Biarpun hidup sebumbung dan tidur sebantal sekali pun, bukan semua suami dapat memahami apa yang dirasai dan ditanggung oleh isteri.
Segala keletihan mengurus rumah tangga dan dalam masa yang sama menanggung bebanan di tempat kerja, sering juga dipendamkan sahaja daripada suami dek kerana sikap suami yang tidak menunjukan prihatin.
Pun begitu sampai bila harus begitu, sekali sekala pasti akan terluah juga pada pasangan dengan harapan dapat meringankan masalah yang ditanggung.
Jika berlaku demikian, sebagai seorang suami cubalah jadi pendengar yang baik, dan hal ini sebenarnya tidak susah untuk dibuat.
Ini sebagai mana menurut perkongsian Dr Redza Zainol di akaun facebooknya, berkongsi cara dan tips untuk para suami praktikkan.
Ini perkongsiannya.
Bila isteri berkongsi tentang masalah yang dia hadapi di tempat kerja atau masalah dengan kawan, suami tak perlu pun bagi solusi.
Kebanyakan masa, cukup sekadar mendengar. Iyakan apa yang isteri rasa.
Seorang sahabat saya pernah kata, perkahwinan ni bukanlah projek yang perlu disiapkan atau masalah yang perlu diselesaikan.
Dia kata lagi,
1. Dah habis mendengar tu, suami jangan diam je. Bagitau apa yang suami rasa.
Contohnya:
“Saya rasa tak patut dia buat macam tu kat awak”.
“Saya rasa apa yang awak buat tu dah betul”.
2. Biar isteri rasa tindakan dia betul. Menangkan pihak isteri kita.
Ads
3. Selesai. Ulang dan ulang cara ni hingga akhir hayat bersama
Meninjau di ruangan komen, nyata para isteri banyak memberi respon di atas perkongsian Dr Redza Zainol yang seakan mengiakan, antaranya seperti komen daripada Salina Ismail, “Suami saya mmg pendengar setia.. Sambil kita cerita dia akn angguk2.. Iyakn je agaknya.. Tu pun kita dah rasa lega😀”
Manakal Puan Saleha Idris pula memberi komen, “Betul. Jangan judge siapa betul siapa Salah. Si isteri perlukan sokongan moral Dan sosial serta emosi. Siapa yang dirujuk. Tentu paling dekat dengan dia ✔️💪”
Pendapat Suhaila Najib pula, “Biasanya kalau isteri mula bercerita,dia nak suami sokong ataupun mengiyakan je..xsusah pun..tu pun dah bt die gembira😆”
Tulis Aulia Diyanah, “Bila suami sanggup tadah telinga, berkongsi bahu bila isteri rasa down, dah rasa syukur sgt, alhamdulillah…”
Jangan tak tahu, kulit pisang banyak manfaatnya. Bukan hanya untuk kecantikan kulit. Rupa-rupanya boleh juga dijadikan baja semula jadi untuk pokok hidup dalam rumah. Lepas ni jangan terus buang, simpan kulit pisang untuk dijadikan baja.
Macam mana caranya? Mudah jer, jom baca tip yang dikongsikan oleh Huda Zainal ni.
Rendam kulit pisang 2 hari 2 malam antara tips yang Huda rajin amalkan sebulan sekali untuk baja pokok hidup dalam rumah. Cara dia semudah ABC.1. Makan pisang dan ambil kulitnya sahaja.
2. Rendam kulit pisang dalam air selama 2 hari 2 malam.
3. Agihkan air rendaman kulit pisang ke dalam semua pasu.
Bagusnya guna air rendaman kulit pisang sebab air ni tinggi dengan potassium. Terdapat juga kandungan nitrogen, phosphorus dan magnesium yang mampu buat pokok gembira. Jika risau kehadiran ‘fruits flies’ atau unggas, cairkan bancuhan air rendaman. 1 : 5 (air rendaman kulit pisang : air biasa).
