Banyak-banyak benda, aurat benda paling perlu kita jaga.

Tapi…… Ada ke aurat antara suami isteri? Nak tahu, jom lihat perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus ni!

AURAT ANTARA SUAMI ISTERI

SOALAN :

Saya ada satu kemusykilan tentang aurat suami isteri.

Saya dengar ustaz sebut tiada aurat lagi antara suami isteri yaitu tidak haram lagi suami melihat sekelian badan isterinya termasuk faraj. Dan beberapa orang ustaz yang lain juga berkata seperti itu.

Tapi saya ada dengar pula orang kata walau pun suami isteri dilarang melihat farajnya kerana bolih merosakkan mata.

Mohon penjelasan terima kasih.

Suami Isteri Pun Ada batas Aurat, Betul Ke?

JAWAPAN :

Ulamak sepakat bahawa suami isteri tiada aurat antara keduanya dengan makna suami tidak haram melihat semua anggota badan isterinya dan isteri pula tidak haram melihat semua anggota badan suaminya.

Ada pun melihat kepada faraj maka ulamak telah berselisih pada hukumnya yaitu pendapat yang sahih adalah harus dan pendapat yang lain mengatakan makruh.

IKLAN

Telah diriwayatkan daripada Muawiyah bin Haidah r.a. berkata ia :

يا رسولَ اللَّهِ عوراتُنا ما نأتي منها وما نذَرُ قالَ احفَظْ عورتَكَ إلَّا من زوجتِكَ أو ما ملكت يمينُكَ

Artinya : “Aku telah berkata : Wahai Rasulullah! Aurat kami apa yang kami datangi daripadanya dan apa yang kami tinggalkan? Jawab Rasulullah : Peliharalah auratmu kecuali dari isterimu atau hambamu.” (Hadith riwayat Tirmizi)

Maksudnya Muawiyah bertanyakan Rasulullah saw anggota manakah yang bolih dizahirkan dan anggota mana pula yang tidak harus dizahirkan. Lalu Rasulullah saw menyuruh supaya menutup aurat dari dilihat oleh manusia melainkan isteri dan hambanya sahaja.

Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar :

وَمَفْهُومُ قَوْلِهِ ( إِلَّا مِنْ زَوْجَتك ) يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ يَجُوزُ لَهَا النَّظَرُ إِلَى ذَلِكَ مِنْهُ ، وَقِيَاسه أَنَّهُ يَجُوزُ لَهُ النَّظَرُ ”

Artinya : “Dan yang difahami perkataannya ‘melainkan dari isteri’ itu menunjukkan atas bahawasanya harus bagi isteri itu melihat yang demikian itu daripada suaminya. Dan qiasnya ialah harus bagi suaminya oleh melihat (kepada isterinya).” (Kitab Fathul Baari Syarah Sahih Al-Bukhari)

Telah berkata oleh Imam Ibnu Quddamah :

IKLAN

وَيُبَاحُ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْ الزَّوْجَيْنِ النَّظَرُ إلَى جَمِيعِ بَدَنِ صَاحِبِهِ ، وَلَمْسُهُ ، حَتَّى الْفَرْجِ
وَلِأَنَّ الْفَرْجَ يَحِلُّ لَهُ الِاسْتِمْتَاعُ بِهِ ، فَجَازَ النَّظَرُ إلَيْهِ وَلَمْسُهُ ، كَبَقِيَّةِ الْبَدَنِ

Artinya : “Dan diharuskan bagi setiap seorang dari suami isteri melihat kepada sekelian badan masing-masing dan menyentuhnya sehinggalah kemaluannya.

Dan dari kerana sungguhnya faraj itu halal bersedap-sedap dengannya maka haruslah melihat kepadanya dan menyentuhnya seperti bahagian badan yang lain.” (Kitab Al-Mughni)

Berkata Imam Nawawi :

فصل: ومن تزوج امرأة أو ملك جارية يملك وطأها فله أن ينظر منها إلى غير الفرج وهل يجوز أن ينظر إلى الفرج؟ فيه وجهان: أحدهما لا يجوز لما روي أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: “النظر إلى الفرج يورث الطمس” والثاني يجوز وهو الصحيح لأنه يملك الاستمتاع به فجاز له النظر إليه كالفخذ

Artinya : “Ini satu fasal. Dan siapa yang berkahwin akan seorang perempuan atau memiliki hamba perempuan yang halal watinya maka harus baginya melihat daripadanya kepada selain faraj. Dan adakah harus dia melihat kepada farajnya? Maka padanya ada dua pendapat : Salah satunya tidak harus kerana satu riwayat bahawa Nabi saw bersabda : Melihat kepada faraj itu mewarisi buta. Dan pendapat yang kedua harus dan ialah pendapat yang sahih kerana sungguhnya suami memiliki bersedap-sedap dengannya maka harus bagi suami melihat kepadanya sebagaimana paha.” (Kitab Al-Majmu’)

Dan riwayat yang mengatakan melihat faraj itu merosakkan mata itu sanadnya dhaif.

IKLAN

Tersebut pada Kitab Al-Iqna’ ala Abi Syuja’ :

وأما خبر النظر إلى الفرج يورث الطمس أي العمى كما ورد كذلك فرواه ابن حبان وغيره في الضعفاء بل ذكره ابن الجوزي في الموضوعات .

Artinya : “Dan ada pun riwayat bahawa melihat kepada faraj itu mewarisi buta sebagaimana datang seperti demikian itu telah meriwayatkannya oleh Ibnu Hibban dan lainnya dalam kumpulan hadith dhaif bahkan Ibnu Al-Jauzi menyebutnya dalam kumpulan hadith maudhu.”

Dan sebahagian ulamak mengatakan hadith tersebut sanadnya hasan dan menanggung mereka itu atas larangan yang bermaksud makruh.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :

وخبر النظر إلى الفرج يورث الطمس أي العمى كما ورد كذلك رواه ابن حبان وغيره في الضعفاء، وخالف ابن الصلاح فقال إنه جيد الإسناد، ومع ذلك فهو محمول على الكراهة كما قاله الرافعي

Artinya : “Dan riwayat bahawa melihat kepada faraj itu merosakkan mata sebagaimana datang seperti demikian yang telah meriwayatkannya oleh Ibnu Hibban dan lainnya dalam hadith-hadith dhaif. Dan telah menyalahi oleh Ibnu Solah berkata ia sanadnya elok dan serta yang demikain itu ia ditanggung atas makna makruh sebagaimnana berkata oleh Ar-Rafie.” (Kitab Asnal Matalib)

KESIMPULAN

Suami isteri tidak ada batas aurat yang mesti ditutup dari dilihat oleh keduanya.

Sekalipun pendapat yang sahih harus melihat kepada faraj sebaiknya lihat itu pada ketika perlu sahaja yaitu ketika bersama kerana meraikan pendapat yang memakruhkannya.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI