Berita

Suami Kritikal, Perlu Ditidurkan. Isteri Luah Terkejut

Share

Hati isteri mana yang tidak sebak apabila suami tercinta dicedera parah dan kini ditidurkan.

Kala semua masih gembira meraika syawal, isteri mangsa terus berdoa mengharapkan suami selamat.

“Terkejut dan tidak sangka perkara begini berlaku pada bulan Syawal,” demikian luah isteri kepada pengawal peribadi yang parah ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi Ahad.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Siti Noraida, 28, itu berkata, sejurus selepas menerima maklumat berkenaan kejadian sekitar jam 2 pagi itu, beliau terus bergegas ke Hospital Cyberjaya untuk melihat suaminya yang sedang menerima rawatan.

“Pihak hospital memaklumkan keadaan suami saya ketika ini kritikal dan perlu ditidurkan. Saya juga diberitahu ada pendarahan teruk dan waktu tiba di hospital dia sesak nafas, tapi tiada organ penting yang kena (tembakan).”

Siti merupakan suri rumah sepenuh masa itu berkata, suaminya ditugaskan sebagai pengawal peribadi secara sambilan sebelum Ramadan lepas.

Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi Ahad melibatkan seorang suspek lelaki yang telah dikenal pasti identitinya dan dipercayai telah melarikan diri ke Utara.

Sumber: Bernama

 

 

Kisah Inspirasi

 

Mesti Tonton

Kisah Inspirasi

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my