Dalam keriuhan dan kepetahan kanak-kanak yang sering menghiburkan kita dengan teletahnya, akan ada satu masa yang membuatkan hati mereka tersentuh.
Di waktu ini, baru kita akan dapat tahu sifat sebenar di sebalik tawa manja serta keletahnya yang riang.
Terbaru menerusi sebuah video yang tular di laman tiktok, telah dimuat naik oleh pemilik akaun @omokgendut18, menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dilihat menonton video di dalam satu telefon pintar.
Namun apa yang mencuri perhatian adalah reaksi kanak-kanak tersebut yang mengalirkan air mata.
Bagi yang pertama kali melihat video ini, pasti mengingatkan ianya pastinya ada plot twist namun apabila membaca caption video tersebut, terus terasa ingin berderai air mata.
“Allah…ingat dia diam buat ape..rupanya tgk video arwah ayah dia,” tulis @omokgendut18 di ruangan kapsyen video ini.
Melihat titisan air mata yang mengalir pada kanak-kanak tersebut, dapat di rasa sakitnya menanggung rindu lebih-lebih lagi kanak-kanak seusia ini sangat manja dan amat perlukan belaian dari ibu bapa.
Semoga adik ini tabah dan membesar menjadi anak yang solehah.
Penyediaan makanan yang selamat merupakan satu perkara yang amat penting untuk mengelakkan penyakit bawaan makanan terutamanya keracunan makanan.
Salah satu amalkan yang mesti dilakukan untuk mengelak berlaku keracunan makanan adalah basuh tangan anda sebelum dan selepas menyediakan makanan, basuh tangan anda selepas keluar dari tanda, cuci peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan dengan bersih dan lindungi kawasan dapur dan makanan daripada dicemari oleh serangga, tikus dan lain-lain.
Sebagaimana yang dipaparkan melalui perkongsian ini memberi panduan bagaimana papan pemotong makanan perlu dipastikan bersih untuk mengelak sebarang pencemaran.
Untuk pengetahuan anda, daging atau ayam mentah boleh meninggalkan bakteria salmonella dan campylobacter pada papan pemotong dan boleh menyebabkan keracunan makanan.
Bayangkan jika anda menggunakan papan yang sama untuk memotong murtabak yang dibeli di pasar malam atau mengupas buah epal.
Bakteria penyebab keracunan makanan ini boleh berpindah ke makanan yang sedia dimakan dan mencemarkannya dengan lebih mudah.
Sebab itu penting ada papan pemotong yang berbeza untuk bahan yang berlainan.
Merah- Untuk daging, ayam mentah Hijau- Sayur sayuran Biru- bahan kering lain Putih- untuk roti, kek .
Semoga penyediaan makanan kita lebih terjamin bersih dan selamat untuk ahli keluarga.
Pelakon Farah Nabilah selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di Ampang,awal pagi semalam. Berita tersebut dikongsikan oleh Farah dengan memuat naik satu video tanpa visual kecuali tangisan bayi di Instagramnya.
Putera sulung Farah dan suaminya, Mohammed Amirul Yunus, dilahirkan lebih awal berbanding jangkaan bulan depan.
Assalamualaikum semua 🤗
Syukur alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan my first baby boy yang sihat pada pagi tadi, 22 October 2020, 5 Rabiulawal 1442. Fawaa akan share nama and his face bila tiba masanya ya 😘
Terima Kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. May Allah bless everyone with happiness especially dalam keadaan macam ni. Be safe semua.
Dalam pada itu, pasangan ini juga membuat keputusan untuk tidak berkongsi wajah dan nama anak kepada umum buat masa ini.
Menurut pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Titian Cinta ini, dia hanya akan berkongsi butiran lanjut dan wajah anaknya pada waktu sesuai.
“Buat masa ini, kami ‘simpan’ dulu segala identitinya.
“Tetapi nanti, apabila semua sudah okay, saya akan paparkan tanda cinta bersama suami ini dengan semua,” katanya.
Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saipuddin bernikah dengan Amirul yang bertugas sebagai juruterbang pada 20 Disember lalu.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.