Kehidupan rumahtangga perlu saling lengkap melengkapi. Tidak perlu menjadi terlalu sempurna terima seadanya pasangan. Yang penting pasangan tahu menghargai diri dan in return kebahagian yang ‘manis’ menjadi pelengkap sebuah kehidupan.
Sungguh aspirasi perkongsian di laman facebooknya Nurulbadiah Lai mengenai rutin hariannya sebagai suri rumahtangga.
Baginya walaupun bangun awal pagi dan tidur lewat malam, ia kehidupan yang bahagia buat dirinya walaupun suaminya tidak berkemahiran menguruskan hal rumah. Namun dia bersyukur suaminya sempurna dalam urusan lain. Nyata apabila setiap pasangan melihat kelebihan dan kekurangan masing-masing, barulah harmoni rumahtangga yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Sebab ramai sgt yg tanya nurul tanya how i manage my day..so nilah rutin harian berjadual setiap hari. Nak tak nak kene disiplinkan diri follow jadual supaya hidup tak kelam kabut.
6am-8am – bangun dan solat – Ready kan anak2 (kejutkan,mandikan,pakaikan baju,get ready pergi sekolah) – Kejutkan suami dan sedia pakaian suami utk pergi kerja – Prepare breakfast (suami just perlukan secawan coffea/teh/milo je) (anak just ambil sebotol susu as breakfast ) – Hantar suami kat pintu sebelum pergi kerja. – Bergegas hantar anak pergi sekolah
3pm – pick up anak dekat sekolah – Prepare makanan untuk anak lepas diorang balik sekolah – Bagi anak buat aktiviti ,monitor sekejap pastu tinggal
4-5.30pm – Continue working
5.30-7pm – Prepare utk dinner (masak) – Berkebun,siram pokok etc (waktu utk kemas2 halaman rumah adalah petang) – Siapkan anak2,mandi,pakai baju etc – Mandi ,persiapkan diri lawa2 sebab husband biasanya around 6.30 akan balik dari kerja
9.pm – teman suami tgk tv ,sembang2 ngn suami anak2.. – Kalau suami main game ,so pergi buat kerja lain(lipat baju etc)
10.pm – Handle on9 business pulak.reply whatsap etc.packing barang etc.
11.pm – tidurkan anak2 kat bilik diorang. – Bila diorang tidur,start kemaskan bilik diorang.
12.pm – biasanya suami dah nak masuk tidur mase ni,so teman suami tidur. – Kalau dia main game,time ni kat sebelah saya main internet,bukak ig,bukak fb,reply dm and msg dari followers etc – Teman sampai suami tidur.
1.30am – bila suami dh tidur,cepat2 bangun setelkan kerja rumah yang tertunggak. – Setelkan pinggan kat sink – Setelkan ruang tamu kalau ada mainan anak etc – Sapu rumah ,lap2 apa2 yang patut
Ads
2-2.30am – Tidur.
– walaupun macam octopus,rasa puas hati dapat berkhidmat utk family.
– suami mmg tak pandai buat kerja rumah,boleh katakan saya yg buat semua,tapi still sy bersyukur sebab suami saya bagus dari segi lain. – saya cuba jadi isteri yg terbaik ibu yang terbaik. Sobolehnya saya mahu lakukan tanpa merungut dan ikhlas walau penat sampaikan tertidur sambil duduk?
In return – suami izinkan saya pergi spa sebulan skali,izinkan saya pergi class fitness,izinkan saya keluar window shopping sorang2 sambil dia jaga anak
– suami selalu bawak saya jalan2 pergi pantai etc bila weekend
– weekend adalah waktu suami pulak berkhidmat utk saya??bila weekend saya lebih rilex,tugas2 lain suami ambil alih.
Itulah kehidupan dan perkahwinan,tak sempurna tapi saling melengkapi.
bukan setiap hari adalah hari yang terbaik tapi cukuplah ada ketenangan dalam rumahtangga utk meneruskan kelangsungan hidup gituu?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hidup berumahtangga, memang memerlukan persefaham antara satu sama lain.
Begitu juga suami yang perlu mengetahui apa kehendak dan emos isteri. Perkongsian saudara Muhammad Hassan ini boleh dijadikan panduan bersama untuk kesejahteraan suami isteri.
Tips mengurat hati isteri.
Fahami kehendak fisiologi isteri atau bahasa mudah kita sangat faham yang isteri juga perlukan tubuh badan yang sihat. Insyaallah isteri akan tenang dan bahagia. Sebenarnya isteri tidak memerlukan rehat yang banyak untuk mereka bahagia. Sebab itu kita tengok isteri boleh hadap kerja rumah 24jam.
Perhatikan. Dalam masa yang sama mereka boleh buat 2 3 kerja. Sambil goreng ikan boleh mandikan anak,boleh basuh pinggan, boleh mop lantai. Boleh bisnes online. Eh siap boleh order barang online depan kuali? Fuh.. hebat الله cipta otak wanita. inilah yang dipanggil ‘otak multitracking’,yakni boleh bagi tumpuan kepada banyak perkara dalam satu masa. Sebab itulah jangan pelik kalau mereka masuk mall rambang mata…
Tapi.. apa yang buatkan mereka stress? Bukan sebab tidak cukup rehat. Sebab hormon oxytocin mereka turun secara mendadak bila stress. Kenapa stress? Sebab tiada tumpuan,perhatian,belaian dari suami. Hormon cortisol meningkat,mereka akan nampak lesu,kusam,suka makan makanan manis sebab cortisol telah bakar gula dalam darah.
