Setiap pasangan yang berkahwin pastinkan inginkan hubungan yang bahagia sehingga ke akhir hayat. Memang benar akan ada cabarannya apabila berumahtangga. Namun ia asam garam kehidupan setelah bergelar suami isteri.
Namun, untuk bahagia tentu ada caranya. Selain persefahaman, tolak ansur dan saling berkasih sayang, cara hidup juga mempengaruhi kerukunan rumahtangga.
Misalnya makana berdulang bersama pasangan adalah antara cara yang dapat membentuk keharmonian rumahtangga. Melalui perkongsian Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria diharap menjadi panduan bersama agar rumahtangga harmonis.
Sahabat yang di rahmati Allah..
Jarang sekali kita mendengar pasangan suami isteri makan berdulang bersama. Kemanisan sebegini dianggap pelik bagi sesetengah orang. Namun begitu makan dalam dulang sebenarnya adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW. Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria ada kongsikan kepada anda bagaimana mereka mengaplikasikan kaedah tersebut.
Ads
Ceritanya begini. Kami makan dalam dulang kecil, sudah enam tahun. Kalau dulu masa mula-mula kahwin, mahu merajuk dibuatnya. Kita orang perempuan baru satu suapan, tetapi suami sudah 3-4 suapan di mulut. Nasi dalam dulang pula semakin berkurangan. Terkulat-kulat tengok nasi semakin sedikit dan suami dengan wajah berselera buat muka tak bersalah.
Tambahan pula, kalau kita nak makan mengikut selera kita, nasi tak nak kuah tetapi suami pula nak kuah. Jadi, habis bahagian nasi kita pun berkuah basah juga. Sungguh, tak best langsung.
Tapi lama kelamaan, itulah yang mengikat rasa. Dari tidak peduli, kepada ambil tahu. Dari sendiri-sendiri, fikir juga orang lain. Lama kelamaan suami faham bahawa saya jenis yang makan perlahan. Maka suami menunggu. Kadang-kadang suami akan suap saya. Dan lama kelamaan, baru suami faham lauk apa yang saya suka, lauk apa yang saya tak nak. Jadi, nasi saya tidak terkena bahagian kuah yang saya tak berkena. Tolak ansur makin menyimbah, tidak lagi kira tekak sendiri.
Saya tahu suami makan cepat, lalu saya kata.
Ads
“Abang makanlah, sayang tak nak banyak-banyak,” tolak nasi ke arahnya tetapi suami akan tolak semula.
“Eh? Sayang makanlah, sikit je sayang makan,” balas suami
Akhir sekali, kalau ada semulut saja nasi, mesti suami bahagia dua sebab saya akan tinggalkan yang last itu untuk suami dan suami tetap nak saya makan juga suapan yang last itu.
Ads
Begitulah kalau dahulu rasa berkira-kira dalam hati.
“Nanti nasi aku habis cepat sebab makan dalam dulang,”
Sekarang rasa tak lalu nak makan kalau tak makan dalam dulang bersama. Makan seorang rupanya tak sedap. Makan satu pingan kongsi, orang kata tak puas tetapi itu nikmat bagi kami. Makan satu dulang mungkin pelik bagi yang tidak pernah merasa, masing-masing pinggan sendiri tetapi untuk kami, itulah cinta yang membuahkan bahagia.
Cubalah, bahagia banyak rencah dan cara. Bagi yang memahami dan mahu mengikut sunnah.
Ayah mana yang tidak sibuk mencari rezeki untuk menyara keluarga. Namun jangan dilupakan anak-anak yang perlukan perhatian, lebih-lebih lagi anak lelaki.
Jangan biar tangki emosi anak terabai. Hati dan perasaan anak-anak yang inginkan perhatian dan kasih sayang daripada seorang ayah sewajarnya tidak boleh diambil ringan.
Apatah lagi, bagi anak lelaki sebenarnya mereka mahu lakukan banyak perkara dan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama ayah. Ambil masa anda!
Jadi usah lepaskan masa keemasan ketika anak-anak masih kecil dengan begitu sahaja, walau sibuk sekali pun cuba lakukan sekurang-kurangnya 5 perkara ini bersama-sama anak lelaki bagi mengisi ‘tangki’ emosi yang diperkatakan oleh Dr Redza Zainol. Nak tahu detail ini perkongsiannya;
Anak lelaki suka buat 5 perkara ini dengan ayahnya.
✔️ Anak lelaki sukakan aktiviti fizikal bersama ayah:
– memeluk ayah
– bermain lawan-lawan
✔️ Anak lelaki suka bila ayahnya bercerita tentang kisah hidupnya semasa kecil remaja dulu.
✔️ Anak lelaki suka bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan ayah dan tahu pekerjaan apa yang kita buat.
✔️ Anak lelaki suka kalau kita ajarkan mereka apa saja.
– membaiki sesuatu
– ajarkan subjek matematik
– ajar cara menyepak bola
– ajar main badminton
– ajar melompat
✔️ Suka ikut ayahnya keluar rumah.
