
Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah, dan kita sebagai hambaNya harus mencari bukan menanti hidayah itu.
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan, Betty Rahmad akui meluahkan rasa syukur apabila suaminya diberikan keizinan oleh Allah untuk sekali lagi berdakwah serta mendalami ilmu agama.
Perkara itu dikongsikan oleh Betty sendiri di laman Instagramnya yang membuat perjanjian dan memberi ruang pada suami tersayang untuk benar-benar fokus tanpa perlu memaklumkan mengenai rutin hariannya.
“Segala puji bagi Allah swt. Alhamdulillah Allah izinkan dan jemput suamiku “keluar” tiga hari lagi malam tadi.
“Kali ni saya buat deal tak perlu message or call unless ada benda penting saja. Goodnight good morning tengah buat apa tu semua kita lupakan 3 hari ni supaya kamu dapat focus InsyaAllah.
“Semoga usaha dan pergorbanan diberkati Allah swt’ tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga melihat perubahan positif yang berlaku di dalam keluarga Betty.
Januari lalu, suami Betty turut menyertai program yang sama buat pertama kalinya.
Terdahulu, Betty mendirikan rumah tangga bersama Ardy pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ardy Wira.
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
“Alhamdulillah Dapat Keluarga Mentua Baik, Terima Seadanya.” Kongsi Gambar Nikah, Netizen Puji Bertuah, Titip Doa Buat Zarina Anjoulie!

Dalam diam-diam pelakon ini selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya. pelakon Zarina Anjoulie yang baru bergelar isteri baru-baru ini berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan yang diadakan serba ringkas untuk tatapan pengikutnya di Instagram.
Perkongsian tersebut memaparkan Zarina bergambar bersama keluarga suaminya ,Eilyas Azhar. Menerusi kapsyen yang disertakan, Zarina meluahkan rasa sayang terhadap kedua ibu bapa mentuanya.
love my family ! Tq so much n Alhamdullilah ️
@eilyasazhar_ side family yas
–
– saya Sayang parents mertua saya I’m truly blessed
View this post on InstagramMalu ok cam semua pandang time tu 🤣
A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on
View this post on InstagramA post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on
Zarina sebelum ini pernah berkahwin dengan lelaki berasal dari Brunei pada tahun 2015, namun bercerai setahun selepas itu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Awangku Gabriel Martin Ezra
Rata-rata warganet memuji dan mendoakan semoga Zarina dan suami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Malah, ada yang mendoakan Anju kembali berhijab seperti dulu.
Dulu Rezeki Keluarga Sempit & Kini Cikgu Ni Kongsi Rahsia Mengubah Hidupnya!

Setiap kesenangan yang dikecapi hari ini tidak mustahil sebelum itu punya jalan ceritanya yang tersendiri.
Mungkin orang melihat kehidupan kita sekeluarga nampak senang semua ada, namun kesusahan hidup tiada siapa pun tahu melainkan diri sendiri.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ini, semoga kisah pengalaman hidupnya ini dapat menyuntik inspirasi buat yang membaca.
Ini perkongsiannya.
“Cikgu tak apalah. Banyak duit, boleh la melancong sana sini bawa family. Kami yang biasa-biasa ni mana la mampu.”
Aku kahwin 11 Jun 2009. Dari hari pertama perkahwinan hingga Disember 2018, aku tak pernah bawa keluarga melancong ke mana-mana.
Hampir 10 tahun perkahwinan, kami hanya ke tempat yang dekat dengan rumah seperti pantai, air terjun, supermarket or pasar malam je.
Gitu je lah pusing-pusingnya dalam tempoh hampir 10 tahun perkahwinan. Pergi pasar malam bawa isteri dan anak-anak tu umpama bawa mereka menikmati sakura gugur di Jepun dah rasa masa tu.
Kerana hanya itu kemampuan aku.
Aku cuma cikgu biasa. Gaji kecik, hidup pula dikota raya yang sangat menyesakkan dada. Namun aku ada satu semangat. Aku ada satu rasa tanggungjawab. Aku ada satu kemahuan yang tinggi.
