Pepatah ada mengatakan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Hakikatnya pasti ada perbezaan pendapat atau pertelingkahan kecil akan berlaku antara suami isteri, itu lumrah. Namun yang menjadi kebimbangan, bila setiap masa ada sahaja yang tidak kena di mata suami mahu pun isteri hingga menyebabkan hubungan menjadi ‘panas’ di antara kedua-dua belah pihak.
Jadi bagaimana sebenarnya untuk mendapatkan ketenangan agar walau ada selisih pendapat sekali pun, kita mampu mengatasinya dengan tenang dan disantuni dengan sebaik mungkin di kedua-dua belah pihak.
Mungkin dengan perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini dapat menjentik hati setiap antara kita mengapa sering terjadi rasa tidak tenang dalam hati. Jom semak perkongsian ini.
Tadi balik dari radio salamfm terjumpa sepasang suami isteri minta nasihat. Mereka asyik bergaduh siang malam. Katanya tak pernah tenteram rumahtangga. Sebab yang kecil pun sampai maki hamun. Tak tenang. Sebab kena orang buat ke ustaz. Ada kata sebab tak sesuai. Panas jadinya. Macam-macam lagi..macam-macam ikhtiar dah ustaz..
Maaf sangat saya nak tanya satu soalan pada saudara saudari berdua. Cukup solat 5 waktu tak?
Mereka senyap. Saya tanya suami dulu. Suami kata, saya memang tak solat ustaz. Dah lama dah tak solat.
Baik isteri pula. Saya dulu solat cukup. Sekarang dah banyak tinggal.
Ads
Saya nak tanya Al-Quran baca berapa helai sehari?
Keduanya jawab dah lama tak baca..ada amalkan apa-apa zikir tak?
Semua dah lama tinggal ustaz..
Begini saudara saudari berdua. Saat kita menyerahkan diri, hati dan seluruhnya dengan sujud pada Allah dan minta pertolongan Allah. Saat itu kita diberi ketenangan, petunjuk dan bahagia yang hakiki.
Ads
Saya tahu Allah sayang saudara saudari. Dia beri peluang untuk menjadi hambanya. Siapa jaga solat. Allah jaga mereka..
Ramai orang solat juga ditimpa pergaduhan dalam kehidupan suami isteri. Tetapi tiada orang tak solat rasa bahagia dalam rumahtangga. Janji Allah bahagia buat orang yang benar-benar jaga solat pada waktunya dan sempurna khusuk dan khuduknya. Hati yang bulat pada Allah. Dan anggota yang diam tetap berserah padanya..
Saidina Umar ra sentiasa kejut keluarga bangun malam untuk tahajud dan baca ayat : Dan perintahkanlah ahli keluargamu untuk solat, bersabarlah kamu dalam mengerjakannya, sesungguhnya kami tak minta Rezeki dari kamu. Bahkan kami yakni Allah yang beri rezeki kepada kamu..
Ads
Dengan mengajak keluarga solat, kita diberi bahagia, rezeki,keberkatan, ketenangan, cinta, kasih sayang, lemah lembut, kebaikan, saling menghormati, kejayaan, dan Redha Allah.
Inilah jalannya. Lelaki tadi sebak dan menangis. Sebelum balik dia peluk saya. Dia menangis. Saya peluknya kembali. Saya kata selalu dalam hidup saya saat saya nak balik pada Allah ada orang peluk saya. Pelukan guru dan alim. Paling mahal pelukan mak saya. Kini tinggal satu lagi pelukan yang saya rindui pelukan ayah saya. Bahagia dapat peluk ayah. Bahagia dapat peluk isteri yang banyak berkorban untuk kita.
Jagalah isteri dengan baik. Jagalah solat awal waktu berjemaah. Rawat hati dengan rajin baca Al-Quran. Cara tercepat nak dekat dengan Allah melalui pembacaan Al-Quran.
Tanda cinta Allah amalkan zikir tasbihad 100x subhanallah walhamdulillah lailaha illallah Allahuakbar. Tanda cinta Nabi saw Selawat 100x. Tanda cinta diri sendiri Istighfar 100x. Setiap pagi dan petang
Pelbagai resipi Nasi Ayam yang dikongsikan di media sosial baik oleh tukang masak terkenal mahupun orang biasa. Semuanya mengikut citarasa dan cara tersendiri.
