“Suami Kalau Boleh Semua Suruh Ambil Epidural Kerana Tak Sanggup Tengok Sakit.” Ayu Raudah Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Keempat.

Share

Semalam pelakon dan duta produk, Ayu Raudhah selamat melahirkan anak empatnya pagi semalam. Berita kelahiran bayi lelaki itu dikongsikan oleh Zaquan Adha menerusi IG Story miliknya.

Dalam pada itu, Ayu Raudhah turut berkongsi gambar dan luahan selepas selamat melahirkan bayinya secara normal.

Allah Hu Akbar !! Syukur ayu telah selamat melahirkan anak ke 4.. it’s a Boy Alhamdulillah… setiap anak ada rezeki nya dan Pengalaman setiap anak lain2 apapun Alhamdulillah Di permudahkan urusan bersalin hari ni, rezeki sekejap je sakit dah bersalin  tak sempat Doctor sambut..

“kali ni betul-betul rasa turun tanda ,pecah ketuban , & contraction.. bukaan 3 cm -10 cm 1 jam lebih ja,maybe dah anak ke 4. Sebelum ni baby girl memang la senang, sebelum tu 2 boys dengan epidurals  jadi tak sempat nk rasa sakit.

“Suami kalau boleh semua anak dia nak suruh I ambik epidural dia tak sanggup tengok ayu sakit. kali ni Allah bagi rasa dan menikmati experiences bersalin betul-betul sama macam orang lain cuma cepat dan sakit sekejap bersama orang tersayang suami dan mama bergilir- gilir dekat labour room.

“Tq sayang sentiasa ada untuk  I @zaqone_08. Mama of course mak sanggup buat apa saja untuk anak-anak dia.. betul dak?! Kita belum tentu lagi ada untuk mak kita. Erm.. kami  tak pernah merancang pun pasal Anak, sesungguhnya Rancangan & Kurniaan Allah yang terbaik ,sentiasa bersyukur..

“Semoga Anak-anak ku menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi ladang pahala dan rezeki. Amin ya robb. Pelengkap keluarga Zaquan Ayu,” luah Ayu Raudhah di laman instagramnya.

Pasangan ini  berkahwin pada 21 Januari 2011. Mereka sebelum ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

Sumber: IG ayuraudhah_7 zaqone_08