Suami Itu Ladang Pahala Buat Isteri, Begitu Juga Sebaliknya. Hayatinya!

Share

Sabar itu bukan mudah dilakukan, tapi ganjarannya berlipat ganda. Bahkan Allah sering menyebut orang yang sabar akan dijanjikan syurga bagi mereka.

Hakikatnya bila dikaitkan tentang sabar dalam rumahtangga, nyata dalam seharian banyak perkara berlaku yang memerlukan kedua-duanya perlu bersabar dan saling bertolak ansur. Ini sekali gus andai bijak ditangani,  menjadikan cabaran atau dugaan tersebut sebagai peluang untuk mendapatkan pahala.

Begitu juga melalui perkongsian Khairul Hakimin Muhammad, ada menyenaraikan cara bagaimana menjadikan isteri itu ladang pahala kepada suami.

Ikuti perkongsiannya.

Dari awal berkahwin emak saya duk tekankan yang isteri kita ini akan jadi padang pahala.

1. Jika dia malas, bantu dia. Bukan hina dia.

2. Jika dia degil, didik dia, bukan pukul dia.

3. Jika dia sakit, rawat dan bawa dia ke hospital bukan biarkan dia.

4. Jika dia ada teringinkan sesuatu, penuhi permintaan dia walau sedikit kesusahan berlaku.

5. Jika dia suka meminta-minta, waktu tak mampu, cakap sahaja terus. Jika mampu dapatkan sahaja.

6. Jika dia rajin, puji dan santuni dia.

7. Jika dia sering penat kerja, fahami dia

8. Jika dia selalu di rumah menjaga anak-anak, bawalah dia keluar sekali sekala.

9. Jika dia mudah sensitif, peluk dia, sentuh dia dan sayangi dia.

10. Jika dia sering kelam kabut, tenangkan dengan lekas-lekas bantu dia.

Kawan-kawan,

Hidup suami isteri ini bukan perlumbaan siapa nak masuk syurga dahulu. Kita semua nak. Yang pentingnya ialah saling tolak ansur, saling menghormati, saling menyayangi.

Seorang suami akan dihormati isteri sekiranya dia didik, dia asuh, dia hormat juga apa sahaja yang ada pada isterinya.

Sama juga di bahagian suami, isteri juga wajar lakukan perkara sama. Hormat, tolak ansur dan sentiasa menyayangi.

Nak murah rezeki, nak hidup tenang, nak sentiasa aman dan kaya jiwa, maka kena sama-sama berusaha.

Begitulah.

Sumber : Khairul Hakimin Muhammad