Setiap antara kita tentu ada kelebihan tersendiri dan begitu jugalah dengan pasangan suami isteri ini.
Dianugerahkan daya kreativiti dalam menghasilkan setiap kelengkapan dekorasi untuk kediaman mereka. Ini sekali gus menjadikan setiap sudut ruangan punya sentuhan yang tersendiri.
Bukan itu sahaja, malah pasangan ini bijak menggayakan barangan yang berharga bajet untuk nampak wow!
Untuk itu, jom kita lihat hasil sentuhan kerja tangan pasangan suami isteri ini.
Deko bajet ciput dr kami suami isteri hihi..kami mula deko ni sejak 3 tahun yg lepas masa mula2 masuk rumah sampai sekarang, buat slow2 n bukan sekaligus.
Kebanyakan brang kami beli di kedai rm2, mr diy, romantika,mydin & giant..brang ikea pon ade jgk ckit2..teringin nk g ikea tp belum berkesempatan,jd kami order dgn PS jela..
Sy share ni utk suka2 jer..berkongsi dgn semua yg kaki deko/diy.. Mgkin blh bg inspirasi jgk la kut ? walaupon sy tau, biase2 je deko/diy kami ni.. utk deko bajet ciput, ni harrr hasilnya.
1. Bahagian Depan Rumah
Ads
2. Bahagian Ruang Tamu
Ads
3. Ruang Dapur
Kabinet yang cantik ini juga dibuat oleh suaminya dan nampak cukup menarik.
4. Ruang laundry
Ads
5. Hiasan dalaman
Hiasan dinding ini juga dihasilkan sendiri. Menurut Nasibah, bingkai gambar dibeli dikedai RM 2 dan kemudian di cat dengan warna hitam.
Manakala ayat-ayat menarik yang dipamerkan adalah diprint sendiri hasil carian di dalam internet. Memang bagus idea ni, menjimatkan!
Selain itu, dinding batu bata di kediaman pasangan ini juga dibuat sendiri dengan teknik menggunakan cat. Nampak specialkan?
“Maaf bgtau awal2 ni, kami x amik sebarang tempahan yer. Ni sy himpunkan semua pic diy by en suami.. Blh wt rujukan utk korang & sy jgk dimasa hadapan..”
Sumber : Nasibah Ramli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendirikan rumahtangga bersama pasangan tandanya sanggup melayari kehidupan bersama sama ada susah dan senang.
Begitu juga dengan kehidupan yang dilalui oleh pasangan serasi dan romantik yang mendirikan rumah tangga sejak enam tahun namun rezeki belum menyebelahi pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin.
Deep perkongsian beliau.
“Minta maaf Isteriku, rasanya masih banyak kekurangan i sepanjang jadi suami u. Belum lagi dapat bagi u baby idaman setiap pasangan bergelar suami & isteri.
“Bercuti nak rileks2 berdua rehatkan diri rasanya sekali pon tak pernah sepanjang kita kahwin.
“Kekadang selalu jugak terlepas cakap sampai buat u tersinggung. Tak cukup tu, i pernah jugak buat u terasa sampai u menangis.”
“Isteriku, Terima Kasih sebab menjadi seorang isteri yang menerima kelemahan i. Tak pernah pon mengeluh walau tak cukup rest or tidur. Tak pernah bosan jadi driver i walaupon i kat sebelah dah berdengkur!
“Time i susah u ada malah u yg senangkan & tenangkan i dalam segala hal! Sentiasa positif walau beribu manusia kiri kanan kita duk mengutuk.
“U are the best Isteriku! Selamat Hari Lahir ♥ @awinnurin21.06 #JuneBaby.”
Untuk rekod, Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.
Sumber: Instagram Izzue Islam
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cabaran PJJ, Jururawat Tak Kecil Hati Ada Kata Gagal Jadi Ibu
Setiap ibu pastinya mencuba menjadi yang terbaik buat anak anak dan keluarganya. Namun pada yang sama ibu juga harus bekerja membantu keperluan ekonomi keluarga.
Namun pada masa yang sama perlu menguruskan anak-anak yang masih kecil yang perlukan kasih sayang.
Bagaikan ditelan mati emak, diluah mati bapak, ibu yang bekerjaya terpaksa mendapatkan khidmat pengasuh untuk menjaganya anak ketika keluar pegi bekerja.
Lebih mencabar lagi apabila ada pasangan suami isteri yang terpaksa berpisah disebabkan perkahwinan perhubungan jarak jauh atau mudahnya dikenali sebagai PJJ.
LUAH RASA SYUKUR PENGASUH SANGAT BAIK DAN FAHAM KERJAYA KERJA SHIFT
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tular baru-baru ini pengorbanan ibu, Syahirah Khalid, 29, menyerahkan anak yang masih kecil kepada pengasuhnya yang berbangsa India yang dikenali sebagai Patti.
