Suami Isteri Obes Sejak Muda, Tekad Turunkan Berat Badan. Hasilnya Memang Menjadi, Ni Tips Dikongsikan!

Share

Menyentuh bab menjaga berat badan untuk kekal langsing bukanlah kerja mudah. Apatah lagi jika mempunyai berat badan yang obes. Nak kurus, kena lebihkan usaha bahkan perlu ada semangat berterusan sepertimana suami isteri ini.

Apa yang menariknya mengenai kisah mereka, pasangan suami isteri ini saling berkerjasama antara satu sama lain sehingga akhirnya mereka berjaya mendapatkan berat badan ideal secara bersama.

Apa tidaknya, cuba bayangkan sejak muda lagi sememangnya obes dan pernah mencapai berat hingga 200kg, nyata tiada apa yang mustahil bila sudah nekad.

Untuk anda yang juga sedang berusaha ke arah nendapatkan berat badan ideal, jom kita baca kisah inspirasi ini.


InshaAllah saya akan mula sharing di wall sendiri since terlalu ramai yang bertanya menerusi PM, DM dan saya rasa bersalah tak mampu nak jawab satu persatu.. Sebelum ni memang agak segan nak post perjalanan yang panjang ini di sini (banyak sharing di group tertentu sahaja) sebab saya tau mungkin ada yang kurang selesa dengan perkongsian journey menurunkan berat ni.. Ya lah, berat badan memang perkara yang sangat sensitif bagi sesetengah orang..

Mungkin juga akan ada yang bosan dengan perkongsian sebegini namun siapalah saya nak memuaskan hati semua.. Tapi memikirkan niat saya nak bantu sesiapa sahaja, mungkin boleh membantu sedikit sebanyak bagi yang memerlukan idea dan gambaran macam mana nak turunkan berat berdasarkan cara dan pengalaman kami berdua.. inshaAllah.. moga dapat beri manfaat dan keberkatan perkongsian yang berpanjangan. Sekurang²nya sebagai sumber inspirasi dan motivasi..

Tapi perlu diingatkan, kejayaan dan keberkesanan adalah bergantung kepada diri masing².. mungkin sesuai pada saya, tidak sesuai pada diri yang lain.. penurunan berat bergantung kepada banyak faktor: metabolisme, umur, jantina, diet/pemakanan, aktiviti fizikal, disiplin, tahap kesihatan, hormon, penyakit sedia ada dan banyak lagi. Begitu juga semuanya dengan keizinan Allah. So kesannya sangatlah subjektif dan berbeza bagi setiap orang.

Secara ringkasnya, Alhamdulillah dengan izin Allah setelah amalkan IF (Intermittent Fasting) sejak hujung tahun 2018, then start record dan track IF menerusi apps Zero bermula Januari 2019, nampak perubahan juga akhirnya.

Sebelum ni dah cuba pelbagai jenis diet yang ada, nampaknya IF, digabung dengan OMAD (One Meal A Day) juga yang berkesan pada kami. Di samping itu kami cuba ikut Keto diet walaupun tak mampu nak 100% sepenuhnya.

Kami berdua memang dalam kategori obes sejak muda lagi, sejak zaman sekolah, sehinggalah berkahwin dan sehinggalah kami tekad untuk berubah setelah penat cuba pelbagai cara, kami nak berubah jadi sihat since penyakit berisiko tinggi e.g darah tinggi dan diabetis dah mula menjengah. Jadi kena sihatkan badan dulu, berat pun menyusul turun selepas itu.

Hampir setiap hari buat IF, paling lama ialah 72jam (yang ni saya buat sekali dalam 1 atau 2 bulan). Minimum kami buat 18:6 dan selalunya melebihi 20jam.

Bila buat OMAD, technically kami buat IF 23:1. Then we only break our fast right AFTER jogging/exercising; quickest way for burning fat. Alhamdulillah.

Total weight loss saya: 55kg (4xl to M/S)
Total weight loss suami: 70kg (5xl to M)

Saya: dari 130kg kepada 75kg
Suami: dari 160kg kepada 90kg (rasanya dulu pernah capai 200kg tapi tak tertimbang masa tu)

Total weight loss dikira daripada berat yang paling tinggi yang pernah kami capai sewaktu timbang.

Sejak amalkan IF ini, kami juga sentiasa pastikan keadaan kami sihat dengan buat medical checkup hampir setiap bulan. Blood sugar tracking dan periksa tekanan darah setiap hari serta buat HbA1c test setiap 3 bulan. Alhamdulillah semua result semakin baik dan harap berterusan baik, inshaAllah.

Secara ringkas tipsnya:

– Intermittent Fasting. IF is the easiest and best health hack. Because you cannot cheat when you are fasting .
– Bila dah selesa buat IF 23:1, kami buat OMAD, since tak mampu nak makan banyak pun dalam tempoh 1 jam eating window tu.
– Kami amalkan self-control bila makan: less carbs, no sugar (almost Keto).
– Exercise / jogging, dapatkan sekurang-kurangnya 10,000 langkah, setiap hari. Yes every single day. If you dont have time, the world is already your gym. You don’t need membership, you already have the tools and discipline is the key.
– Cukupkan tidur, sekurang-kurangnya 6-7 jam.
– Doa dan sabar.
– Stay positive, never give up dan jangan stress.

If we both can, you all can too!

Sumber inspirasi utama saya : suami saya Yoy Khairuddin Ahmad pendorong utama saya, coach, penasihat, pembakar semangat, dia paling rajin study semua fakta dan research, selalu heret saya bila ada hari saya malas nak jogging selalu bagi ceramah yang membuatkan saya tersedar dari lamunan..

Saya masih ada target nak kurangkan lagi beberapa kilogram supaya hampir kepada BMI normal.. dan kami kini lebih kepada fasa maintenance..

InshaAllah to be continued —nanti saya akan ceritakan lagi mengenai IF, OMAD dan jenis makanan yang kami amalkan.

Yang baik kita jadikan panduan, yang kurang baik kita betulkan.

Silakan share jika bermanfaat

Sumber : Noorul Izzah Marzuki

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club