Mendengar dan berbual dengan pasangan adalah aspek penting dalam hubungan perkahwinan yang sihat. Ini mencerminkan komunikasi yang baik dan menguatkan ikatan antara suami dan isteri.
Apabila isteri bercakap, cuba untuk memberikan perhatian sepenuh hati. Matikan alat elektronik, tumpukan perhatian pada dia, dan berikan respons yang jelas. Dalam sesebuah rumah tangga, suami harus bersedia menjadi pendengar yang baik ketika isteri berbicara.
Suami Kalau Nak Otak Bergeliga
Tahu tak? Layan Isteri Bercakap Boleh Buat Otak Bergeliga.
Serius tau, semakin kerap dengar celoteh isteri semakin otak ni jadi bergeliga, selalu idea fresh datang dengan sendiri. Padahal yang dia duk ngomel tu tak ada kaitan langsung dengan kerja pun..
Menurut kajian Profesor Madya Dr. Sabitha Marican dari UUM wanita boleh bercakap sekurangnya 20 ribu patah perkataan sehari. Orang lelaki pula hanya 7 ribu sahaja.
3 kali ganda lebih banyak!
Sebab itu bila kita layan isteri bercakap kebarangkalian otak kita jadi lebih bijak adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada kita duk berborak dengan kawan lelaki.
Bayangkan jika berborak dengan lelaki otak kita hanya akan memproses maklumat sebanyak 7 ribu patah perkataan sahaja. Mungkin kurang dari itu.
Selalulah Layan Isteri Bercakap
Berbanding borak dengan wanita otak kita di paksa untuk proses 20 ribu maklumat sekaligus. Lebih banyak memproses akan menbuatkan otak jadi lebih cepat berfikir.
Sebab inilah kenapa otak wanita 10 kali ganda lebih cepat memproses maklumat daripada otak lelaki kerana mereka dah berlatih bercakap 20 ribu patah perkataan sehari sejak kecil lagi..
Ads
Jadi memang tak hairanlah kalau isteri kita dalam kereta bercakap, basuh pinggan bercakap, lipat baju bercakap, malah tengah makan pun dia boleh bercakap. Sebabnya mereka ada quota yang perlu dipenuhi.
Lepas ni kalau nampak isteri berceloteh jangan marah, pasang telinga betul-betul sebab mungkin idea jutaan ringgit boleh datang tiba-tiba..
Kerana setiap patah yang keluar dari mulut isteri itu pembawa rezeki..
Mohd Fhais-Dulu pendiam, sekarang dah jadi peramah gara-gara dengar celoteh isteri setiap hari.
Kesimpulannya selepas ini, suami kenalah selalu layan isteri bercakap.
Berikut adalah beberapa tip tentang bagaimana suami boleh memberikan perhatian dan menjadi pendengar yang baik ketika isteri ingin berbicara.
1. Berikan Waktu: Alihkan perhatian dari aktiviti lain dan berikan waktu yang cukup untuk berbicara dengan isteri. Jika anda sibuk, beritahu isteri bahawa anda akan mendengarkannya dalam beberapa saat ketika anda selesai dengan tugas yang sedang anda kerjakan.
Ads
2.Matikan Gangguan: Pastikan untuk mematikan peranti elektronik atau TV yang dapat mengganggu perhatian anda selama percakapan. Ini akan menunjukkan bahawa anda benar-benar peduli.
3.Perlihatkan Minat: Selama percakapan, tunjukkan minat anda dengan cara-cara seperti mengangguk, tersenyum, atau memberikan respon verbal yang sesuai. Ini akan menunjukkan bahawa anda aktif mendengarkan.
4.Hindari Mencelah: Jangan mencelah ketika isteri berbicara. Biarkan dia menyelesaikan pemikiran atau perasaannya sebelum anda memberikan tanggapan.
5.Tanya Pertanyaan Terbuka: Ajukan pertanyaan terbuka yang memungkinkan isteri untuk berbicara lebih banyak dan lebih mendalam tentang perasaannya. Ini dapat membantu anda lebih memahami apa yang dia rasakan dan fikirkan.
6.Jangan Kritik atau Jatuhkan Hukuman: Hindari mengkritik atau memberikan hukuman selama percakapan. Fokuslah pada mendengarkan dan mencuba untuk memahami sudut pandangnya.
7.Ekspresikan Empati: Jika isteri sedang menghadapi masalah atau kesulitan, ekspresikan empati dan sokongan. Katakan bahawa anda memahami perasaannya dan siap membantu jika diperlukan.
Ads
8.Jangan Menawarkan Solusi Terlalu Cepat: Terkadang, orang hanya ingin berbicara dan berkongsi perasaan mereka tanpa mencari solusi. Jadi, jangan terlalu cepat memberikan solusi jika itu bukan yang diminta.
9.Berbicara Terbuka: Jika ada masalah dalam hubungan atau hal-hal yang perlu dibincangkan, penting untuk berbicara terbuka dan jujur. Hindari menahan perasaan atau fikiran anda.