Bila keluar bersama ayah, umpama mereka mengembara bersama idola mereka.
Melihat dunia luar yang asing tetapi terasa sangat selamat ditemani oleh ayah yang pada mereka seorang pelindung yang hebat.
5 perkara ni jika ayah buat, ia umpama sedang menabung dalam tangki emosi anak.
Kita lelaki sibuk tak kira masa. Ada masa kita terlalu banyak kerja hakiki dan lambat balik ke rumah. Anak pula tertunggu di depan pintu, mengharap wajah si ayah sebelum dia tertidur.
Pada waktu sibuk beginilah tabungan kita tu diguna. Ketika anak ternanti-nanti itulah dia teringat momen indah bersama ayahnya. Dalam hati si kecil, dia faham ayahnya sibuk tapi tetap sayang padanya. Dan bila kita pulang, kita isi semula tabung tangki emosi tadi tu sebelum ia menjadi kering kontang.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kisah seorang kanak-kanak yang tidak berkira membantu orang tuanya menambah pendapatan meraih perhatian ramai.
Bahkan ia mengundang sebak. Mana taknya kala kanak-kanak seusianya yang leka bermain, dia sebaliknya. Bermain di hutan mencari sumber rezeki untuk menambah pendapatan keluarga.
Perkongsian di facebook milik Cikgu Zahran berkisah mengenai kegigihan seorang anak yang juga pelajar yang sanggup korbankan masa dan tenaga untuk kesejahteraan keluarganya. Biarpun merupakan anak istimewa dan belajar di pendidikan khas tetapi mampu membahagiakan keluarga. Dia tak kisah bau busuk, sanggup berpeluh dan berpanas demi tambah duit keluarga.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Jika mahu diberi anugerah, saya pasti memilih adik Danial Nazrin. Anak soleh yang sangat berdikari.
2 tahun lepas saya singgah menghadiahkan beg sekolah kepada adik Nazrin. Ibu adik Nazrin merupakan kawan 1 batch Puan Isteri semasa di universiti.
Ibu Nazrin semenjak zaman belajar menghadapi masalah tulang belakang yang kronik. Mujur dia sempat menamatkan pengajian. Tetapi keadaan ibu Nazrin makin parah dan menyukarkan untuk bergerak dan terpaksa berkerusi roda.
Adik Nazrin adalah anugerah buat keluarganya. Walaupun dikategori sebagai anak istimewa dan belajar di pendidikan khas, adik Nazrin rajin dan tabah. Mereka tinggal di Bukit Bakar, Machang Kelantan
Baru baru ini saya merancang untuk ziarah semasa banjir Pantai Timur tetapi tidak berkesempatan kerana khidmat kami di perlukan di Jerteh.
Untuk menambah pendapatan, adik Nazrin bersahabat dengan alam. Pulang dari sekolah dia menangkap ikan di sungai untuk dijadikan pekasam. Pekasam yang dibuat sendiri untuk dijual.
Adik Nazrin juga memungut nira kelapa (tuak) untuk dijual. Semuanya dilakukan sendiri. Dalam usia kanak kanak dia gigih berusaha. Malu orang dewasa jika melihat adik Nazrin kental jiwa dan tidak mudah putus asa.
Dia juga memelihara lembu pawah dan sangat kasihkan haiwan. Pernah dia bawa lembu naik ke rumah semasa banjir supaya haiwan tersebut selamat.
Begitulah hidup ini. Setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Allah sentiasa adil dan penyayang.
Mari kita sama sama bantu adik Nazrin dengan mendapatkan pekasam atau tuak hasil tangannya. Nombor telefon ada pada ruangan gambar. RM10 (01129487189) Terus berusaha adik Nazrin. Suatu hari nanti adik pasti akan berjaya insyaallah.
Ramai yang mencukup tanaman bayam brazil. Selain khasiatnya ia juga amat mudah ditanam bahkan hidup subur.
Melihat perkongsian oleh puan Norzie Aziz jelas membayangkan pokok ini hidup subur apabila ditanam dalam botol minyak. Jimat ruang halaman. Sudah pasti ramai yang ingin berbuat begini.
DIY TANAM BAYAM BRAZIL DALAM BOTOL MINYAK
Nak tahu cara DIY tanam dalam botol minyak ikuti cara Pn Zainol Yunus ini.
Cara-cara membuat:
1.Sebelum menebuk lubang…tandakan dahulu supaya pokok lebih tersusun.
2. Bawah botol pun perlu ditebuk.
3. Botol siap ditebuk..boleh guna besi panas.
4. Cara nak masukkan tanah ke dalam botol.
5. Dapatkan anak benih drp pokok dimakan ulat.Buang daun2…tinggalkan tunas shj.
6. Sebelum cucukkan batang b.b pada botol…masukkan air supaya tanah lembap…lebih mudah nk tanam batang bayam brazil.
7. Batang yg telah ditanam pada botol.
8. Ini contoh yang dah lama ditanam.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...