Hubungan

Suami Memberi, Isteri Pun Nak Bagi. Menarik Perkongsian Ni, Jadikan Panduan!

Share

Terbinanya ikatan yang kukuh dan membahagiakan antara suami dan isteri akan lebih terasa bila kedua-dua saling memberi.

Fahami tentang istilah memberi antara suami isteri ini melalui perkongsian ini. Semoga ianya bermanfaat.


Suami baru pulang kerja, nampak orang jual pisang goreng.

Dalam hati suami berkata,

“Mesti isteri petang-petang ni nak minum sambil makan pisang goreng”

Walaupun dah terlajak, suami patah balik belikan seringgit dua pisang goreng.

Nampak pula kopok lekor panas, dalam hati rasa mesti isteri suka sebab feveret dia ni.

Di rumah,

Selepas selesai uruskan rumah dan anak-anak, dan mandi isteri teringat,

“Suami nak balik ni jap lagi. Mesti dia nak minum-minum untuk berehat dari lelah”

Kata hati isteri.

Tanpa berlengah terus siapkan minuman untuk Suami. Dalam hati isteri tiba-tiba merasa kalau ada goreng pisang atau kopok lekor sedap ni.

Tapi taknak lah susahkan suami suruh beli, lagipun biskut pun ada ni.

Tiba-tiba suami sampai!

Suami sampai berlari jumpa isteri,

“Tadaaaa! Goreng pisang! Kopok lekor yang awak suka pun ada!”

Isteri pula

“Yeke? Wahh, memang nak minta abang belikan tapi takut susahkan”

Kalian,

Itulah namanya memberi.Suami memberi, isteri pun nak bagi. Akhirnya, berdua membina Syurga hari-hari.

Bukan bermimpi hanya di dunia selepas tengok drama dalam tv. Bukan juga hanya meminta itu dan ini.Juga bukan dari suami isteri yang tiada jiwa dan hati.

Semuanya ini, suami isteri itu mendapatkannya dari satu persatu ujian dan nikmat dalam rumahtangga, yang silih berganti.

Mereka adalah suami isteri yang selalu menguatkan hati dengan Allah.

Mereka adalah suami isteri yang lebih memandang nikmat, dari ujian.

Mereka suami isteri yang walau penat dan lelah mendepani hal-hal kecil sesama sendiri, namun belajar memaafkan dan menerima walau amat sakit sekali.

Rumahtangga memberi.Bukan rumahtangga yang selalu meminta.

Point utama disini bukan soal pisang goreng atau minuman petang kalian.

Yang utama, adalah tentang rasa hati.

Hati suami isteri yang saling terhubung, kerana berdua mereka adalah manusia yang ada Allah dalam hidupnya.

Soal suami beli atau tidak, soal isteri buat air atau tidak, itu soal kedua dan seterusnya.

Yang utama, suami isteri yang hati mereka di ikat dengan Allah. Lalu, rasa hati mereka berdua Allah lalukan rasa itu buat mereka sama-sama.

Begitulah.

Sumber : Abu Hurairah Asifa