Suami Juga Frontliner Yang Sebenar Dalam Keluarga. Hebat Perkongsian Ni!

Share

Sejujurnya besar juga pengorbanan yang dilakukan oleh encik suami sepanjang musim PKP ini bagi memastikan keperluan keluarga dapat disediakan dan kesihatan sentiasa optimum.

Namun mungkin ada yang tidak sedar, mereka juga adalah frontliner dalam sebuah keluarga. Ini sebagaimana  yang dikongsikan oleh Puan Sarah ini.

Diharapkan perkongsian ini lebih ramai yang peka dan sekali gus kita tahu menghargai usaha yang dilakukan oleh seorang suami, ayah dan bapa.

Jom semak perkongsiannya ini.


Berapa ramai yang sedar. Salah seorang frontliners adalah our Hero.

Suami kita.Ayah anak anak kita.Dan ayah kita.

Mereka juga frontliners yang sebenar.

Perintah MCO meletakkan tanggungjawab dibahu mereka untuk sedaya melindungi isteri dan anak-anak dirumah.

Mereka terpaksa keluar rumah, kalau sebelum ini bekerja.Tetapi kali ini mempercukupkan keperluan kita dirumah. Kadang mereka meringankan kerja kita.

Membasuh kain, mencuci pinggan mangkuk, memasak dan menyapu.
Mereka lebih banyak belajar cara menguruskan rumahtangga sepanjang mco ini.

Ada yang jadi paranoid. Beli vitamin c, spend duit untuk supplement anak isteri beratus ringgit. Supaya mereka sentiasa sihat. Kalau sebelum ini hanya tahu pergi balik kerja, kali ini duduk semeja mengajar anak mengira.

Percayalah.Mereka juga frontliners yg sebenar. Kerna mereka sedaya memastikan anak isteri mereka berada aman dan sihat.

Mereka belajar mengenal kunyit, halia dan belacan.Mereka pandai menggoreng ikan.Siap pandai menguli tepung.

Ye. Dia frontliners yg memastikan kita sihat sejahtera.

Beruntung para isteri.Waktu ini di pasar pun kaum adam yg ramai.
Suami soleh merata-rata.

Allah jaga pandangan mereka dari wanita yg seksi.Allah jaga anak dara mereka untuk tetap dirumah.

Besar hikmah MCO.

Tugas kita?
Teruskan bersyukur.
Bersyukur.
Dan bersyukur.

Supaya Allah bagi Malaysia kaya raya, Pemimpin yg adil dan hebat.
Agar kita isteri dan anak tetap setia dirumah. Agar Allah jaga our hero.

Bukankah semakin bersyukur, semakin Allah menambahkan nikmat buat kita.

Itu janji Allah.
Itu janji Allah.
Itu janji Allah.

Terima kasih our true frontliners.

sumber : Sarah Saifuddin