Suami Kena Tahu Jaga Isteri Dalam Pantang, Jangan Biar Emak Atau Mentua Uruskan. Deep Pesanan Lelak Ni.

Share

Boleh dikatakan ramai para suami akan menghantar isteri balik ke kampung untuk berpantang. Seminggu sekali akan datang melawat isteri di kampung. Tugas menguruskan isteri diserahkan kepada emak atau mertua.

Malah ada yang ‘import’ emak atau mertua untuk tinggal bersama di rumah menguruskan isteri ketika berpantang. Bagaimanapun cara ini tidak salah, namun tidak bermakna suami langsung tidak tahu menguruskan isteri semasa pantang.

Kena ambil tahu juga soal mandikan bayi, tanam uri, basuh uri dan masak makanan pantang isteri. Suami dalam hal ini, perlu hargai pengorbanan isteri hamilkan zuriat selama sembilan bulan.

Inilah masa untuk membalas jaga isteri, bukan sekadar memberi hadiah barang kemas atau hadiah istimewa lain setelah melahirkan anak. Ketika ini, emosi isteri agak sensitif. Isteri perlu perhatian daripada suami.

Begitulah juga yang dilakukan oleh pemilik facebook ini Zul Ariff, walaupun perkongsiannya sudah sekian lama, namun ia masih relevan untuk mendidik suami supaya menghargai isteri dengan mengambil tahu hal berpantang isteri, bukannya serah bulat-bulat kepada orang tua.

Ikuti perkongsiannya.

Kaum adam jangan ingat bila bini bersalin kita lepas tangan terus ke mak/mak mertua atau bibik yang jaga. Masa ni lah nak balas jasa bini mengandung 9 bulan dan bertarung nyawa masa bersalin.

JOM BACA 5 TIPS JAGA BINI LEPAS BERSALIN

1. MASAKAN MAKANAN PANTANG BINI

Jangan bagi alasan ” aku tak pandai masak bro “. Kau main PS4, Mobile Legend, PUBG terus pandau ke brother

Kena tahu tak semua sayur dan ikan atau sewaktu dengan nya bini boleh makan lepas bersalin. Kena elak kan sayur yang boleh bagi angin dan sejuk, badan bini tengah lemah lepas beranak.

Antara sayur yang senang korang nak masak adalah sawi dan lobak putih ( ni boleh tolong tambah susu badan).

Lagi satu lepas bersalin tak boleh makan ikan yang gatal or boleh mendatang kan alergik, luka kat dalam bro mana kita nampak. Pilihan ikan yang terbaik adalah salmon dan ikan selar ( tak tahu sila google).

Masakan bersalin kena banyakan halia dan bawang putih bagi badan panas sikit, jangan kau bagi minum ais pulak sebab nak bagi sejuk. Rebus kan kurma cina dan longan kering dan ada satu tu merah kecik kecik tak ingat lah pulak nama ( boleh beli kt kedai ubat cina ) letak gula batu bagi bini minum untuk tambah tenaga dan susu badan.

2. BELAJAR MANDIKAN/SIAPKAN BINI & ANAK

Ni benda paling penting para suami mithali, kau kena mandikan bini dan mandikan baby, kena belajar cara nak mandikan baby sebab baby sangat fragile masa di awal kelahiran. Air tak boleh panas dan sejuk sangat. Kena rasa pakai siku korang kepanasan air untuk mandikan baby.

Masa bini dalam pantang tak boleh pakai baju ketat ketat, kena pakaian longgar dan selesa. Rambut bini kena tolong sikat dan ikat kemas. Kena letak pilis ( betul rasanya bahasa ni ) atas dahi bini, ni tak reti buat boleh beli kat kedai jamu.

If anak lelaki korang kena tuam bebird beliau supaya tak kena angin pasang ( ni pon ada jual ). Bini pon korang kena tungku kan. Tak pandai sila bayar service tukang urut pantang, boleh google je sekarang.

3. TANAM URI

Part ni paling best, sapa mabuk darah boleh pengsan ( kalau beranak kat private hospital diorang dah tolong basuh kan ). Korang kena cuci bersih uri tu dengan air dan garam kasar serta limau supaya hilang bau ( ada yang guna asam jawa) jangan lupa selawat sambil basuh.

Lepas siap basuh semua tu tanam kat tempat yang sesuai dan kedalaman yang sesuai. Pastikan uri tu ditanam sempurna dan tak da haiwan yang korek. Jangan korang kurafat pulak letak pen la pensel la apa la sebab konon konon nanti anak jadi cerdik. Boleh tgok kat utube gak cara nak basuh dan tanam uri baby.

4. JAGA ANAK TENGAH MALAM

Bapa bapa sekalian tolong kesian kan bini, lepas bersalin bini tak ada tenaga, kita lah yang kena jaga malam malam. Tidur dengan anak jangan biarkan bini pulak yang tidur dengan anak ( alasan senang nak bagi susu ).

Kesian bini brother, mengandung dah 9 bulan, beranak lagi sabung nyawa lepas tu kau biar dia yang handle anak. Tak susah pon jaga baby malam malam, buat susu dan tukar lampin. Kalau susu badan masa dia nak susu tu baru hantar kat bini. Bagi bini ruang rehat secukup nya.

Anak kalau menangis biasa nya ada 3 sebab, lampin basah, lapar atau kembung perut. Kena ada ilmu buat susu dan tukar lampin serta cara nak bersihkan baby after tukar lampin. Ilmu perut baby kembung pon kena belajar. Sentiasa kena ada minyak yuyi cap limau.

5. ATUR JADUAL KERJA

Setiap suami mesti ada kerja hakiki ( aku dulu ada advantage sebab keje sendiri tapi bukan alasan tak buat kerja). Kena susun atur jadual kerja kita sebab dah ada tangungjawab baru.

Kena pastikan sebelum keluar kerja, dah mandikan bini, mandikan baby, bagi susu dan sediakan makanan untuk bini. Make sure ada orang teman bini jangan biarkan bini sorang sorang.

Kisah ni adalah pengalaman saya dari kisah kehidupan yang lalu sebagai seorang suami dan bapak kepada affan dzikri.

Sumber: Ariff Ismail