Namun perkongsian puan Munierah Eyra ini cukup unik dan lain dari yang lain. Dia menggunakan bekas kecil yang diletakkan beras lengkap dengan bahan-bahan lain. Nak tahu caranya,jom tengok perkongsian ini.
pa nak try buat nasi ayam kukus simple dan mudah boleh tgk resepi kat bawah.Masak pun dalam mangkuk plastik ikea je..😉
NASI AYAM KUKUS
Bahan:
– beras 5 sudu makan
– halia tumbuk lumat²
– bawang putih tumbuk lumat²
– daun sup/daun bawang
– 1 sudu kecil stock ayam maggie setiap mangkuk
– ayam (perap dgn halia,bawang putih,pati ayam sikit
-tomato,timun
*p/s:tak payah guna garam dah cukup rasa
Bahan tumbuk tu, letak setengah sudu kecil setiap mangkuk..
Basuh beras dan selawat kemudian letak dalam mangkuk, letak bahan tumbuk, daun sup sikit, letak air cukup tenggelam beras atau lebih 1cm sikit, letak pati ayam, letak ayam seketul.
Beras 5 sudu setiap mangkukAda dalam 5 mangkukMasuk halia dgn bawang putih
Satu sudu kecil stock ayam jangan lebihAir paras tenggelam beras sikitMacam ni lebih kurang
Kukus 30 minit atau lebih..
Letak ayam dan daun supBoleh kukus 30minit atau lebih sehingga masakDah siap!!!
Supnya buat mcm biasa,kalau nak simple tumis,bawang merah dan lebihan halia dgn bawah putih tadi,masuk ayam,air, pati ayam dan daun sup dah siap!!!😅😅😅
Sos
-cili merah
-bawang putih
-sos cili
-garam dan gula
-Air sikit
*blander pastu masak atas api..
Daun pandan yang dibeli jika disimpan begitu sahaja di dalam peti sejuk, lazimnya akan kering juga akhirnya.
Bila begitu keadaan daunnya, hendak digunakan di dalam masakan pun terasa tidak puas hati sebab terlihat tidak segar bahkan baunya juga tidak seperti biasa.
Sebenarnya ada cara yang lebih bagus untuk anda praktikkan seperti mana perkongsian pengalaman daripada dua wanita ini.
Menyimpan daun pandan dengan teknik tersebut, bukan seminggu dua daun pandan kekal segar malah berbulan-bulan lamanya.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian daripada mereka. Jom baca.
Daun pandan ni beli dr first PKP 1.0, april kalau tak silap saya. Beli dekat mydin. Rm1 lebih dapat 1 pokok.
Masa tu nak masak bubur ja, nak pakai dalam selai 2 ja. Selebihnya tak tau nak buat apa, banyak sangat.
So sy try gunting² dan masuk bekas dan frozenkan..(basuh bersih² dulu)
Sesuai kalau perumahan tu ditengah bandar,
Tak ada tempat bercucuk tanam
Jimat pun jimat, cermat pun cermat.. Eh
Kali ni masuk PKP 2.0, Masih segar lagi, wangi pun kuat lagi bila campur dalam masakan.
Ikutlah nak campo masakan apa pun.
Begitu juga cara yang lebih detail telah dikongsikan oleh DLa AMaya dan bolehlah dicuba untuk memudahkan kita menyimpan daun pandan dalam tempoh yang lama untuk kekal segar dan elok.
CARA MENYIMPAN DAUN PANDAN KEKAL SEGAR
Bagus cara ni. Masih segar sihat elok jaa berbulan pun boleh tahan. Nak masak ambil ja banyak mana dah siap potong. Sangat mudah.
Cara penyimpanan daun pandan dengan tahan lebih lama & segar
• Bersihkan daun pandan
• Potong pendek pendek
• Masukkan dalam plastik kedap/ tupperware
• Simpan dalam peti ais sejuk beku (bahagian freezer)
Daripada kering kan beli banyak banyak, baik simpan beku nak masak nasi kaa kuih kaa hilang kan bau petiais buat bung rampai kaa wangi rumah ambil jaa bau kuat lagi. Daun pun masih hijau walaupun sudah berbulan.
