Suami Isteri Pakai Ketat Berkayuh Basikal. Perkongsian Lelaki Ini Undang Kontroversi Tapi Ini Iktibarnya!

Share

Trend dulu ramai yang sertai aktiviti larian, kini selepas PKP, trend beralih kepada aktiviti berbasikal. Permintaan terhadap basikal meningkat sejak akhir-akhir ini. Barangkali ada kaitan dengan penangguhan bayaran ansuran atau moratorium.

Suatu perkembangan yang sihat apabila didapati semakin ramai menyedari kepentingan kesihatan. Namun apa yang dikesali terdapat isu mengenai cara pemakaian yang agak keterlaluan buat beragama Islam.

Sebagaimana perkongsian ini.

KAUM BAPAK DAN IBU KAYUH BASIKAL PAKAIAN KETAT. ANAK PAKAI KETAT DAN MAIN BASIKAL LAJAK KENA MARAH PULAK

Bagus betul sekarang kawan-kawan saya yang perut besar menyekat seat belt pun dah mula beli basikal dan berkayuh. Saya paling minat, kawan-kawan saya masa di Finland dulu sekarang buat geng basikal di Utara sana. Route kampung memang cantik. Tak halang lalu lintas dan mengutamakan keselamatan, saya pun rasa nak join.
.
Pertama, sebelum baca post ini harap semua jangan melompat dulu awal-awal. Boleh setuju boleh juga tak, itu semua pandangan sahaja.
.
Kelmarin hampir dah nak melanggar sekumpulan penunggang basikal semasa on the way pergi projek dusun durian di Lenggeng. Awal pagi, baru nak terang tanah tapi masih kelam-kelam lagi dan di jalan berselekoh. Pandu pun tak laju, mengikut speed limit, nak laju macam manapun kawasan banyak selekoh.
.
Pemanduan dikejutkan di sebalik selekoh ada sekumpulan berpuluh basikal yang memakan ruang sehingga melebihi garisan tengah. Mudah kata, sampai 2/3 jalan diborong. Berkokok tayar menekan brake dalam keadaan nak kawal jangan sampai mengelak orang, kita sendiri terjun gaung.
.
Tak salah berbasikal, yang salahnya ialah tidak menjaga keselamatan. Naik basikal pakai helmet, ada blinker dan memakai pakaian ketat bukan penentu keselamatan. Yang tular beberapa hari lepas, penunggang basikal yang nak kejar angka dalam meter Strava mereka melanggar lampu isyarat.
.
Maaf kalau saya bertanya, jika begitulah kisahnya. Apa beza bapak-bapak yang dah tua menunggang basikal dan membahayakan diri mereka juga membahayakan pengguna jalanraya lain yang kena mengelak mereka DENGAN adik-adik yang memenuhi jalanraya dengan basikal lajak mereka?
.
Yang mengikut undang-undang dan menjaga keselamatan, jangan terasa dengan post ini kerana post ini untuk mereka yang tak menjaga keselamatan diri mereka dan orang lain. Kalau dilanggar mereka teruk, kalau mengelak kita pula yang teruk. Kalau budak basikal lajak, dah tentu ada yang kena angkut ke balai tunggu mak bapak kutip. Tapi kalau bapak-bapaknya yang begitu, nak cerita macam mana ni ye?

PAKAIAN KETAT

Kedua, gadis-gadis sekalian yang mula mengayuh, mohon jaga-jaga juga pakaian. Kita tahu awak nak laju tapi banyak orang jadi geram. Sudahlah ketat, berketul-ketul pulak tu. Atau sengaja nak buat “free marketing” dengan penonjolan aset-aset yang ekslusif dalam bilik mandi dan bilik tidur sahaja. Kesianlah kat kami lelaki-lelaki sejati yang terpaksa tundukkan pandangan. Iman orang bukan semuanya sekuat iman Imam Muda. Nak tunduk pandangan macam mana kalau kau berkayuh di jalanraya, kalau kutundukkan pandangan bakal aku mendarat di antara gaung-gaung atau bercium pulak dengan lori balak ataupun lori najis.
.
Juga kepada yang lelaki, kadang-kadang malu nak bercakap dengan mereka bila seluar mereka betul-betul sendat sehingga menyembulkan anak burung mereka. Kita tahu mereka nak laju, tapi bukan nak masuk Olympic pun. Agak-agak dalam pakai ketat, sarung sikitlah yang longgar kat luar supaya tak sakit mata tengok.
.
Apa beza bapak, emak-emak dan gadis-gadis pakai baju dan seluar ketat atas alasan untuk bersukan basikal, dengan anak lelaki dan perempuan mereka yang dihantar ke tahfiz dan sekolah agama dengan harapan untuk anak mereka nanti pandai tutup aurat dengan baik dan tidak pakai baju ketat selain longgar-longgar belaka. Abahnya tiap-tiap weekend update IG gambar pakai seluar ketat berbasikal. Bergambar dengan gadis-gadis yang seperti daging-daging bungkus.
.
Basikal mahal tapi susu anak miss. Ini satu kesah lagi sama macam hobi orang lelaki yang tak adalah have-havepun tapi beli basikal harga sampai dah macam motor RXZ. Ada lagi yang lagi mahal pun ada. Yang penting, ada jenama ada gaya. Soal laju ke tidak, itu nombor 13. Yang penting, gadis tengok akan impress. Anak di rumah kena catu dari minum susu Dugro, downgrade jadi susu pekat atau susu isian sajat. Kadang-kadang terus jadi air sirap kurang manis. Kenapa? Nak bersenang-senang pakat-pakat satu ofis nak berkayuh termasuk dengan gadis-gadis dan janda-janda.


