
Seorang wanita di Jombang dekat sini dilaporkan meninggal dunia selepas menerima suntikan pemutihan di sebuah salon kecantikan yang tidak berdaftar.
Menerusi perkongsian suaminya, dia dan seluruh keluarga masih bersedih dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu namun memuat naik videonya untuk dijadikan pengajaran kepada orang ramai.
Tambah suaminya lagi, isterinya berada dalam keadaan sihat ketika ke salon kecantikan berkenaan pada Sabtu lalu untuk mendapatkan rawatan suntikan pemutihan.
Namun, hanya dalam tempoh 48 jam selepas rawatan, tahap kesihatannya merosot begitu pantas. Malah pada hari berkenaan isterinya juga pulang dengan perkhidmatan E-hailing kerana tidak berdaya selepas rawatan itu.
“Isteri saya pulang ke rumah menggunakan perkhidmatan e-hailing kerana tidak berdaya.
“Keadaannya semakin memburuk sehingga dia menghembuskan nafas terakhir pada pagi Isnin.
“Kesan sampingan yang dialami isteri saya sangat menakutkan. Saya berharap tiada lagi individu yang mengalami nasib serupa hanya kerana mahu cantik sekelip mata,” ujarnya menerusi TikTok pada Rabu.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih rawatan kecantikan dan mendapatkan khidmat daripada klinik estetik berdaftar yang dikendalikan oleh doktor bertauliah.
Bila Bekas Gula Bersemut, Ni Cara Paling Mudah Keluarkannya Segera. Memang Berkesan!

Kadang-kadang pernah juga terjadi, bila kita membancuh air dalam keadaan hendak cepat hingga terlupa menutup rapat penutup gula tersebut.
Alih-alih nampak penuh sahaja bekas gula tu dengan semut. Aduh! Takkan hendak dibuang gula sebekas, tentu membazirkan.
Jadi ketahui cara atau petua nak halau semut dengan cara mudah dan pantas sebagaimana yang dilakulan oleh Mem Nazeffa di akaun fbnya.
“Habis semua semut keluar. Mabuk bawang putih. Ni petua gula x disentuh semut.Misi Berjaya. Yeahh”– Mem Nazeffa.
Bahan yang diperlukan:
Bawang putih
Cara Buat :
1. Potong 3 ulas bawang putih.
2. Kemudian masukkan ke dlm bekas gula.
Jadilah bolehlah dicuba.
Selain itu orang dulu-dulu ada juga berpesan kalau hendak elakkan daripada gula dihurung semut lakukan beberapa perkara ini.
1. Ikat bekas gula dengan tali atau kain perca yang direndam dengan minyak masak.
2. Masukkan dua tiga kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula.
3. Letakkan bekas gula di dalam pinggan yang berisi air.
4. Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas gula.
Nak Elak Serangan Gout, Dr Ini Beri Panduan Cara Pemakanan Yang Betul. Take Note Semua!

Gout merupakan satu bentuk artritis akut yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan. Asid urik terhasil daripada pemecahan bahan kimia purin dalam badan.
Kebiasaannya, purin hadir secara semulajadi di dalam badan, tetapi ia juga terdapat dalam sesetengah jenis makanan. Asid urik disingkirkan daripada badan melalui air kencing.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, diet untuk pesakit gout boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam darah. Diet tidak boleh menyembuhkan sakit gout, tetapi ia boleh menurunkan risiko serangan gout dan melambatkan kerosakan sendi. Pesakit gout yang mengamalkan diet bagi gout masih memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal kesakitan dan menurunkan paras asid urik.
.
Tujuan pengurusan pemakanan bagi pesakit gout adalah supaya untuk mencapai berat badan ideal dan tabiat pemakanan yang baik, mengelakkan sesetengah makanan yang tinggi kandungan purin, mengambil makanan yang baik dan membantu mengawal paras asid urik
.
Prinsip asas diet bagi pesakit gout :
1. Penurunan berat badan – berlebihan berat badan meningkatkan risiko untuk menghidap gout. Kajian mencadangkan penurunan kalori dan berat badan boleh menurunkan paras asid urik dan mengurangkan serangan gout. Penurunan berat badan juga akan mengurangkan tekanan terhadap sendi-sendi.
.
2. Karbohidrat kompleks – makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta bijirin penuh yang membekalkan karbohidrat kompleks. Elakkan makanan dan minuman yang ada kandungan sirap jagung tinggi-fruktosa (high-fructose corn syrup), serta hadkan meminum jus buah-buahan yang semulajadi manis. Metabolism fruktosa dalam badan akan menghasilkan asid urik seterusnya meningkatkan parasnya dalam darah.
.
3. Minuman – kekalkan hidrasi dengan meminum banyak air kosong.
.
4. Lemak – elakkan pengambilan lemak tepu daripada daging, daging terproses, lemak ayam/itik dan produk tenusu tinggi-lemak.
.
5. Protein – pilih bahagian daging/ayam tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak dan kekacang sebagai sumber protein.
.
Saranan makanan atau suplemen yang lebih khusus :
.
1. Organ dalaman – elakkan pengambilan organ dalaman seperti hati, paru, perut, limpa dan lain-lain : ia mengandungi paras purin yang tinggi dan meningkatkan paras asid urik dalam darah.
.
2. Daging merah – hadkan pengambilan daging lembu dan kambing.
.
3. Makanan laut – sesetengah jenis makanan laut seperti ikan bilis, kerang kerangan, sardin dan ikan tongkol mengandungi purin yang lebih tinggi berbanding yang lain. Akan tetapi, kebaikan pengambilan ikan adalah lebih banyak berbanding risiko bagi pesakit gout. Oleh itu, pengambilan ikan secara sederhana adalah disarankan.
.
4. Sayur-sayuran tinggi purin – kajian telah menunjukkan bahawa kandungan purin dalam sayur-sayuran seperti bayam, asparagus, bunga kobis tidak meningkatkan risiko serangan gout.
.
5. Alkohol – Bir dan likuor meningkatkan risiko penyakit gout dan serangan gout berulang. Pengambilan wain secara sederhana pula tidak meningkatkan risiko serangan gout. Elakkan alkohol semasa serangan gout berlaku, dan hadkan alkohol, terutamanya bir pada masa lainnya.
.
6. Makanan dan minuman manis bergula – hadkan/elakkan makanan manis bergula seperti bijirin manis, kuih muih manis dan roti/bakeri. Hadkan pengambilan jus buah-buahan yang semulajadi manis.
.
7. Vitamin C – Vitamin C mungkin membantu menurunkan paras asid urik. Bincang dengan doktor/pegawai dietetik tentang kesesuaian suplemen tambahan 500 mg vitamin C dengan diet serta pelan perubatan anda.
.
8. Kopi – terdapat kajian yang mencadangkan pengambilan kopi secara sederhana berkemungkinan membantu penurunan risiko gout. Namun, pengambilan kopi mungkin tidak sesuai jika anda mempunyai masalah perubatan yang lain. Berbincanglah dengan pegawai dietetik untuk menentukan kesesuaian jumlah kopi dalam diet anda.
.
Diet bagi pesakit gout boleh membantu menyekat pembentukan asid urik dan meningkatkan penyingkirannya. Namun, diet ini tidak dapat menurunkan kepekatan asid urik secukupnya bagi merawat gout. Ubat-ubatan masih diperlukan disamping diet yang betul untuk membantu mengurangkan kekerapan serangan gout dan tahap keterukan penyakit gout.
.
Diet yang bersesuaian, disamping kawalan kalori dan senaman berterusan adalah perlu untuk memperbaiki tahap kesihatan pesakit gout secara menyeluruh dengan membantu mencapai dan mengekalkan berat badan ideal.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Jus Limau Kasturi Bukan Sedap Buat Minum, Tapi Boleh Carahkan Kulit!

Umumnya ramai yang menggemari keenakan rasa air limau kasturi bila dihidang sejuk. Rasa masam buah limau kasturi dapat membangkitkan rasa dan menyegarkan.
Tidak hanya limau kasturi sebagai air minuman yang enak, bahkan menurut perkongsian daripda Dr. Suri Roowi ada berkongsi info apabila limau kasturi diminum bersama epal ada manfaatnya untuk mencerahkan kulit.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Minum Jus Limau kasturi dengan Epal
Limau kasturi dan epal kaya bahan berkhasiat yang dikenali sebagai floretin.
Kajian menunjukkan bahan khasiat ini bantu cerahkan kulit pada kepekatan yang rendah.
Limau kasturi juga kaya viteksin, sejenis bahan yang boleh kuatkan otot jantung
Epal merah tinggi antioksidan manakala epal hijau tinggi fiber.
Sebaiknya asingkan bijinya kerana biji epal mengandungi cynide dan tidak elok diambil pada kuantiti tinggi
Campurkan jus limau kasturi dan epal bersama madu asli. Ini penting kerana madu dan fiber bantu penyerapan bahan berkhasiat
Selain itu, tidak dinafikan penggunaan limau kasturi dalam perubatan tradisi sudah lama diamalkan. Dan disini dikongsikan untuk manfaat bersama.
10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI
1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih
2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.
9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.
Kredit: Shahrul Hisham