Kulit pusing yang telah direndam, boleh potong kecil-kecil dan tanam sedikit di dalam pasu berpokok. Ini pun boleh jadi baja semulajadi.
Pelakon Emma Maembong dan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar dilihat mesra melayani anak-anak meskipun mereka sudah berpisah. Emma berkongsi gambar bersama bekas suami dan anak-anaknya, Syariq Gabriel serta Syakil Aryan Shah di Instagram.
Emma Maembong & Bekas Suami Tetap ‘Berbaik’ Meskipun Sudah Berpisah
Dalam hantaran tersebut, Emma dan Shazli dilihat ceria memangku kedua anak-anak mereka sewaktu keluar bersama adik-beradik serta anak buahnya.
Menerusi hantaran itu juga, kapsyen yang disertakan menyatakan yang Syariq Gabriel dan Syakil Aryan Shah telah keluar berjalan-jalan dengan ibu serta bapanya.
Mereka merasakan cukup gembira apabila ibu saudara serta sepupu turut ada bersama.
“Keluar dengan baba dan mama semalam bersama ibu saudara serta sepupu. Kami sangat gembira,” tulisnya.
Luang Masa Bersama Anak-anak
Perkongsian Emma telah mendapat perhatian warga maya di media sosial. Ramai yang gembira melihat Emma dan bekas suami tetap baik walaupun sudah berpisah demi anak-anak.
Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 32 telah mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar.
Walaupun tidak mendedahkan bila tarikh sebenar mereka bercerai, namun selebriti itu menyatakan yang tempoh idahnya sudahpun selesai. Mereka masih menjalinkan hubungan baik demi anak-anak mereka yang berusia 4 dan 1 tahun.
Sekadar info, Emma dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan perpisahan mereka pada 7 Oktober 2024.
Sepanjang cuti ni sekolah boleh buntu juga ibu melayan selera anak-anak. Jadi apa kata sediakan menu burger yang cukup digemari ramai dari air tangan kita sendiri.
Resipi dan cara penyediaannya dikongsikan oleh wanita ini. Jom semak.
Ramai suka makan burger. Tapi masalahnya burger yang ready made termasuk dalam kategori makanan yang tak sihat sebab ia processed food.
Kalau nak yang sihat boleh buat sendiri, senang je sebenarnya.
Ibu-ibu boleh cuba buat di rumah ya.
Resepi daging burger homemade by Widyana Ali.
Simple and healthy, alhamdulillah.
Bahan:
700 gram isi ayam
Tiga ulas bawang putih
Dua sudu besar serbuk black pepper
Setengah sudu teh serbuk oregano
Satu sudu besar organic raw cane sugar (pilihan)
Satu sudu kecil garam pink
Empat sudu besar tepung ubi kayu/potato starch
Cara:
1 Potong dada ayam bentuk dadu.
2 Masukkan ayam ke dalam food processor bersama bawang putih.
3 Satukan semua rempah (oregano,black pepper,gula dan garam) ke dalam mangkuk dan kacau dengan sudu.
4-Campurkan ayam yang telah dikisar halus bersama semua rempah tadi.Kacau dalam mangkuk besar.
5-Tambahkan tepung ubi kayu dan gaul.
6 -Bentukkan daging burger menggunakan acuan benjo.Pastikan lapik dahulu dengan plastik kuih yang dipotong empat segi sama.
Siap!Kalau ada baki boleh frozenkan,tapi lagi sedap kalau buat terus makan.
Masak burger seperti biasa!
Jangan lupa letak ghee atau pure butter masa memasak.
Tips:
Tak perlu tekan daging burger ketika masak untuk elakkan juice daging terkeluar nanti daging kering macam makan hampas.
Jika tiada food processor, boleh guna blender biasa,tapi masukkan isi ayam sedikit demi sedikit tanpa masukkan air. Pernah cuba dulu dan blender bergerak sebab isi ayam licin.Yang penting jangan banyak sangat sekali letak.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...