Suami Jika Nampak Isteri Tengah Membebel, Pegang Tangan Dan Peluk Dirinya. ‘Ubat’ Penenang Rumahtangga!

Share

Kalau kita nampak isteri kita tengah naik marah, tengah membebel, tengah merapu, tengah menjerit, tengah naik angin. Tak payah buat benda lain. Jangan tanya. Jangan tegur. Jangan tazkirah. Lebih-lebih lagi, jangan marah dia semula.


Ambil apa saja yang ada di tangan dia, letakkan di tepi. Pimpin tangan dia, bawa di satu sudut. Peluk dia kuat-kuat. Tak payah cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan peluk.
Dia mungkin menjerit dan marah. Nampak macam tenaga dia banyak sangat. Tapi saat itu sebenarnya dia berada di takah emosi yang paling lemah.

Kalau ada orang peluk dia waktu ni. Dia boleh menangis teresak-esak. Dia boleh mengadu tersedu-sedu. Tobat lahum. Dia taknak jadi begitu. Dia nak jadi anak yang baik.
Dia nak jadi isteri yang solehah. Dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.

PELUKAN ‘UBAT’ YANG SUPERB!

GAMBAR HIASAN (49)

Pelukan itu cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahami.
Isteri bukan terlahir sebagai orang yang marah-marah dan suka marah. Kalau dia memang jenis baran, dari dulu pun suami takkan berkenan. Bukan dia dari awal kenal pun jenis yang kokak kepala pekerja kedai kalau makanan lambat sampai. Tidak. Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa. Perjalanan rumahtangga adalah perjalanan syurga. Tapi perjalanan ini tak semudah yang kita semua sangka. Sokonglah dia sepenuh jiwa.
Kredit: Siti Suryani Yaakop