Aku ada satu perasaan yang ingin memberi kegembiraan dan kebahagiaan seberapa banyak yang aku mampu kepada keluarga aku.
Tapi aku poket aku tak mampu. Memang tak sampai akhir bulan dah kekeringan. Aku takkan sesekali membuat pinjaman hanya untuk berjoli sakan dan enjoy sana sini. Bukan begitu caranya.
Tahun demi tahun, tanggungjawab makin bertambah dengan bilangan anak dan kos sara hidup.
Bermula 2015 aku tidak lagi boleh mengharap gaji secara bulanan. Aku mula menjual air tin, menjual air mineral. Jam 2 pagi ke NSK mencari air.
2016 aku jual kasut bundle di downtown Cheras. Masa tu mengajar sesi petang. Balik saja sekolah, mandi, makan nasi, terus angkut kasut muat but buka meja di downtown.
Dari jam 8 malam keluar, pulangnya jam 5 pagi. Tidur sekejap bangun ke sekolah pula. Begitulah rutinnya. Jual air tetap jual juga.
Kerja macam kerbau. Aku dah kerja mengalahkan kerbau. Masa rehat kerbau lagi banyak dari masa rehat aku.
Keluar pagi balik pagi. Dah macam zombie aku rasa. Masa dengan keluarga makin tiada. Sedangkan kewangan tak adalah berubah sakan. Ada la skit-sikit tambahan.
Masa ni aku duduk berfikir. Kenapa rezeki aku sempit. Kenapa susahnya nak tarik rezeki. Kenapa Tuhan bagai menjauhkan rezeki dengan aku.
Aku duduk, aku fikir, aku muhasabah diri betul-betul. Di mana silapnya. Kenapa begitu kejam kehidupan pada aku.
Aku bukan meminta lebih. Aku tak minta Ferrari. Aku tak minta rumah agam. Aku tak minta gaji beratus ribu sebulan. Aku cuma mahu kehidupan yang lebih selesa buat keluarga aku.
Aku rasa loser gila. Simpanan langsung tak ada. Apa yang dicari, cepat sahaja habis entah ke mana. Sedangkan aku tak mencuri, segala modal kerja buat aku modal yang halal.
Abah dan ma perasan aku memang kacau masa ni. 2016 tahun betul-betul ujian buat aku. Hubungan dengan isteri jadi jauh. Selalu juga bermasam muka.
Aku pula jenis tak pernah meluah apa-apa masalah kepada sesiapa. Tidak kepada isteri. Tidak juga kepada ma dan abah.
Namun naluri seorang ibu tu tinggi. Sangat tinggi. Dia tahu aku tengah sangat susah. Ma tahu aku sangat serabut. Ma dapat rasakan hidup aku penuh kekacauan. Ma telefon aku,
“Li. Kembali pada Tuhan. Kita hidup berTuhan. Solat kena jaga. Jauhi maksiat. Jauhi segala benda yang Tuhan haram. Li kena pergi Mekah sucikan diri. Buang segala kekotoran yang melekat tu.
Minta sungguh-sungguh pada Tuhan. Menangis, mohon betul-betul.”
“Nak pergi macamana, Li tak ada duit. Langsung tiada simpanan ni.”
“Tak apalah. Ma ada simpan duit yang anak-anak bagi. Yang abah bagi saban bulan. Pergilah.”
3 minggu sahaja dari tarikh ma call aku, aku sudah memijak tanah haram. Seorang diri aku pergi mencari diri yang hilang. Mencari tujuan hidup yang makin kelam. Mencari kebahagiaan yang makin terendam.
Aku hadap segala ujian sendiri di sana. Demam seorang diri. Menggigil seorang diri. Aku panjat Bukit Ajyad. Aku cari tok guru orang kita yang menetap di sana.
Aku minta mereka doakan aku. Setiap orang asing yang aku temui sepanjang jalan menuju Masjidilharam, aku minta mereka doakan kau.
“Doa ana.”
Itu je yang aku ucap setiap kali jumpa sesiapa yang mendekati aku.
