Suami Makan Memang Nak Berkuah. Isteri Ni Akur Ubah Resipi Walau Mulanya Rasa Pelik!

Share

Perasan tak biasanya bila sembang bab makanan tradisi keluarga, akan ada satu menu yang istimewa yang disediakan oleh ibu kita yang tiada atau tidak sama dengan menu keluarga orang lain. Dan bila kita berkahwin, menu yang sama itu akan kita sediakan pula untuk keluarga kita.

Biasanya, En suami akan boleh menerima menu tersebut dan secara tidak langsung turut menyukai hidangan turun temurun keluarga si isteri atau jika tidak suka sekali pun sekadar  tidak dijamah.

Namun  berbeza pula kisahnya dengan Syazwana di mana suaminya meminta untuk diubah resipi tersebut daripada sebelum ini dimasak kering menjadi berkuah. Adakah lagi sedap atau pelik menu yang dihidangkan? Ikuti perkongsian Syazwana tentang hal ini.


Actually aku baru belajar resepi ni lepas kawen. Sebab family aku masak resepi ni tapi takde kuah. Kitorang panggil ikan goreng lada besar. Lepas kawen laki tak minat. Sebab dia makan memang nak berkuah.

Suami cadangkan lebihkan air asam

Dia cakap next time masak lebihkan air asam. Memula tu tak boleh terima jugak tapi lama2 sedap pulak. Anak aku pon suka. Apa2 je lah janji laki n anak suka.

SEKARANG RESIPI NI SEMUA SUKA

Haritu kan balik kampung kakak aku cakap camni “akak dah try dik resepi asam ko tu. Memula tu macam pelik jugak. Tapi budak2 cakap sedapnya mama masak” Wah aku apa lagi terus kembang sekejap.Maklumlah mak n kakak aku pandai masak. Sebab tu dorang datang rumah aku pon dorang yang kene masak.

KONGSI RESIPINYA

Bahan-bahan :
Serai ketuk
Bawang besar hiris
Lada besar hiris
Halia hiris

Air asam. Ni asam jawanya saiz tiga bola pimpong. Aku nak kuah lebih sebab dinner kang tinggal goreng ikan baru pastu masuk je dalam kuah. Ikot korang lah nak kuah banyak mana

Cara Buat :

  1. Mula2 ikan dah cuci, letak garam kunyit sikit pastu gorengkan. Ni aku guna ikan gerut.Biasanya aku guna ikan kembung, selar, tongkol, kerisi, senangin atau tenggiri.

2. Panaskan minyak. Bahan2 hiris tu tumiskan sampai layu.



3. Dah layu layuan boleh masukkan air asam jawa. Biji asam aku buang. Ada ke orang masukkan sekali?

4. Dah didih boleh perasakan dengan garam gula. Ni gula satu setengah sudu besar. Garam dua sudu kecik. Ikot sukatan air korang dengan ikan banyak mana lah. Gula lebihkan sikit sebab nak counter rasa asam tu tau.

 

5. Pastu boleh masukkan ikan. Biar didih sekejap boleh tutup api.

sumber : Syazwana Jamal