10. Pujian dan Penghargaan: Jangan lupa untuk memberikan pujian dan penghargaan ketika pasangan berbicara tentang hal-hal positif. Ini dapat meningkatkan perasaan dihargai dan dicintai.
Ingatlah bahawa komunikasi yang baik adalah kunci dalam hubungan yang sihat. Selain suami perlu mendengarkan dan memberikan perhatian kepada isteri, hal yang sama juga perlu berlaku sebaliknya. Kedua pasangan harus saling mendengarkan dan memahami satu sama lain untuk memperkuatkan ikatan dalam hubungan suami isteri.
Antara perkara yang sering dipandang remeh oleh ramai ibu bapa hari ini ialah hal mengasingkan tempat tidur anak-anak. Lantaran itu, kebanyakan ibu bapa ramai mengakui masih tetap tidur sebilik dengan anak-anak yang berusia di bawah umur 12 tahun.
Sewajarnya ibu bapa yang baik dan bertanggungjawab, tidak akan melengahkan waktu untuk mengasingkan tempat tidur anak bila sampai waktunya. Ini semua untuk kebaikan anak-anak tersebut agar terjaga auratnya, akhlaknya dan sekali gus memenuhi tuntutan syarak!
Untuk itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak dapat dipisahkan tempat tidurnya sebelum berusia 10 tahun. Jika masih gagal, mungkin cara yang dilakukan oleh Puan Aniey Yusoff yang juga merupakan ibu kepada tiga orang anak iaitu Alyaa, Affan dan Aimy ini boleh dijadikan panduan. Ikuti perkongsiannya.
“Alhamdulillah kakak Alyaa berjaya tidur dalam bilik sendiri selepas dia mendapat adik pada usia 2 tahun lebih. Nasib baik kakak Alyaa seorang yang sangat berdikari sejak dari umur setahun lagi. Jaga dia memang sangat tak banyak masalah.”
[su_highlight background=”#f6f5e7″ color=”#290e8d”]Tip Untuk Asingkan Tempat Tidur Anak [/su_highlight]
Beri Anak Pilihan Hias Bilik Mereka
Semasa nak sediakan bilik tidur untuk kakak Alyaa, saya tanyakan pada dia cadar apa yang dia suka, nak lampu tidur atau tidak dan nak langsir warna apa. Sebab kakak masih kanak-kanak waktu ni dan dia tak kisah nak kartun apa sebab semua kartun dia sebut dan nak, maka ibu bagi tema Hello Kitty.
Gambar hiasan
Temankan Anak Tidur Sekiranya Anak Belum Berani
Pada 2,3 malam pertama ibu temankan kakak Alyaa sampai betul-betul lena. Bila dah tertidur baru ibu keluar dari bilik.
Biarkan Anak Bersedia
Seminggu sebelum kakak Alyaa betul-betul tidur di dalam bilik sendiri, ibu selalu berpesan pada dia yang kakak akan tidur dalam bilik sendiri. Sepanjang proses siapkan bilik untuk dia, memang selalu bagi tau dia yang dia akan tidur di bilik sendiri..jadi mereka sangat teruja dan tak sabar-sabar nak tidur sendiri.
Best Tau Ada Bilik Sendiri
Setiap kali bersembang dengan kakak Alyaa saya selalu bagi tahu dia, bahawa best tau ada bilik sendiri. Boleh solat dalam bilik, tukar baju dalam bilik dan boleh simpan semua barang mainan dalam bilik sendiri dan kakak sangat gembira. Biarkan anak selesa tidur umpama berada di syurganya.
Puji Anak Atas Keberanian Dia
Bangun tidur keesokkan harinya saya puji kakak Alyaa sebab berani tidur sendiri. Sepanjang hari tu memang selalu la puji dia. Semangat kakak untuk malam seterusnya.
Semoga berjaya ibu-ibu semua!
Sumber : anieyyusoff.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dah kalau namanya netizen ni, apa yang kita buat semuanya tak akan puas di mata dia. Ada saja salah kita di sana sini sampaikan kita pula naik rimas dengan komen diorang!
Semua perlu tahu ye, lain orang lain minatnya. Tak semua sama ‘taste’ dengan kita! Jadi, tak perlu la kita nak bunyi itu ini apa yang orang tu pilih. Dah itu kemahuannya, kita sokong sahaja asalkan benda tu bukan barang terlarang, eh?! Oppsss. Jom Ikuti sharing berguna ini!
Bila kita beli beg harga RM5000. Terus ada komen,
“Kalau saya ada RM5000 saya tak beli bag lar. Saya beli emas”.
“Kalau saya ada RM5000 saya simpan unit trust”.
Kawan-kawan. Begini. Cara kita nikmati kepuasan hidup tak sama. Cara kita memberi hadiah untuk diri sendiri pun tak sama. Minat kita juga berbeza-beza.
Ada orang, cukup suka memasak. Tapi dia tak kisah guna alat memasak kedai RM2. Ada orang, dia suka hadiahkan diri sendiri dengan benda yang memberi kepuasan pada dia.