Sebaik pulang dari umrah, aku merenung lebih dalam. Aku membaca perkongsian positif yang ada. Aku cari di mana punca keberkatan rezeki. Aku mencari bagaimana untuk hidup bahagia.
Dan apa yang aku jumpa, untuk bahagia kita perlu membahagiakan.
Dari situ aku turun padang membantu fakir miskin dan anak-anak yatim. Walau masa tu aku sendiri tak berduit, namun aku bantu sekadar yang mampu.
Setiap kali ziarah, aku minta mereka doakan aku dan para penyumbang.
“Doakan saya. Doakan saya. Doakan saya.”
Itu yang aku duduk ulang-ulang dari dulu.
Benarlah, bila kita bantu orang, Tuhan akan hantar orang baik-baik mendekati kita. Yang percaya pada kita. Yang sudi mengirim duit sampai puluhan ribu pada aku untuk disalurkan kepada orang miskin dan anak yatim.
Betapa mereka percaya pada aku yang bil letrik tertunggak, yang bank call nak tarik kereta. Mereka serah bulat-bulat tanpa minta bukti, tanpa usul periksa.
Dan inilah ujian yang besar. Ujian keikhlasan dan ujian amanah orang.
Aku sampaikan 100% kiriman orang. Tidak ada seringgit aku ambil untuk diri waima untuk mengisi minyak motor. Tiada seringgit aku ambil untuk buat makan nasi walau aku tak berduit sesen untuk membeli makanan tika itu.
Itu amanah orang. Abah pesan, jaga amanah lebih dari jaga nyawa sendiri. Aku pegang itu ketat-ketat dalam hati.
2017 aku mula menulis buku. Walau keuntungan kecil, aku terus saja. Senaskah buku yang dijual, royalti aku sekitar RM1 sahaja. Kalau aku jual sendiri, dapat la dalam RM5 untung senaskah.
Walau senaskah orang nak COD, aku tunggu tepi jalan kadang sampai sejam. Hanya untuk RM5 tuan tuan.
Apa yang aku dapat, aku simpan sebahagian, sebahagian yang lain aku bagi kat ma abah, sebahagian yang lain aku belanja isteri dan anak-anak, sebahagian yang lain aku sedekahkan yang aku sendiri sampaikan dengan tangan ini.
Dari situ bermula perubahan dalam ekonomi aku. Tuhan kirim puluhan ribu netizen follow aku. Tuhan kirim orang baik-baik mendekati aku. Tuhan kirim orang-orang berjaya mendekati aku.
Mereka dengan rela, mereka dengan ikhlas mengheret tangan aku membuka peluang aku bekerjasama dengan mereka. Mereka ajar satu persatu dengan rela tanpa caj apa-apa.
Mereka hanya ingin berkawan dengan seorang cikgu biasa yang tiada apa-apa ini.
Mereka tidak kisah duduk semeja dengan orang yang bil letriknya dah sampai surat merah, yang saban bulan makan berhutang di kantin.
Sedikit demi sedikit aku mula menyimpan. Aku main kutu, aku potong tabung haji. Dan aku perbanyakkan sedekah dan zakat.
Nafkah untuk isteri, duit bulanan untuk ma dan abah aku naikkan dari masa ke semasa bila income bertambah.
Aku tidam enjoy untuk diri sendiri. Tidak.
Aku masih naik Ex-5 buruk yang dibeli second hand sahaja. Telefon aku telefon second hand juga.
Ada lebih, aku simpan sebahagian, beri pada keluarga sebahagian, dan sebahagian wajib untuk sedekah dan zakat.
Dan buat kali pertama aku bawa isteri, anak-anak, mak dan adik-adik ipar melancong ke Kundasang, Sabah pada 10 Disember 2018.
Itulah kali pertama kami melancong setelah simpanan dan kewangan aku makin kukuh.
Ya tuan tuan. Kalian yang baru follow aku, inilah antara kisah kehidupan aku. Aku bukan kaya asal.
Aku bukan lahir atas dulang emas. Aku makan tidak disuap oleh dayang.
