Suami Isteri Rasa Tak Tenang & Semua Serba Tak Kena, Segera Rawat Hati Dengan Saranan Ustaz Ebit Lew Ni!

Share

Pepatah ada mengatakan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Hakikatnya pasti ada perbezaan pendapat atau pertelingkahan kecil akan berlaku antara suami isteri, itu lumrah. Namun yang menjadi kebimbangan, bila setiap masa ada sahaja yang tidak kena di mata suami mahu pun isteri hingga menyebabkan hubungan menjadi ‘panas’ di antara kedua-dua belah pihak.

Jadi bagaimana sebenarnya untuk mendapatkan ketenangan agar walau ada selisih pendapat sekali pun, kita mampu mengatasinya dengan tenang dan disantuni dengan sebaik mungkin di kedua-dua belah pihak.

Mungkin dengan perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini dapat menjentik hati setiap antara kita mengapa sering terjadi rasa tidak tenang dalam hati. Jom semak perkongsian ini.


Tadi balik dari radio salamfm terjumpa sepasang suami isteri minta nasihat. Mereka asyik bergaduh siang malam. Katanya tak pernah tenteram rumahtangga. Sebab yang kecil pun sampai maki hamun. Tak tenang. Sebab kena orang buat ke ustaz. Ada kata sebab tak sesuai. Panas jadinya. Macam-macam lagi..macam-macam ikhtiar dah ustaz..

Maaf sangat saya nak tanya satu soalan pada saudara saudari berdua. Cukup solat 5 waktu tak?

Mereka senyap. Saya tanya suami dulu. Suami kata, saya memang tak solat ustaz. Dah lama dah tak solat.

Baik isteri pula. Saya dulu solat cukup. Sekarang dah banyak tinggal.

Saya nak tanya Al-Quran baca berapa helai sehari?

Keduanya jawab dah lama tak baca..ada amalkan apa-apa zikir tak?

Semua dah lama tinggal ustaz..

Begini saudara saudari berdua. Saat kita menyerahkan diri, hati dan seluruhnya dengan sujud pada Allah dan minta pertolongan Allah. Saat itu kita diberi ketenangan, petunjuk dan bahagia yang hakiki.

Saya tahu Allah sayang saudara saudari. Dia beri peluang untuk menjadi hambanya. Siapa jaga solat. Allah jaga mereka..

Ramai orang solat juga ditimpa pergaduhan dalam kehidupan suami isteri. Tetapi tiada orang tak solat rasa bahagia dalam rumahtangga. Janji Allah bahagia buat orang yang benar-benar jaga solat pada waktunya dan sempurna khusuk dan khuduknya. Hati yang bulat pada Allah. Dan anggota yang diam tetap berserah padanya..

Saidina Umar ra sentiasa kejut keluarga bangun malam untuk tahajud dan baca ayat : Dan perintahkanlah ahli keluargamu untuk solat, bersabarlah kamu dalam mengerjakannya, sesungguhnya kami tak minta Rezeki dari kamu. Bahkan kami yakni Allah yang beri rezeki kepada kamu..

Dengan mengajak keluarga solat, kita diberi bahagia, rezeki,keberkatan, ketenangan, cinta, kasih sayang, lemah lembut, kebaikan, saling menghormati, kejayaan, dan Redha Allah.

Inilah jalannya. Lelaki tadi sebak dan menangis. Sebelum balik dia peluk saya. Dia menangis. Saya peluknya kembali. Saya kata selalu dalam hidup saya saat saya nak balik pada Allah ada orang peluk saya. Pelukan guru dan alim. Paling mahal pelukan mak saya. Kini tinggal satu lagi pelukan yang saya rindui pelukan ayah saya. Bahagia dapat peluk ayah. Bahagia dapat peluk isteri yang banyak berkorban untuk kita.

Jagalah isteri dengan baik. Jagalah solat awal waktu berjemaah. Rawat hati dengan rajin baca Al-Quran. Cara tercepat nak dekat dengan Allah melalui pembacaan Al-Quran.

Tanda cinta Allah amalkan zikir tasbihad 100x subhanallah walhamdulillah lailaha illallah Allahuakbar. Tanda cinta Nabi saw Selawat 100x. Tanda cinta diri sendiri Istighfar 100x. Setiap pagi dan petang

Sumber : Ebit Lew