Rupanya isteri kita ini,apabila mereka penat bukan sahaja perlu rehat,tetapi perlukan belaian,pelukan dan paling penting suami perlu jadi PENDENGAR yang setia. Dengar dengan penuh tumpuan,tatap wajah mereka sambil pegang tangan dan peluk dia dengan erat sambil gosok-gosok belakang mereka. Yes! Waktu ini oxytocin hormone mendadak naik.
Jadi para suami rajin-rajinlah peluk isteri bukan sahaja ditempat tidur. Nampak isteri penat pergilah peluk dia,ajak anak peluk sekali. Dalam masa yang sama oxytocin dalam badan lelaki juga akan meningkat. Dengan pelukan kita akan jadi lebih tenang dan boleh buat banyak keputusan yang baik.
MOGA BERMANFAAT.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang kanak-kanak berusia 19 bulan disahkan oleh doktor menghidap kanser ovari tahap tiga pada Rabu lalu.
Kanak-kanak itu, Daneen Auni Riksi kini sedang menjalani rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) dan bakal menjalani rawatan kimoterapi dalam masa terdekat.
Menurut ibunya, Fallarystia Sintom, 25, semuanya bermula selepas tangisan berpanjangan Daneen selain sukar membuang air besar yang dialaminya.
Ujarnya lagi, dia mengakui agak terkejut dan sedih dengan ujian yang dihadapi sebaik mengetahui anak bongsunya itu yang belum pun berusia dua tahun disahkan menghidap kanser tersebut.
“Saya sangat tidak sangka sebab kanser ovari jarang kita dengar dihidap pada usia begini, biasanya kena pada usia 40 tahun ke atas atau sudah datang haid.
“Doktor ketika ini sedang meneliti kes anak saya sebab jarang ditemui. Sebaik saja dimaklumkan, saya sedih sebab anak saya masih kecil lagi sudah dibuang ovari sebelah kanan,” katanya berkongsi.
Kembung perut dan sembelit sejak Ogos lalu
Ditanya lanjut bagaimana mula dikesan mengenai kanser tersebut, Fallarystia mengatakan anaknya mengalami kembung perut dan sembelit sejak Ogos lalu.
“Anak saya tidak selesa dan memandangkan dia belum pandai bercakap, dia hanya menangis apabila mengalami sakit bahagian perut. Selain itu, perutnya juga kembung dan agak sukar untuk membuang air besar.
“Malah dia juga sudah tidak aktif seperti sebelum ini dan tidak mahu berjalan sebaliknya hanya mahu didukung. Kami mula membuat pemeriksaan di Hospital Kota Marudu namun belum dapat dikesan mengenai sakitnya.
“Kemudian, satu hari bacaan darah anak saya jatuh mendadak dan menyebabkan dia terus dirujuk ke HWKKS pada 28 September lalu dan disitu barulah dapat dikesan ada ketumbuhan serta mengalami pendarahan.
“Bagi mengeluarkan ketumbuhan sebesar 13.50 sentimeter tersebut, anak saya perlu dibedah segera. Pada Rabu lalu, selepas pembedahan dilakukan barulah doktor mengesahkan anak saya menghidap kanser ovari,” katanya sebak.
Dia dan suaminya yang bekerja di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat bergantung harap kepada Allah dan juga usaha daripada pihak hospital.
“Buat masa ini, anak saya dalam tempoh penyembuhan selepas dibedah untuk membuang ketumbuhan tersebut. Jadi selepas itu barulah dia boleh memulakan rawatan kimoterapi.
“Doktor berpesan bahawa sakit anak saya ini ada ubat, maksudnya kimoterapi. Selagi ada ubat maksudnya ada harapan dan dalam masa sama saya juga berdoa supaya diberikan kesembuhan kepada anak saya,” katanya.
Sehubungan itu, Riksi berkata, untuk menampung kos perbelanjaan dan rawatan beliau memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi meringankan beban keluarganya itu.
Penyanyi popular Indonesia, Lesti Kejora yang kini sedang hamil anak kedua meluahkan rasa bimbangnya apabila mengalami kontraksi biarpun usia kandungannya baru 33 minggu.
Lesti sebelum ini pernah mengalami kontraksi awal yang sama dan bersalin awal dari jangkaan ketika melahirnya anak pertamanya.
Menurut Lesti, 26, pada awalnya dia menganggap itu hanyalah kontraksi biasa, namun gejala berkenaan menjadi lebih teruk.
“Kalau kamu berada dalam live saya pada malam tahun baru, kamu akan perasan di mana saya tiba-tiba mengalami kontraksi dan terus naik ke atas.
“Pada waktu itu, saya fikir ia tidak akan terjadi lagi, tetapi sebaliknya. Saya diberitahu untuk pergi ke wad kecemasan,” katanya.
Susulan itu, Lesti dikhabarkan perlu menerima suntikan bagi membantu proses perkembangan paru-paru bayi dalam kandungannya.
Suami Lesti iaitu Rizky Billar bagaimanapun meminta peminat untuk menitipkan doa buat kesihatan dan keselamatan isterinya.
Terdahulu, Lesti pernah memiliki sejarah melahirkan anak pertamanya secara pramatang susulan berlaku komplikasi dan dilakukan secara pembedahan pada usia kandungan 34 minggu.
Untuk rekod, Lesti dan Rizky mendirikan rumah tangga pada 2021 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Levian Al Fatih Billar yang kini berusia 2 tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...