Apabila bergelar suami isteri tentunya pelbagai perkongsian hidup dilakukan bersama. Dalam pada itu, apabila usia perkahwinan makin bertambah maka tanggungjawab juga turut bertambah dengan komitmen membesarkan anak-anak. Isteri dulunya cantik padangan mata, namun kesibukan menguruskan anak-anak membuatkan diri tidak terurus.
Perkongsian Taufiq Razif mengenai perlunya suami bersikap ringan tolong membantu isteri amat penting bagi memastikan rumahtangga makin bahagia dan hubungan ini pastinya makin sweet! Ikuti perkongsian ini.
Wajah Isteri Comot Macam Lukisan Ni?
Serius isteri saya kadang-kadang lebih comot daripada lukisan ni. Wajah berminyak, muka redup dan berkain batik lembap penuh dengan jeluak susu basi anak!
Pernah juga saya merungut dalam hati ” awat laaaa comot sangat??? Tak sayang suami ke sampai comot taraa ni “
Yang peliknya suatu hari tu semua comot isteri saya ni tiba-tiba bertukar!
Senyumnya yang dulu tawar hambar kini dah mula manis dan mekar. Kain batik yang dulunya masam kini dah bersih dan semerbak. Wajah yang dulunya redup dan kusam dan dah ceria dan penuh senyuman!
Pelik la saya kan!
Bila gali punya gali rupanya yang isteri saya berubah kerana saya yang MULA BERUBAH!
Bila saya dah mulai rajin tolong dia jaga anak, kemas rumah, rajin mendengar keluhan dan paling penting banyakkan sikit nafkah bulanan daripada kebiasaan, kepenatan yang terbeban selama ni tu mulai ringan dan menghilang.
Kita sendiri pun kalau tertekan dan kepenatan, muka jadi masam, mood tak stabil dan akhirnya jadi serabut kan?
Sama la juga dengan pasangan kita. Tu je sebenarnya rahsia nak ubah pasangan. Kita ubah je dulu benda paling mudah dan paling dekat dengan kita.
Apa tu?
DIRI KITA SENDIRI!
Isteri kita macam lukisan yang saya buat ni la. Nampak comot kalau tak berseni, bernilai ribuan ringgit pada yang pandai menghargai.
Sumber: Taufiq Razif