Contohnya periuk harga mahal. Pada sesetengah orang, mungkin tak sesuai. Namun pada dia, dia puas dan bahagia sangat. Jadi rajin masuk dapur, jadi memasak dengan senyuman memanjang.
Ada orang suka handbag sebab dia membawa emotional drive. Mungkin dia nak rasa tambah rasa seronok, confident dan bring more vibes utk berkerja lebih keras. Ada juga masa bukannya nak pakai bag mahal tu sentiasa, sekadar rasa kepuasan memiliki. Kalau dia tak nak, dia boleh jer preloved dgn harga yg lebih kurang kalau pandai jaga. Boleh juga jadi satu investment.
Sama juga dengan orang yang sangat minat travel. Ada duit lebih, terus pergi travel. Dia tak kalut nak simpan unit trust, dia tak kalut nak beli emas.
Bagi dia, travel itu bahagia. Biar tiada simpanan berjuta, namun dia ada sejuta memori yang orang lain tiada. Hidup singkat, dia nak nikmati dunia kiriman Tuhan ini seberapa banyak dia mampu.
Apakah dia salah? Pada aku tidak.
Apakah peminat periuk itu salah? Pun tidak.
Apakah yang suka membeli emas itu salah? Tidak juga.
Apakah yang suka beli rumah, melabur unit trust itu salah? Pun tidak.
Semua betul dengan cara yang tersendiri. Semua bahagia dengan cara mereka. Tiada penimbang mampu mengukur unit kebahagiaan kerana bahagia orang ini berbeza!
Yang salah cuma orang yang rasa dia betul dan nak suruh orang ikut dia sahaja. Dia suka emas, dia salahkan kaki travel tak simpan emas. Dia suka beli rumah, dia marah orang suka beli periuk mahal tak beli rumah. Dia suka simpan duit dalam bantal, dia salahkan orang org beli handbag mahal.
Haa, itu yang salah.
Kita tak sama. Emosi dan pemikiran juga tak sama. Apa target yang kita nak pun tak sama. Jadi jangan ringan sangat mulut kita nak condemn orang selagi orang yg nak guna duit tu tak menyusahkan hidup kita atau ambil duit kita.
Tidak salah cuba educate orang berdasarkan apa tindakan paling tepat yang kita rasa orang perlu ikut…
Namun adalah salah jika kita paksa orang ikut cara kita tanpa meraikan pendapat orang.
Haa, gituh! YANG PENTING UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI🤗
Ayah Tak Sangka Sering Tanya Makan Minum, Petanda Tiga Anak ‘Pergi’
Sayu melihat keadaan seorang ayah berkali-kali mengucup tiga orang anak yang menghadap Sang Pencipta secara serentak.
Siapa kita untuk menidakkan setiap apa yang tertulis di Luh Mahfuz takkan berubah kerana luasnya ilmu Allah itu tak terjangkau dengan akal fikiran kita.
Allah berfirman yang bermaksud: “Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.” (Surah an-Nisa’: 78)
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Reda dengan pemergian ke dunia abadi buat anak ketiga, lima dan enam dari lapan beradik, kelihatan Mohd Nadzir, 67, dilihat berkali-kali mengucup tiga anak perempuannya, Nurul Syazwani, 33, Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27, sebaik semua jenazah tiba di Masjid Al Ismaili, Kampung Morak, jam 11 malam tadi, selepas proses bedah siasat selesai dibuat di Hospital Tumpat.
Kira-kira 200 yang hadir mengiringi jenazah tiga beradik itu sebaik tiba dengan menaiki tiga van jenazah dan disolatkan di masjid berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Mohd Nadzir memberitahu bahawa sebelum ini, ketiga-tiga mereka memang sudah baik budi pekerti tapi kebelakangan ini melayannya sangat baik terutama Syazwani dan Fathiah yang sering bertanyakan makan minum.
Katanya, jika meminta mahu makan, mereka segera menyediakannya. Namun dirinya tidak mengesyaki apa-apa sebaliknya apabila berlaku tragedi ini, baru menyedari akan akan perubahan itu.
REDA DENGAN TAKDIR
Mohd Nadzir berkata, masih terbayang di ingatannya mengenai kejadian yang menimpa tiga anaknya itu pagi tadi dan memberitahu tidak pasti mampu atau tidak untuknya melupakan detik itu.
“Luluh hati saya melihat tiga anak dalam keadaan bergelimpangan dalam air dan sebaik bekalan elektrik diputuskan, saya segera menerpa ke arah mereka bertiga sambil gagal menahan air mata meratapi pemergian mereka dengan cara itu.
“Tidak dapat dinafikan naluri sebagai ayah menyebabkan saya sebak mengenangkan takdir ini namun dalam masa yang sama menerimanya dengan reda.
KUCUPAN TERAKHIR BUAT SEORANG AYAH
Di kebumikan bersama di dalam 1 liang lahad. Semoga Allah mengampunkan ketiga-tiga puteri ini dan tempatkan mereka di kalangan orang yang solehah.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.