Aku usaha. Aku usaha. Aku usaha.
Dan yang pasti, kembalilah pada Yang Maha Esa. Kunci segala bahagia, kunci segala rezeki, kunci segala rahsia ada ditanganNya.
Semoga sedikit perkongsian ini tidak membuat aku rasa lebih dari sesiapa. Aku cuma seorang hamba. Aku cuma seorang bapa. Aku cuma seorang suami. Aku cuma seorang lelaki yang gigih mengubah nasib diri demi keluarga.
Aku sentiasa berdoa agar aku sentiasa menunduk. Tidak sombong tidak ujub.
“Tuhan jangan kau izin aku lupa. Jangan kau biarkan aku mendepang dada. Pasakkan hatiku pada kaki. Paksakan ku tunduk sehingga mati.”
– Terbang Tunduk –
sumber : Mohd Fadli Salleh
“Tangan Alin Patah Macam Dipiat. Banyak Lebam & Kesan Lain Di Kepala,”Kisah Anak Kena Dera Pengasuh.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Awal pagi semalam, masyarakat kita dikejutkan dengan berita kematian adik Adam Raykal denngan cara yang cukup sadis.
Arwah sebelum itu dikatakan hilang, telah dijumpai meninggal dunia di dalam peti ais di rumah pengasuhnya di Gombak. Rata-rata masyarakat melahirkan rasa marah dan sedih dengan kejadian tersebut.
Ibu bernama Noor Mala ini berkongsi kisah anaknya, Alin yang kena dera Di usia 5 5ulan hingga tangan patah. Peristiwa itu berlaku 18 tahun yang lalu. Namun memori hitam itu terbayang kembali dek kes arwah adik Adam Rayqal.
Kisah Adam Rayqal menyebabkan air mata saya bergenang. Mengingatkan saya anak berusia 5 bulan ketika itu didera pengasuh hingga anak saya patah tangannya.
Bayangkan balik sahaja dari tempat kerja, sampai di rumah Pengasuh, anak saya bernama Alin dah nampak tak bermaya dalam buaian. Apabila tangan kanannya terusik Alin menangis terjerit-jerit. Allah, apa yang berlaku. Pengasuh hanya kata, Alin asyik nagis je dari pagi tadi. Tak taulah kenapa…dengan muka selamba dan tak rasa bersalah pun.
Kami bergegas ke hospital, naik motor je. Saya peluk alin agar tak ada pergerakan. Bila saya angkat tangannya ada bunyi krik…ish kenapa ni? Tapi hati saya dah berkata-kata. Ada sesuatu berlaku di tangan Alin. Dah agak lebam…
Selepas xray, Dr. Bagi tau memang sah tangan alin patah dan hasil xray patahan tulang macam dipiat. Dr kata kemungkinan Alin di dera. Korang bayangkan perasaan saya ketika itu…bila diselidik lagi. Banyak kesan lebam kecik dan kesan-kesan lain di kepala Alin.
Kenapa saya boleh hantar ke pengasuh tu?
1. Terdesak…pengasuh sedia ada mengadung dan tidak dapat menjaga alin. Dia mabuk teruk. Dengan pengalaman saya sebagai ibu baru, saya terus hantar ke pengasuh yang saya tak kenal pun. Hanya berpandukan kenalan dari jiran. Tak tau latar belakang pengasuh baru ni. Saya pun tak pernah buat sportcheak semasa dia jaga Alin. Tempoh saya hantar ke pengasuh baru ni tak sampai sebulan lagi. Bayangkan, nasib baik tangan patah kalau mati…Allahu.
Daripada peristiwa itu, saya belajar bagaimana mengenalpasti pengasuh, declaration yang kita kena nyatakan antara kita dengan pengasuh dan cara tingkatkan hubungan kita dengan pengasuh.
Saya kongikan tips antar anak ke pengasuh ya.
Antaranya
1. Kena semak dulu latar belakang dia. Boleh tanya kejiranan. Buat research sikit. Tidak boleh tangkap muat dan kelam kabut. Anak kita lebih lapan jam bersama mereka. Kita kena pilih dengan tepat.
