke, menyusukan anak ke, mandi ke, baca al-Qur’an ke, macam-macam.
Susah ke, boleh ke, mampu ke, tak penat ke, tak kisah apa persoalannya pun, buat je dulu, baru tahu OK atau tak OK. Setiap satu adalah ibadah, tak rugi apa pun insyaAllah.
Pagi ini saya masak mi goreng (guna mi kering yang mi segera tu, goreng tumis bawang dan cili kering kisar letak serbuk kari sikit) dan jagung rebus. Alhamdulillah sekeluarga suka. 06/10/2019
Semoga perkongsian daripada Dr Shahr Musafir ini dapat kita bersama ambil aura dan semangat untuk melakukan perkara yang sama.
Sumber : Syahr Musafir