Kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya cukup perit untuk diterima. Apatah lagi pemergiannya secara drastik, membuatkan hati menjadi rawan. Kepiluan usah ditanya, hnaya Tuhan yang tahu perasaan itu.
Bagi Farhana Johari, kembalinya allahyarham suami, Zakaria Bin Ismail kerahmatullah ibarat separuh jiwanya pergi. Rindu yang tiada berperhujung, yang hanya mampu kini adalah dititipkan doa buat arwah suaminya.
Arwah Zakaria meninggal dunia akibat denggi. Ikuti luahan hati Farhana Johari usai pemergian suaminya. Cukup sebak apabila membacanya. Semoga Farhana tabah menghadapi dugaan ini dan kuat demi anak-anak tersayang.
Al-Fatihah ayah… Cukuplah hari ini hari jumaat 3 minggu ayah meninggalkan dunia yang hanya sementara ini… Tadi Haqimi masa sebelum tido ada tanya ‘Nape ayah atit’? ??
Ibu selalu tanya Haqimi ‘Haqimi rindu ayah tak’ rindu katanye.
“Mungkin sebab terlalu lama dia tak jumpa ayah kan..sbb tu dia tertanya-tanya mana ayah ni.. Sebelum ni paling lama kalau ayah keluar kerja 2,3 hari je tak balik rumah..lepas tu selalu bawak kami jalan-jalan.
“Mungkin dia tertunggu-tunggu nak ayah bawak dia jalan-jalan lagi.. Sabar lah Haqimi..Allah lebih sayangkan ayah ?❤ sebelum tidur tadi ibu mintak dia ikut ibu baca al-fatihah..sedekahkan untuk ayah ❤❤ insyaAllah Haqimi anak yang baik ?❤ Ibu selimutkan anak-anak malam ni dengan alas tilam tempat jenazah ayah dibaringkan..semoga terubat rindu diorang kat ayah ?❤
Menceritakan detik-detik awal arwah suaminya menghidap denggi, ujar Farhana arwah mula demam pada 10 Januari yang lalu. Walaupun dalam keadaan yang tidka sihat, arwah suaminya masih melayan mereka anak beranak keluar makan dan esoknya itu barulah dia ke klinik untuk mengambil ubat.
‘Namun pihak klinik memberi surat supaya terus ke hospital. Waktu itu arwah ada cakap tak larat nak memandu ke hospital. saya pula tidak pandai memandu. Tetapi pulang dari klinik arwah ada makan ubat dan nampak macam ok.
Pagi 12 hari bulan, arwah ada buat grab seawal jam 4.30 pagi. Kami anak-beranak ada menghantar arwah sehingga ke muka pintu. rupanya itulah lambaian terakhir kami buat arwah.
Lebih kurang pukul 2.00 petang saya mendapat pesanan whattapps dari suami yang memberitahu dia berada di hospital Sungai Buloh di unit kecemasan. Selepas darahnya di ambil, arwah terus dimasukkan ke wad dan malamnya terus ke ICU.
Tengahari khamis 17januari2019
Waktu melawat ibu datang tengok ayah di ward icu..staffnurse beritahu yang tekanan darah ayah semakin menurun..keadaan ayah sangat kritikal..
Doc memberikan kebenaran kepada ahli keluarga dan rakan2 melawat utk kali terakhir tanpa perlu mengikut waktu melawat hospital..
Ibu maklumkan kepada semua..beritahu kepada mereka yang tiada harapan..harapan sangat tipis..keadaan ayah sangat tenat ketika itu..
Mereka datang dan menunggu giliran untuk berjumpa ayah untuk kali terakhirnya..ketika itu hanya dibenarkan 2 orang sahaja secara bergilir2 masuk untuk melawat ayah…dari petang hingga ke malam mereka menunggu di luar icu..
Ibu pula perlu naik ke ward kanak2 kerana risau haqimi sudah terjaga dari tidonya atau belum..risau sebab terpaksa tinggalnya seorang tapi ibu sudah pesan staffnurse..jika ada apa2 call ibu..
Keadaan haziq pulak..mak dgn azhan (adik) beritahu yang badannya mula panas dari pagi dan ada muntah…mintak mira (adik ipar) tolong bawakkn dia ke kecemasan..ibu risau jika keadaannya sama dengan abangnya haqimi..lama mereka di kecemasan..kerana ramai orang ketika itu..ya masa itu memang banyak kes denggi..
Selepas bacaan darah haziq keluar..ya dia juga positif denggi..Ya Allah perasaan ibu ketika itu tak tahu macam mana mahu digambarkan ayah…sudah jatuh terduduk ditimpa tangga..terlalu berat ujian yang Allah bagi untuk ibu hadapinya..
Azhan pula ambil giliran menunggu haqimi di ward..mira dengan mak di ward pemerhatian di kecemasan menunggu haziq untuk dapatkan katil di ward..ibu bersama ayah..ibu sentiasa disisi ayah..doc beritahu dia memberikan kebenaran untuk haqimi dan haziq bersama ayah untuk kali terakhir..
Staffnurse dari ward kanak2 bawak turun haqimi ke icu..ibu pulak perlu sendiri ke kecemasan untuk membawak haziq naik ke icu jugak..
Ayah tahu tak, ibu berlari ke kecemasan..jauhnya tu..lenguh dan sakit rasanya kaki..ibu risau tak sempat..dalam hati ibu berdoa semoga ayah tunggu kami sampai, berdoa semoga Allah jangan ambik ayah lagi dari kami..
