Isteri dan ibu mana yang tak pernah rasa penat bila menguruskan hal rumah tangga. Benar ia satu tanggungjawab tapi isteri kenalah bijak mengawal tekanan dalam diri.
Kalau penat, bawa-bawalah rehatkan tubuh dan minda. Suami pula jangan buat tak faham. Jangan sebabkan kita jenis tak ambil kisah sampaikan isteri penat pun kita tak tahu.
Perkongsian Dr Taufiq Razif ini banyak benarnya. Suami kenalah kenal pasti bila isteri penat. Isteri selalunya tak pernah beritahu. Tapi kita kenalah ambil tahu, baru bahagia dunia akhirat.
Terkedu saya bila ramai sangat mengadu tak dapat kawal emosi bila berhadapan dengan anak.
Jadi saya merayu sangat kepada para suami semua untuk tengokkan isteri masing-masing kat rumah sana.
Isteri ni dia takkan mengadu sangat dia penat. Dia taknak bebankan suaminya tapi kita boleh tahu tanda-tanda isteri dah penat melampau.
Antaranya :
* Benda sekecil apa pun boleh trigger si dia untuk menjadi marah dan beremosi
* Mudah jatuh sakit
* Jadi hilang selera makan atau selera makan meningkat melampau lampau
* Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan tekanan emosi
Cuba peluk si isteri tu sekali sekala dan mintak si isteri ceritakan masalah sebenar. Mintak si dia cerita daripada hati ke hati.
Nanti hujung hujungnya si isteri akan buka cerita juga yang dia sebenarnya tengah penat dan perlukan bantuan si suami untuk uruskan rumahtangga.
Percayalah, emosi isteri akan jadi sangat tak stabil bila keperluan fisiologi (physiological needs ) paling asas seperti tidur, makan dan rehat yang cukup tu kita tak pedulikan.
Taufiq Razif
Sangat percaya takkan jatuhnya ego seorang lelaki yang belajar untuk memahami isterinya sendiri
Kredit: Taufiq Razif