Selamat mencuba.
Best kan! Dah tak perlu buang lagi daun pandan kering.
Nota : Serai pun boleh buat macam ni potong siap2 atau sebatang2. Daun daun lain pun boleh tetap segar cuma daun berubah warna.
Lagi 1 tips, kalau anak suka sangat makan aiskrim sila letak dalam bekas aiskrim tiap kali minta tunjuk ada daun. Terus terbatal niat 🤭
Bawang putih menjadi antara ramuan yang sering digunakan dalam masakan. Aromanya yang wangi semasa ditumis, nyata memberi keenakan rasa hidangan yang dimasak.
Kebiasaanya, bawang putih ini kita akan beli sahaja namun bagus juga kiranya jika ditanam dan dituai hasilnya untuk kegunaan sendiri.
Memandangkan menanam bawang putih tidaklah susah dan boleh dicuba. Nak tahu lanjut caranya, ikuti perkongsian ini.
Bawang putih- Kaedah dan petua menanam
1. Pemilihan benih – terdapat 2 jenis bawang putih yang di impot kita harus kenal
i) softneck- kulit bawang berwarna putih cerah keseluruhan. Mempunyai daun yang lembut dan sedikit menjuntai ke bwh. Ia di tanam pd musim panas di china dan korea
ii) hardneck- kulit bawang berwarna putih dan kemerahan di bhgian ats nya. Mempunyai daun yang agak keras mencacak. Ditanam pada musim sejuk di negara pengekspot.
Di sebabkan cuaca kita yang panas hanya jenis softneck sesuai di tanam di negara kita dan memberi hasil positif.
Pilih bawang yang baik dan segar sahaja untuk benih tanaman. Pecahkan bawang kepada ulas-ulas dan ambil yang matang sahaja.
2. Media tanah- sediakan 2 bahagian tanah pasir,1 bahagian cocopeat dan 1 bahagian tanah organik.
3. Tanam ulas bawang secara menegak dengan bahagian untuk akar nya kebawah. Kambus butir bawang dengan tanah sedalam satu inci atau 2cm. Jangan terlalu ke dalam benih mungkin lemas bila proses menumbuh. Proses siraman di perlukan pagi dan petang
3. Selepas 5 hari daun bawang akan mula kelihatan di paras tanah. Pembajaan organik perlu di lakukan pd peringkat ini. Selepas 14 hari daun bawang akn meninggi. Daun bawang perlu di potong sehingga tinggal seinci. Ini utk menggalakan perkembangan bawang. Daun bawang boleh di munafaatkan. Proses di ulang pada tiap kali daun bawang menjadi panjang. Sehingga daun bawang tidak lagi tumbuh dan mula kekuningan. Proses ini akan mengambil masa antara 100-120 hari atau 3-4 bulan.
4. Tuaian- Setelah daun bawang mula menguning bawang boleh di tuai dengan cara mengorek tanah dan mengcongkel. Jangan mencabut kerana akan menjejaskan bawang. Bersihkan sisa tanah yang melekat di bawang dengan cara mengetuk perlahan. JANGAN BASUH. kerana bawang putih perlu di jemur di tempat redup selama 4-5 hari sehingga daun dan bawang nya kering. Selepas 5 hari pengeringan bawang sudah boleh di ambil utk kegunaan atau di simpan
NOTA
1. Pokok bawang memerlukan sinar matahari maksima untuk pertumbuhan bawang. Jika anda menggunakan polybag pastikan ia tidak di letakkan di tempat berbumbung atau ternaung
2. Proses siraman setiap hari dan pembajaan organik setiap minggu akan mempercepatkan proses kematangan bawang
3. Untuk anda yang tinggal di kawasan tanah tinggi dan sejuk seperti Cameron Highland, Ranau serta Tambunan di Sabah, pilihan bawang putih Hardneck ada lah lebih bersesuaian. Rasanya juga lebih enak.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.