Dari kecemasan ibu berlari lagi sambil dukung haziq..mira dgn mak ibu tinggalkan mereka..sesampai saja di icu..haqimi sudah ada disana.
Dari kecemasan ibu berlari lagi sambil dukung haziq..mira dgn mak ibu tinggalkan mereka..sesampai saja di icu..haqimi sudah ada disana bersama makcu nya (azhan) dan keluarga yg lain..tercungap2 ibu ayah..berlari kami anak beranak untuk berjumpa ayah..
Tidak lama kemudian aniq pon sampai dengan ustaz tahfiznya..terkejut dia ayah menangis dia menlihat ayah terbaring di atas katil tidak sedarkan diri..
Sudah hampir tengah malam kami semua bersama ayah..setia disisi ayah..kami bergilir2 bacakan ditelinga ayah khalimah syahadah..bacakan yassin serta surah al-mulk..ustaz tahfiz aniq pun ada bacakan doa untuk ayah dan kami semua disitu mengaminkannya..
Ibu bisikkn ditelinga ayah..ibu tak nak tengok ayah menderita menahan sakit..pergilah ayah..ibu redha..ibu akan jaga anak2 kita..ibu mintak halal semuanya selama kita hidup bersama..maafkan segala kesalahan ibu..
Ayah pulak jangan risau ibu sudah lama maafkan ayah..sudah halalkan dan tak ambik hati bila kita bergaduh sebelum2 ni..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula suami isteri..
Tekanan darah ayah semakin menurun..tapi masih bertahan..jam menunjukkan tengah malam sudah masuk hari baru 18januari2019..tiba2 dada ayah tidak berombak lagi..senyap saja..bacaan tekanan darah ayah jugak sudah tiada..
Doc buat pemeriksaan untuk pastikan keadaan ayah..ya ibu saksikan semua itu…ibu duduk dgn anak2 bersandar pada dinding xberdaya nak bangun ayah..
Doc datang dekat ibu dan cakap ‘puan, saya mintak maaf..suami puan sudah meninggal dunia..
Ya Allah..hilang sudah tempat bergantung…tempat mengadu..tempat bermanja..teman suka dan duka..segala masalah kita kongsi bersama..susah senang kita harunginya bersama..
Tapi ibu perlu kuat..anak2 kita masih kecil..kesian mereka kalau ibu ikutkan perasaan ibu…
Anak2 kita ibu terpaksa tinggalkan di ward dengan azhan dan farhani (sepupu) haziq sudah dapat katil di ward..ibu awal2 lagi sudah mintak jasa baik doc untuk mereka dapat katil sebelah menyebelah..
Setelah selesai jenazah ayah dihantar ke bahagian forensik.
Setelah selesai jenazah ayah dihantar ke bahagian forensik..ibu menunggu disitu bersama2 ayah dan untuk kali terakhirnya ibu tolong bantu mandikan jenazah ayah…sudah selesai ibu temani jenazah ayah untuk dibawa pulang ke rumah makcik ayah (gai)
Tiba di rumah dalam pukol 4.00pagi..ibu sentiasa disisi ayah..tido keletihan disisi jenazah ayah..tido tepi ayah untuk terakhir kalinya..
Jenazah ayah akan disembayangkan disurau berdekatan..dan selepas itu akan dibawa terus ke tanah perkuburan..
Ibu sudah siap2 mahu mengikut hantar jenazah ayah ke kubur tapi ustaz beritahu tak boleh sebab ibu sudah dalam keadaan iddah..ibu terpaksa merelakan jenazah ayah dibawa pergi..
Ibu berdoa semoga semua urusan pengembumian jenazah ayah ketika itu dipermudahkan..
Hargai lah setiap pasangan masing-masing. Kita tak tahu kita atau pasangan yang mana akan pergi dahulu. Cipta lah sebanyak mana kenangan semasa hayat masih dikandung badan.
Dalam pada itu, Farhana turut menitipkan nasihat dalam membasmi denggi supaya tidak ada yang mengalami nasib yang sama sepertinya… Kehilangan insan tersayang akibat denggi.
Demam denggi adalah penyebab arwah meninggal..masyarakat jgk patut berkerjasama dgn pihak berwajib untuk menangani hal ini..kene ambik kesedaran untuk membersihkan kawasan sekeliling.. Jika xnak kehilangan org tersayang..kita semua perlu lakukan tanggungjawab menjaga kebersihan untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes
Semburan fogging bukan penyelesaiannya untuk mengurangkan kes demam denggi. Aktiviti semburan ini merupakan langkah pencegahan yang terakhir bagi membunuh nyamuk aedes dewasa dan bukannya langkah paling utama. Walaupun cara ini berjaya membasmi dan mengurangkan populasi nyamuk dewasa, ianya hanya berkesan untuk jangka masa pendek sahaja..
Hal ini berlaku di kawasan perumahan yang baru kami pindah sewa di situ..baru 4bulan kami menyewa..pengawai penyiasatan kesihatan daerah gombak jgk telah melawat ke rumah sewa kami..katenya sekeliling rumah kami tak ada masalah..yg bermasalah adalah kawasan persekitan perumahan tersebut..
Jadi ini semua adalah tanggungjawab kita semua sebagai masyarakat perlu mnjaga dan memastikan tiada tempat yg membolehkan nyamuk aedes membiak..
Sumber: IG farhanajohari