2. Sebelum hantar buat declaration do and dont. Jangan ada simpan dalam hati. Rule and conditions. Nyatakan dengan jelas bila date gaji, berapa jumlah gaji, ot macamana, makan minum pakai anak. Apa pula kemahuan pihak pengasuh. Kena raikan. Apabila setuju kedua pihak baru hantar anak.
3. Selalu buat sportcheak. Pastikan anak selesa dan selamat.
4. Hargai pengasuh.
Bagi bonus, hadiah dan selalu tanya khabar. Mereka pun ada perasaan.Anggap seperti mereka keluarga kita sendiri.
5. Setiasa berdoa agar Allah lindungi anak-anak kita yang ditinggalkan.
Inilah antara pengajaran yang akak dapat dari kes penderaan Alin. Semoga perkongsian ini bolehlah dijadikan panduan untuk memilih pengasuh yang ikhlas.
Selepas kes Alin di dera hingga patah tangan di usia 5 bulan…alhamdulillah selepas itu akak dapat pengasuh yang sangat baik dan kami seperti keluarga.
Anak-anak akak pun dah besar. Alin yang kena dera tu sahaja dah berusia 18 tahun sekarang. Yang bongsu anak akak 8 tahun. Alhamdulillah semuanya sihat dan gemuuuk.:-)

Ni 6 tanda utama anak kecil didera di tempat asuhannya :
1. Anak tiba-tiba berubah perangai
▪ Anak yang dulunya ceria tiba-tiba menjadi sangat pasif dan pendiam
▪ Anak jadi mudah terkejut dan selalu meragam tanpa sebab yang jelas
2. Anak tiba-tiba menjadi sangat patuh atau sangat memberontak
▪ Anak yang ketakutan memang akan mendengar arahan
▪ Ataupun dia memberontak dan mengamuk kerana cuba mempertahankan diri
3. Anak kelihatan sangat takut pada pengasuhnya
▪ Anak taknak pergi taska atau tadika tu biasa tapi kalau riak wajahnya tu dalam ketakutan yang melampau, kita memang kena hati-hati
▪ Atau bila kita sebut je perkataan taska dan tadika atau dia nampak je benda yang berkaitan dengan pengasuhnya si anak tadi kelihatan sangat trauma
▪ Menangis bila nak hantar anak ke taska akibat Separation Anxiety tu normal je tapi naluri mak ayah boleh tahu yang mana normal, yang mana tak normal
4. Ada lebam-lebam dan luka atau kecederaan yang di luar kebiasaan
▪ Walaupun lebam atau calar biasa, mak ayah kena hati-hati apatah lagi kalau lebamnya ada di 2 atau 3 tempat yang berbeza
▪ Kalau ada patah lagi la kena berhati-hati. Hantar terus ke hospital ye
▪ Doktor biasanya akan suspek penderaan bila ada patah di tulang yang besar seperti tulang femur, patah di banyak tempat ( multiple fractures ), Shaken Baby Sydrome ataupun ada kesan patah lama yang tak dilaporkan
5. Perkembangan anak terganggu
▪ Anak yang dulunya pernah hisap jari, kembali menghisap jarinya
▪ Anak yang dah lama tak kencing malam, kembali kencing malam
▪ Anak mengalami masalah duduk dan berjalan
6. Anak sering mimpi buruk
▪ Kadang-kadang agak susah nak tahu anak kita mimpi buruk ke tak
▪ Perhatikan ada tak anak kita nampak lesu atau tak bermaya walaupun dah tidur. Tu antara tanda-tanda tidur anak kita terganggu la tu
Benda ni saya rasa sangat ramai mak ayah yang tak tahu. Tolong bagitahu mak ayah dan pasangan kita yang belum tahu ye demi keselamatan anak anak kita semua.
p/s : Ni la kenapa saya hantar anak saya ke taska yang ada CCTV. Biar depan kita baik bak bidadari, boleh je bidadari tu bertukar menjadi The Hulk bila di belakang kita!
Sumber: Taufiq Razif