Apa yang meraih perhatian adalah, ibu berkenaan meluahkan rasa syukur dikurniakan pengasuh berkenaan yang baik hati dan sangat menyayangi anaknya
Lebih mengejutkan anaknya dikatakan amat manja dengan pengasuh berkenaan sehingga tidak mahu pulang ke rumah.
Namun, ada kata-kata yang tidak sedap dengar apabila ada yang mendakwa wanita berkenaan gagal menjadi ibu.
Hati mana yang tidak sebak apabila dikatakan sedemikian. Namun dia tidak cepat melatah sebaliknya meluahkan rasa beruntung mempunyai pengasuh yang baik.
“Ada yang kata apabila anak pun tak nak dengan saya maksudnya saya gagal sebagai ibu. Saya tak kecil hati, tak cemburu. Sebaliknya saya amat beruntung dapat pengasuh yang begitu baik.”
Perkongsian videonya mengenai pengasuh India berkenaan meraih 1.4 juta tontonan di TikTok dan dia akur menerima pelbagai komen netizen, termasuk kritikan negatif.
Siapa sangka pernah memuatkan naik turun mencari pengasuh di instagram miliknya, rumahnya pengasuh yang dicari adalah jirannya sendiri.
Katanya rakan serumah memperkenalkannya dengan jiran sebelah berbangsa India yang sedia menjadi pengasuh kepada anak perempuannya.
Syahirah atau mesra disapa Araa merupakan jururawat yang menghadapi masalah mencari pengasuh yang sesuai lantaran kerjaya itu yang menuntut waktu kerja yang tidak menantu.
“Sebenarnya masa hamil lagi saya dah pening, mana nak cari pengasuh untuk jaga anak nanti. Ramai tak nak jaga sebab mereka tahu jururawat yang ada tiga syif dengan jadual kerja yang tidak menentu.”
Dalam pada itu, keadaan menjadi lebih sulit apabila dia dan suami PJJ (perhubungan jarak jauh).
“Saya bekerja di Pulau Pinang, setiap minggu balik berulang alik jumpa keluarga. Ada mohon pertukaran tempat bertugas, tapi masih menunggu.
Menurut jururawat itu, tiga lagi anaknya masing-masing berusia enam, tiga dan dua tahun bersama suaminya dan dijaga ibu mentua di Manjung Perak.
Manakala dia menyewa di sebuah pangsapuri di George Town, Pulau Pinang bersama anak bongsunya.
Katanya lagi, pengasuhnya yang mempunyai empat anak dan seorang cucu, amat memahami tugasnya sebagai jururawat apabila menyuruhnya berehat terlebih dahulu sebelum mengambil anak.
“Aunty tu sendiri anggap anak saya macam cucu dia sendiri. Dia sangat memahami tugas saya sebagai jururawat.
“Kalau saya balik dari kerja, dia minta saya berehat dulu sebelum ambil anak. Lebih-lebih lagi kalau syif saya habis lewat malam atau double shift,” sambil menambah pengasuhnya mempunyai empat anak dan seorang cucu.”
Mengakui pada awalnya bimbang mengenai keserasian anaknya dengan pengasuh berkenaan yang berlainan bangsa. Namun segala urusannya dipermudahkannya apabila bayi tidak meragam.
“Pada awalnya bimbang juga dia boleh serasi ke dengan anak saya, dan saya juga tanya aunty tentang beberapa perkara memandangkan kami berlainan bangsa dan agama.
“Tapi saya tak sangka anak mudah serasi dengan aunty, dari menangis terus boleh diam.”
Meluangkan masa bersama keluarga sememangnya momen yang tak dapat dibeli di mana-mana.
Kebiasannya waktu raya adalah waktu paling sesuai dan selalu dinantikan oleh semua demi berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga.
Tak kurangnya dengan penyanyi dangdut, Amelina Amir yang juga mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama anak-anaknya raya kali ini.
Apa yang menarik, Amelina berkongsi video anak-anak bujangnya menyanyi atau lebih santainya berkaraoke di rumah.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini, Amelina kelihatan seronok bernyanyi bersama kedua anak bujangnya Putera Al’ Asyraff dan Putera Al’ Affiq.
Katanya aktiviti ini dilakukan selepas penat melayan tetamu yang datang beraya dan pada masa yang sama mahu menguji nyanyian masing-masing.
“Bila dah penat layan tetamu, kaklong akan berehat-rehat dengan family sambil berkaraoke.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet terpesona dengan rupa paras dan tak lupa memuji suara lunak anak-anaknya itu.
Untuk rekod, Amelina juga merupakan ibu kepada enam orang anak iaitu Puteri Nur’ Athirah, Putera Al’ Affiq, Putera Al’ Asyraff, Puteri Nur’ Asyurah, Putera Al’ Arffa, dan Putera Al’ Amzar hasil perkahwinannya yang terdahulu bersama Reduan Mahmood.
Sumber: Instagram Amelina Amir
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.