Perkongsian oleh seorang kaunselor Normaliza Mahadi yang berpengalaman berdepan dengan kes seumpamanya ternyata menyentak hati yang membaca.
Keluarga menuntut hak anak lelaki mereka yang meninggal dunia sedangkan tiada siapa yang membela nasib isteri dan anak seramai tiga orang yang ditinggalkan. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua.
Anak lelaki meninggal. Tinggal kereta dan rumah. Menantu tak kerja. Anak ada 3. Semua kecik-kecik lagi.
Memanglah jadi harta pusaka dan boleh dibahagikan. Hanya soalnya, siapa yang betul2 nak tanggung balu itu dan anak-anaknya selepas semua harta tu diambil dan dibahagikan? Sanggup ke tengok menantu dan anak-anak buah tu meminta-minta untuk makan.
Tak payahlah direbutkan kereta tu dan rumah tu. Tak ada ke perasaan kasihan dan simpati kepada orang-orang yang kehilangan tempat bergantung?
Direbutkan juga harta-harta tu. Tapi masa orang tu sakit, nak hulur RM5 pun tidak. Meninggal hartanya direbutkan.
Kasihan balu 3 orang anak tu.
Perkembangan terkini
Menantu makcik ke yang telepon puan tu?
Ntah. Kenapa? Makcik ada menantu yang kena macam ni ke?
Aah. Anak makcik baru meninggal. Kami ni sekeluarga puan, hanya nak kan hak. Islam yang suruh. Bukan kami pandai2. Makcik ikut aje.
Ooo. Tapi betullah makcik. Kita kena ikut Islam. Saya sokong makcik, anak-anak makcik dan semua orang yang tuntut harta tu.
Terima kasihlah puan faham. Macam makcik katalah. Makcik ikut Islam.
Iya makcik. Saya faham. Oh ya! RM3000 sebulan ni nanti saya akan kutip daripada makciklah ya.
RM3000 apa ya puan? Eh! Kena bayar ke makcik telepon ni.
Takkkk. Telepon ni percuma. Saya ni ikut Islam makcik. Saya tak charge orang susah. RM3000 ni untuk menantu dan cucu makcik.
RM800 sewa rumah.
RM400 bayar kereta
RM900 makan 3 cucu
RM200 perubatan cucu
RM300 jalan-jalan sebulan
Ini makcik, pakcik dan keluarga kena tanggung. Sebab ikut Islam selepas anak lelaki meninggal, isteri dan cucu2 adalah tanggungan keluarga lelaki tu.
Kita kena IKUT ISLAM makcik. Semua perkara. Saya suka makcik sebab makcik nak ikut Islam.
Eh! Manalah kami mampu. Makcik rasa salah macam ni. Menganiya keluarga lelaki pulak.
Treetttttttttt.
Makcik
Makcik
Makcik
Dah putus pulak talian ni
???????
Kisah masyarakat
by NM