.
Saya mungkin silap juga, tapi banyak yang berselisih di jalanraya dan juga dalam newsfeed FB juga IG, yang menunggang ni ramai lelaki-lelaki laki orang dan juga gadis-gadis juga. Agak rare (sebenarnya tak pernah nampak) ibu-ibu yang ada anak kecil 5-6 orang turut sama mengayuh. Mungkin saya taknak habiskan ayat ini, cuma cukuplah untuk yang mana jadi suami, check juga apa isteri dan anak-anak kita buat. Dan isteri juga ambil berat juga apa suami masing-masing buat.
.
Dulu masa saya kaki panjat gunung, paling depan sekali guide. Berebut pulak lelaki-lelaki nak tolong jaga belakang. Depan-depan semua perempuan dan boleh berebut “pemandangan” siapa yang nak aim. Pemandangan daging tersepit, terselit dan padat semua jadi aim menyegarkan. Sama macam naik basikal, konon gentlemen bagi perempuan jalan dulu kerana di belakang pemandangan lebih segar dan bertenaga. Yang dah tua tak sedar umur, nak berkelon-kelon dengan binipun telan pil biru juga tiba-tiba jadi semangat macam remaja baru kenal Tiktok.
.
Tak salah nak bersukan. Dah lama pun ada trend begini cuma simpan dalam hati taknak fikir yang tak elok. Tapi rasanya, dah sampai masa untuk kita berpesan kepada mereka yang berkaitan untuk sama-sama ambil kisah pesanan ini. Kepada yang tak pakai baju ketat dan menjaga keselamatan, tak perlulah terasa dengan post ini ye.
.
Kepada lelaki yang masih defensive, boleh aku tanya, jika yang menunggang dengan basikal itu ialah anak gadis ataupun isteri kamu dan mereka berpakaian serba sendat dan betul-betul segala daging menyembul keluar, adakah sebagai suami dan wali kepada anak gadis awak tu, awak izinkan? Kalau tidak, boleh mula lihat gadis-gadis menunggang dengan pakaian begitu seperti anak sendiri.
.
Agak-agak setiap kali lalu gadis tunggang basikal dengan pakaian ketat terus sekumpulan penunggang lelaki mithali bagi ceramah, tazkirah dan talkin, rasanya boleh settle masalah mengayuh serupa telanjang. Jangan dah meninggal baru nak pakai longgar-longgar, kesian Pontianak dan Langsuir dulu main basikal lah tu, dah mati baru nak pakai baju longgar, tapi — dah terlambat.
.
Ramai yang terlibat tak setuju mungkin, tapi tak boleh nafi kan, kau pakai macam tu kau sendiri tahu dalam agama kamu, itu tak betul kan? Jawab sendiri dalam hati.

Satu soalan lagi, kalau masa menunggang dengan baju ketat tu kena gilis mati dengan lori pasir, agak-agak Allah boleh kawtim tak kenapa awak pakai baju ketat tunggang basikal?
.
Sebarkan pesananan ini.
Kalau banyak sangat masa hujung minggu selain dari menunggang basikal, masuk Telgram channel Rarefounders.com kita ajar buat bisnes dan kaya sendiri. Tak perlu cari laki orang yang dah nampak kaya sebab basikal ada jenama (beli swipe kad kredit, bayar sikit-sikit).

Kredit: Saiful Nang