Migrain memang menyerang kita tanpa dijangka. Cuaca biasanya menjadi penyebab utama selain pemakanan yang tidak menentu.
Orang yang mengalami migrain biasanya cukup sensitif kepada hampir segala-galanya. Antaranya sinar cahaya matahari boleh mencetuskan sakit yang teruk terutama seluruh kepala.
Jadi bagi yang mengalami migrain yang kerap dan teruk anda boleh mencuba cara alternatif yang lebih selamat dan berkesan. Boleh juga cuba buat suami yang tiba-tiba diserang migrain. Insyallah membantu.
Yang anda perlu tahu, garam dan lemon baik untuk meredakan masalah ini. Pastikan hanya garam berkualiti tinggi digunakan dan sebaiknya gunakan garam Himalaya organik jika anda mahu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Garam ini akan membantu anda mengurangkan sakit kepala yang teruk dan migrain. Selain itu, ia akan membantu anda menguatkan sistem imun serta membantu memulihkan bacaan alkali dan elektrolit dalam badan anda.
Ads
Antara bahan lain untuk petua ini ialah lemon. Lemon dianggap sebagai salah satu buah-buahan yang mempunyai alkali. Badan kita mendapat banyak manfat apabila lemon digabungkan dengan garam kerana membantu anda mengurangkan migrain.
Bahan-bahan :
1/2 biji lemon
Ads
1/2 sudu teh garam Himalaya
Cara Penyediaan:
Ads
1. Mulakan dengan memerah limau tersebut ke dalam segelas air
2. Kemudian tambah garam Himalaya.
3. Gaul dan ubat migrain anda bersedia untuk diminum.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masalah kelemumur walau bukanlah sesuatu yang menyakitkan tetapi rasa gatal boleh menyebabkan kita tidak selesa dibuatnya.
Kalau boleh hendak sahaja digaru bertalu-talu tapi tidak juga selesai masalah tersebut. Gatal tetap ada dan sedihnya, kelemumur dirasakan makin banyak pula.
Bahkan menurut perkongsian Public Health Malaysia, menggaru kulit kepala secara agrasif adalah sebenarnya menjadi penyebab masalah kelemumur boleh menjadi lebih teruk.
Jadi ketahui cara yang boleh anda lakukan sebelum mendapatkan rawatan pakar andai masalah kelemumur semakin serius. Ikuti perkongsian ini.
Individu yang ada masalah kelemumur BUKAN bermakna mereka tidak jaga kebersihan ya, cuma ada sesetengah individu mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghasilkan kelumumur.
Antaranya faktor umur, stress, alahan dan penggunaan produk rambut yang salah. Rawatan awal adalah dengan menggunakan syampu anti kelemumur.
Untuk meningkatkan keberkesanan syampu, buang sisik sisik kelemumur perlahan lahan dengan sikat atau berus rambut. JANGAN gosok atau garu dengan agresif, ia akan akibatkan masalah kelumumur semakin teruk.
Jika penggunaan syampu tidak berkesan dapatkan pemeriksaan lanjut .
*Ini bukan iklan syampu
Cadangan syampu
Sumber : Public Health Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kejadian anak demam biasanya bukanlah menunjukkan keadaan yang sangat merbahaya, namun bila terjadi pada waktu malam dan suhu pula menjadi tinggi pasti sahaja menyebabkan kita sebagai ibu ayah berasa bimbang.
Hendak dibawa ke klinik sudah lewat malam dan takut juga suhu panas tidak turun-turun walaupun sudah dituam dahi dan diberikan makan ubat cecair.
Jadi apa sebenarnya perlu dibuat untuk pastikan suhu dapat diturunkan dengan lebih cepat ya?
Menambah info tentang jenis ubat-ubatan yang boleh digunakan, ikuti perkongsian daripada doktor Ahmad Samhan ini semoga bermanfaat.
10 Fakta Wajib Tahu Tentang Ubat Demam Yang Masuk Ikut Bontot Anak
1. Terdapat 2 jenis suppositories di pasaran iaitu Supp Paracetamol dan Supp Voltaren(Diclofenac).
2. Supp Paracetamol terdapat 2 dos iaitu 125mg dan 250mg manakala dos Supp Voltaren 12.5mg dan 50mg.
3. Kedua-dua jenis bentuk torpedo dan dimasukkan melalui dubur. Digunakan untuk menurunkan suhu badan dengan cepat terutamanya bila anak muntah-muntah atau susah untuk makan ubat cecair.
4. Supp Paracetamol adalah acetaminophen dan Supp Voltaren adalah NSAID(Non Steroid Anti Inflammatory Drugs).Keduanya adalah antipyretic(menurun suhu demam) dan analgesic(tahan sakit).Cuma Supp Voltaren ada fungsi lain iaitu anti inflammatory(anti radang).
5. Penggunaan Supp Voltaren pada kanak-kanak berumur kurang 5 tahun yang mengalami jangkitan influenza boleh meningkatkan risiko Acute Necrotizing Encephalopathy(sel otak mati yang boleh membawa maut).
6. Pengambilan NSAID tanpa mengetahui punca demam akan menyebabkan kerosakan hati,demam denggi berdarah dan ulcer perut.
7. Segera dapatkan rawatan doktor jika anak mengalami simptom seperti perubahan tingkahlaku, keletihan, sawan dan tak sedarkan diri.
8. Supp Voltaren boleh digunakan jika telah diketahui punca demam(setelah keputusan darah diperolehi), tiada alahan ubat dan sebagai ubat tahan sakit(arthritis kanak-kanak).
9. Berwaspada untuk beri Supp Paracetamol pada bayi kurang 6bulan dan Supp Voltaren pada bayi kurang setahun. Pengambilan Supp Voltaren tanpa nasihat doktor tidak digalakkan dan berbahaya.
10. Pilihan terbaik adalah Supp Paracetamol kerana kurang risiko berbanding Supp Voltaren.
Kongsikan pada mak ayah lain ya!
Sumber : Dr. Ahmad Samhan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Usaha untuk menghentikan daripada virus covid-19 terus tersebar, umumnya kita semua perlu mengawal pergerakan dengan melaksanakan PKP secara berdisiplin.
Selain itu, kita juga diminta untuk meningkatkan amalan penjagaan kesihatan dan sekali gus mengamalkan gaya hidup sihat.
Pun begitu, bagaimana dengan perokok?
Untuk lebih jelas situasi tersebut, doktor ini kongsikan satu kisah yang diharapkan dapat menjentik hati kaum adam terutamanya buat mereka yang kita sayangi dalam keluarga untuk segera berhenti merokok.
“Doktor, pesakit bilik dekon spo2 drop!!”
Seperti yang dijangka. Aku tak tangguh terus berlari dengan gaya Usain Bolt.
“Prepare for intubation!”
“Encik, oksigen dalam badan kurang sangat ni. Kita akan bantu dengan masukkan tiub pernafasan. Sebelum tu kita akan bagi ubat tidur. Encik ikut saya mengucap ya”
“Ashadu Alla Ilahaillah Wa Ashadu Anna Muhammadurasullulah…”
Kalimah syahadah dibisikkan ke telinga pesakit sebelum ubat tidur dimasukkan.
Perlahan. Tenang. Yang berada disitu mengharapkan rahmat dan bantuan Allah saja semata-mata. Kita hanya mampu berusaha.
Pesakit ini masih muda. Baru 34 tahun. Tiada sejarah penyakit cuma seorang perokok tegar. Tiada kontak rapat. Dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas.
Pada mulanya diberi bantuan oksigen dari luar, nampak kandungan oksigen dalam badan masih stabil tetapi xray dada teruk. Kami syak kemungkinan besar pesakit dijangkiti covid-19.
Covid-19 akan melekat di ACE2 reseptor di paru-paru dan perokok mempunyai ACE2 reseptor yang sangat tinggi. Mereka akan mengalami jangkitan yang teruk jika dijangkiti covid-19.
Semakin banyak ACE2 reseptor, semakin banyaklah virus ini memasuki badan. Dalam masa yang singkat, pesakit akan sesak nafas dan keadaan ini dipanggil ARDS (Acute Respiratory Distress Syndrome).
“Puan ni isteri kepada En. K?”
“Ya,saya.”
“Saya doktor yang merawat suami puan. Kandungan oksigen dalam badan suami puan tadi terlalu kurang. Kami terpaksa masukkan tiub pernafasan.”
“Ya Allah. Boleh saya jumpa dia sekejap doktor”
Kelihatan sesekali dia menggosok perutnya yang sedang sarat mengandung.
“Maaf puan, tidak dibenarkan sesiapa pun jumpa pesakit. Kami syak suami puan dijangkiti Covid-19.”
Terus kelu. Tak tertahan-tahan air matanya menderu-deru meleleh dipipi.
Antara memikirkan untung nasib suaminya dan keadaan hari depan. Bagaimanalah mahu menghadapi situasi ini dalam keadaan sarat mengandung.
Benar, bukan mudah untuk berhenti. Bukan tak mahu berhenti. Dah berkali cuba tapi gagal. Terus kecewa dan berhenti untuk cuba lagi.
Tapi ingat lah yang kita ada isteri yang memerlukan kasih sayang seorang suami, ada bakal anak kecil yang dahagakan kasih sayang seorang ayah dan kita juga ada ibu bapa yang rindukan kehadiran seorang anak.
Kita perlu korbankan rasa kecewa dan putus asa untuk cuba terus berhenti merokok. Kita perlu korbankan rasa ketagih pada rokok. Kita perlu berkorban demi orang-orang yang paling kita sayang.
Kehadiran wabak ini sepatutnya dapat menginsafi semua perokok. Rebutlah peluang untuk berhenti merokok. Inilah masanya.
Ingat, paru-paru perokok adalah syurga buat virus ini.
Minta tolong kongsikan cerita ini pada yang masih merokok agar mereka berwaspada dan diberi kekuatan untuk berhenti merokok.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...