Demi menyara sebuah keluarga, seorang lelaki melakukan dua kerja dalam satu hari sehingga meragut nyawa.


Sebelum itu, tular semula video lelaki berkenaan yang merupakan seorang rider p-hailing menerima sekeping RM50 secara rambang di pusat beli-belah tahun lalu.

Namun siapa sangka rupanya individu itu telah menghadap Ilahi. Menurut isteri penghantar makanan itu, suaminya, Ahmad Farhan Othman telah dijemput Ilahi pada 2 Oktober lalu ketika sedang bekerja.

Sebagaimana memetik laporan Sinar Harian, Nursuziliana Mohd Johari, 32,  pemergian suaminya amat mengejutkan kerana arwah tidak mempunyai sebarang penyakit, namun dipercayai meninggal dunia ketika sedang bekerja.

Ads
Suami Meninggal Dunia Buat Dua Kerja, Jantung Tersumbat Penat Terlampau

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, Ahmad Farhan turut mendapat pekerjaan baharu iaitu pemandu van awal September lalu, tetapi rutin menghantar makanan tetap dilakukannya demi menampung keperluan keluarga.

“Tetapi, kebelakangan ini arwah sering mengeluh dan mengadu penat. Mana tidaknya, seawal jam 7.30 pagi dia dah siapkan anak-anak kemudian pergi buat Grab sehingga 10 pagi

“Selepas itu, kerja jadi pemandu van hantar dan angkat barang-barang berat sampai jam 5 petang, kemudian sambung buat Grab sehingga 8 malam.”

75 PERATUS JANTUNG TERSUMBAT TERLALU PENAT

Ads

Isteri arwah juga mendedahkan suami meninggal dunia kemungkinan terlalu penat bekerja sehingga menyebabkan jantung tersumbat.

“Doktor ada kata selepas postmortem, 75 peratus jantung suami dah tersumbat mungkin sebab terlalu penat bekerja,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Ads

 

@mrbeast_malaysia #mrbeastmalaysia ♬ original sound ☺️400k comin – MrBeast Malaysia

Suami Meninggal Dunia Buat Dua Kerja, Jantung Tersumbat Penat Terlampau
Tangkap layar video Mr Beast Malaysia di TikTok.

Sumber: Sinar Harian

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI