Indahnya di saat hidup bahagia dengan pasangan tersayang. Dialah yang paling sayang dan kasih di hati. Hingga akhir nafas tetap subur kasih sayang.
Namun, hati manusia berubah bila-bila masa. Cabaran datang lumrah rumahtangga. Pasangan curang hati mana yang tidak kecewa. Salah satu medium yang dikatakan punca tercetus kepada keretakan rumahtangga adalah telefon pintar.
Persoalannya, bolehkah pasangan membuka telefon pasangan tanpa meminta izin terlebih dahulu. Ikuti ulasan PU Azman ini.
Pencetus Ummah (PU) Azman berkongsi pendapat di instagram miliknya mengenai persoalan ” Suami Isteri Curi-Curi Buka Handphone Pasangan.” Persoalan itu telah menarik perhatian netizen yang memberi pelbagai pendangan mengenainya.
Merujuk captionya, beliau melarang perbuatan membuka handphone pasangan kerana akan mencetus kepada salah faham.
DILARANG kerana berisiko atau menjadi medium kepada memupuk sikap prasangka. .
Ini adalah salah satu bentuk tajassus yang ditegah oleh agama. Dalil dalam Surah Al Hujuraat ayat 12.
Maksud :” Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian prasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain”.
Ads
Sikap begini menjadi punca kepada sikap curiga terhadap pasangan dibantu oleh bisikan syaitan.
Bagaimana pun PU Azman atua nama sebenarnya Azman Syah Alias menjelaskan pasangan boleh membuka telefon pasangan jika ada perkara yang mencurigakan.
Kalau pasangan tu memang ada unsur-unsur gatal sebab pernah kantoi, maka sudah sedia ada Malaikat ‘Atid Roqib di kiri kanan yang akan menulis.
BOLEH BUKA HANDPHONE PASANGAN!.
Kalau laki bini tu jenis kowtim. Tapi tetap hati-hati pada iblis yang membisik.
Ads
BACALAH CAPTION CIK MAN DENGAN ILMU, DALIL DAN KEFAHAMAN TERHADAP TUJUAN MENJADI PASANGAN DALAM USAHA UNTUK MEMPERTAHANKAN PERKAHWINAN KETIKA MEMILIH ANTARA DUA SITUASI.
Dalam tempoh itu, para netizen turut memberi komen antaranya
Komen 1
“Dulu cmtu ustaz . Was2 syak wasangka .. pdhl suami tu fon tk pernah ada pw .. slalu cek tkde apa pun tp syak tu terllaaaluuu . Berlebihan . Tp Alhamdulillah skrg byk sedar . Tk de guna smua tu .. curang jahat blkg kta pun boleh jadi .. pandai makan pndai simpan btul .. bebila dia nk buat pun boleh .. cuma skrg lebih faham . Suami Allah punya . Bbila Dia nk amik pun boleh . Bebila Dia nk uji pun boleh . Skrg Alhamdulillah mmg tkde dh nk stalk ke apa . Mmg serah pd Allah . Hnya mampu jd baik . Doa yg baik2 . muhasabah diri ja .
Komen 2
Ads
“Tapi biasnya perempuan kan ada kelebihan instict kuat bila dpt tau pasangannya curang . perasaan nak check / jd ahli Csi mesti ada.”
Komen 3
“Ustaz naluri isteri selalu tepat.”
Komen 4
“Saya tak cek yg dia, dia xcek yg sy.. bahagia.. klu cek2 ad yg xkena nt kn gaduh.. baik tak payah cek.”
Komen 5
“Tak curi-curi la ustaz. Dia main hnset sy. Sy main hnset dia. Xada apala ustaz. Kalau tak jujur bt la mcmna skali. Bini ttp th.. hahaha. Nk rahsia apa..kikiki…”
Moga perkongsian ini menjadi manfaat bersama untuk menjadikan rumahtangga bahagia hingga akhir hayat.
Sumber: Instagram pu_azman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila kita ingat kembali ketika masih kecil, betapa besar pengorbanan yang dilakukan oleh ibu ayah untuk membesarkan kita. Setiap hari mereka sibuk mencari rezeki dan harta untuk memberi keselesaan dan kesenangan kepada anak-anaknya yang tercinta tanpa ada sedikit pun perasaan ‘berkira’. Semua haknya adalah milik anaknya juga!
Namun bila anak tersebut sudah dewasa dan punya kehidupannya sendiri, adilkah ibu ayah tersebut merasakan diri mereka seakan dipinggirkan dengan penerimaan dan layanan yang diberikan oleh anak-anak mereka?
Ini sepertimana kisah yang dikongsikan di facebook Suamiku Imamku Isteriku, semoga membacanya dapat menjentik hati dan mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak-anak yang tahu berbakti kepada orang tua kita, insyallah.
Bezanya ibu bapa dengan anak-anak
Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa. Anak-anak boleh bebas dalam rumah ibubapa. Makan apa sahaja. Tengok siaran tv ikut suka. Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka..
Tapi,
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak-anak. Tak boleh masak sesuka hati Makan apa yang ada dalam peti ais ikut suka…Buat apa sahaja ikut suka.. Anak tetap akan berkecil hati dengan ibu bapa..
Begitu juga…
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak. Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati. Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah. Kalau rosak semua ibubapa tanggung..
Tapi..
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna. Apatah lagi dengan sesuka hati.
Takut rosak lah. Takut langgar lah. Takut calar lah. Kalau guna pun, pastikan minyak penuh semula. Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kepada anak-anak.
Itulah bezanya ibu bapa dengan anak-anak. Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak.
Tetapi anak-anak belum tentu mengasihi ibubapa….
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa
Mereka ada masa untuk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan
Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti
Tetapi mereka tiada masa untuk cuti menziarahi ibubapa yang rindukan mereka…
Mereka sayang ambil cuti untuk melawat emak..
Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada
Tetapi..Anak-anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta…
Bila isteri bercerita anda tahu apa yang isteri mahukan. Tetapi bila ibubapa bercerita anak-anak buat tak faham apa yang ibubapa mahukan..Ibubapa tidak akan meminta secara terus kepada anak-anaknya kerana ibubapa takut anak akan terasa.
Mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak-anak yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti, insyallah..
Arwah Nurin Jazlin dah 25 tahun rupanya, ucapan hari lahir bapa buat warga maya sebak. Biarpun sudah 17 tahun berlalu, namun kisah tragis menimpa seorang kanak-kanak bernama Nurin Jazlin masih segar dalam ingatan masyarakat.
📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa. Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼 https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race
Arwah Nurin Jazlin Dah 25 Tahun Rupanya, Ucapan Hari Lahir Bapa Buat Warga Maya Sebak
11 September merupakan ulang tahun ke-25 tahun buat Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak yang dibunuh kejam 17 tahun lalu,
Bapa Allahyarhamah, Jazimin Abdul Jalil memuatnaik ucapan hari lahir menerusi akaun Facebook dan TikToknya.
Dalam hantaran tersebut, Jazimin berkongsi gambar Nurin Jazlin yang ketika itu berusia lapan tahun beserta tulisan ’11 September 1999, Al-Fatihah’.
Menjengah ke ruangan komen, hantaran Jazimin dibanjiri dengan ucapan hari lahir berserta takziah. Ramai yang mendoakan semoga keadilan dapat ditegakkan buat Allahyarham.
Berikut antara komen-komen warga maya:
INFO TENTANG KISAH NURIN JAZLIN JAZIMIN
*Anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman diculik pada 20 Ogos 2007 ketika dia meninggalkan rumah sendirian untuk menuju ke pasar malam di Wangsa Maju.
*Kegagalannya pulang menyebabkan adik-beradik serta ibu bapanya cemas dan tertekan.
*Pada pagi 17 September 2007, mayatnya ditemui dalam beg sukan di Petaling Jaya.
*Siasatan kemudiannya mengesahkan bahawa dia dirogol dan dibunuh.
Pada 2018, bapa Nurin menggesa pegawai polis membuka semula kes pembunuhan anaknya itu dengan harapan dapat mencari sesuatu yang baharu dengan penggunaan teknologi moden tetapi rayuannya tidak pernah dikabulkan.
Identiti penyerang masih bebas dan kes masih belum selesai sehingga hari ini.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.
Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi nota lengkap yang disampaikam oleh Dr Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri UIAM & Naib Presiden I-Medik. Malah catatan lengkap puan Zatil mendapat pujian oleh doktor berkenaan.
Ikuti catatan ilmu keibubapaan ini.
Catatan nota saya dari FB Live Psikologi Abi Ummi oleh Dr. Rozanizam malam tadi:
Hanya satu jam setengah tapi rasa macam pergi seminar 2 hari.
KAEDAH 5R UNTUK MEMBENTUK KECERDASAN EMOSI ANAK
🔘Prinsip Asas Psikologi Ibubapa:
1. Tidak ada ibubapa yang sempurna, yang ada hanyalah ibubapa yang sentiasa memperbaiki diri (No perfect parents, only improved parents).
2. Ibubapa lah model kpd emotional intelligence anak-anak (Model it out).
3. Bina ikatan dgn anak-anak (Bonding 3X!).
4. Ia adalah proses yg perlahan tetapi berterusan (Slow & steady process).
🔸Sentiasa deposit emosi kepada anak-anak, itu pelaburan kita.
-yang kita akan tuai kemudian.
🔸Mempelajari psikologi anak-anak adalah 1 tuntutan.
-agar setiap yang kita buat itu dengan ilmu.
🔘Kestabilan: Anak-anak perlu stabil untuk membolehkan dia berkembang.
4S untuk bina kestabilan anak:
1. SAFE (fizikal)
-anak perlu rasa selamat
2. SECURED (hubungan)
-anak perlu rasa dilindungi oleh ‘attachment figure’ eg: ibu, ayah dll
3. SOOTH (emosi)
-anak perlu rasa tenang
4. SEEN (emosi)
-anak perlu rasa dihargai dan dipandang.
🔸Hasil daripada 4S ini, anak akan dapat berkembang secara normal dari segi fizikal, kognitif dan emosi.
4 jenis ibubapa:
1. Ignore- tak peduli emosi anak
2. Disapproved- nafi emosi anak
3. Leisure spare- ambil mudah emosi anak
4. Ultra parents- ambil berat emosi anak
▪️Ibubapa jenis ignore, disapproved dan leisure spare menghasilkan anak yang bermasalah.
▪️Ibubapa jenis ultra akan menunjukkan bimbingan emosi:
-mereka terima emosi anak
-mereka pandu anak untuk ekspres emosi
-mereka bantu anak mengurus emosi
🔘 Emotional Quotient lebih penting daripada Intellectual Quotient.
🔸EQ:
-tahu dan mampu mengendali serta mengurus perhubungan.
-tahu mengurus emosi diri
-tahu cara untuk berhubung
🔸IQ itu boleh diukur, tetapi EQ tidak.
🔸Kenapa perlu bina EQ?
1. EQ berkadar langsung dengan kejayaan.
2. EQ tidak boleh terbentuk sendiri.
🔸EQ hanya boleh dibentuk melalui bimbingan emosi oleh ibubapa (emotional coaching by parents).
-tapi berita baiknya, otak anak kita ini seperti plastik;
-boleh dibentuk (mould)
-bahkan sehingga anak berumur 27-28 tahun
-makin kita bentuk, makin cantik
-makin kita buat, makin mahir
-eg: dari seorang anak yang tak pandai kawal marah kepada anak yg tahu cara mengawal dan melepaskan kemarahannya dengan betul.
🔸EQ anak kita bergantung kepada kita sebenarnya!
🔘 Kaedah 5R untuk bentuk EQ anak.
1. REFLECTION
2. RELAXATION
3. REGULATION of emotion
4. RELATIONSHIP building
5. RESCPECT
1. REFLECTION
▪️self-reflection/self-awareness
▪️kemampuan untuk muhasabah diri dia
▪️Mampu lihat diri dia dari luar
▪️eg: “Aku marah sangat ni.. Aku kasar sangat ni..”
▪️Dia sedar diri
▪️Tahu setiap kesan emosi kpd tindakannya dan kesan tindakannya kpd emosinya.
▪️Ramai generasi muda hari ini tidak sedar akan dirinya (clueless generation).
▪️Dalil muhasabah:
“Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah ia lakukan untuk hari esok (akhirat).. ”
(Surah Al-Hasyr, 59: 18)
🔸Tips 10R untuk galakkan anak muhasabah diri (encourage self-reflection) :
1. Jadi teladan kepada anak (role model)
-anak belajar cara marah daripada kita
2. Berikan masa lapang
-allow free time
-supaya anak ada masa untuk fikir tentang diri dia
3. Ambil masa untuk keluarga bermuhasabah
-buat usrah keluarga
-tanya dan bina perbualan
eg: “Apa 3 benda yg buat kakak gembira hari ni?”
4. Galakkan anak ekspres emosi
-bagi anak luah sama ada secara kata-kata atau tulisan atau lukisan
-anak boleh tulis diari
5. Tanya anak soalan yang boleh buat mereka berfikir
-anak akan belajar berfikir
6. Tanya anak apa yang dia syukuri
7. Belajar untuk ‘slow down’
Ajar anak STOP untuk bertenang, baru proceed:
S-Stop dulu
T-Take deep breath
O-Observe
P-Proceed
8. Do it again, do it right
-beri anak peluang untuk betulkan kesilapan dia
-bukan berleter tentang salah dia
-minta dia buat semula dengan cara yang betul
-anak akan belajar dan berkembang
-eg: Ajar anak cara untuk minta tolong dengan tertib.
9. Puji mereka
Syarat puji:
-sebut emosi kita
-sebut kejayaan dia
-eg: “Ummi happy sangat Anas tak kedekut dengan adik.”
10. Galakkan anak untuk selalu self-talk
-ajar dia motivate diri sendiri
-eg: “Kakak boleh buat.”
—————————————————
2. RELAXATION
▪️Ajar anak untuk bertenang
-bayangkan otak kita saat minyak dan air bercampur
-ketika kita tidak tenang, kita tidak dapat berfikir dengan baik
-baik dan buruk bercampur aduk
🔸Tips 8R ajar anak bertenang
1. Deep breathing
-ada banyak teknik untuk buat deep breathing
-sama ada seolah2 tiupan belon, bunga, guna bola kembang kempis
-bole tengok YouTube Dr. Rozanizam tentang deep breathing
2. Progressive muscle relaxation
-cara release stress dengan jadi ‘turtle’
3. Cara imaginasi:
-membayangkan berada di pantai etc
-untuk escape/break otak daripada fikiran tak tenang tu
4. Squeeze ball
-masa kita marah, otak kita tak rasional krn otak luar shut down dan otak emosi activated
-otak emosi yang kawal
-kita kena buat supaya otak luar kawal semula otak emosi
-tonton YouTube Dr. Rozanizam:
Relaxation and mindfulness
5. Buat aktiviti, senaman atau bermain
-bukan melalui gadget
-gadget adalah artificial world
-anak kena tahu bahawa hanya dia sahaja yang boleh tenangkan diri dia sendiri
6. Ajar anak fikir positif
-perbetul cara fikir anak
-eg: “bukan susah, cuma belum pandai.”
-kalau kita fikir susah, emosi yang datang: “aku tak boleh buat ni.”
-ajar anak fikiran alternatif lain untuk bina fikiran positif
-eg: “mesti ummi tak sayang aku.” tukar kepada “mungkin ummi penat dan susah hati, bukan ummi tak sayang.”
7. Role model
-kita yang tunjuk kepada anak cara yang betul untuk bertindak bila marah atau tertekan
-eg: berwuduq, solat, baca Quran, memasak etc
8. Ajar anak untuk ekspres, ceritakan, kongsi apa yang mereka rasa
-bantu dia utk luah perasaan
-ingat, apa yang kita tanam saat anak umur 12 tahun mungkin berguna untuk dia ketika dia umur 20 tahun.
————————————————-
3. REGULATION of emotion
▪️Kemahiran untuk kenalpasti dan kendalikan emosi secara positif
▪️Emosi ni dia ada range dia
-jika sekelip mata boleh berubah terus dari tenang kpd amuk, itu tandanya dia tidak mampu kawal emosi
-kunci kestabilan emosi: resilient
🔸Tips 5R untuk ajari anak kawal emosi (RULER)
1. Recognise
-kita yg perhati dan kenalpasti, bukan tunggu anak yg datang
-pelajari kaedah LOOK
2. Understand
-belajar untuk tahu dan faham apa punca perasaan tu
3.Listen & label
-bagi anak cerita; anak akan belajar label emosi dia
-ada lebih 500 emosi dalam diri seseorang
-‘name it to tame it’
-anak lelaki sebenarnya lebih beremosi daripada anak perempuan cuma dia susah nak cerita.
eg: “oh abang rasa sedih sebab abi tak bawa abang sekali pergi masjid?”
4. Express
-ajar anak ekspres dengan cara yang betul
-eg: bila marah boleh keluar bermain, bukan pukul adik
5. Regulate effectively
-ajar anak bagaimana cara untuk kawal emosi dan bertenang
-eg: minta maaf, melukis etc
4. RELATIONSHIP building
▪️anak mampu bina hubungan yg baik
▪️anak ada hubungan yg bermakna dgn orang lain
▪️anak mampu untuk berkomunikasi dgn orang lain
🔸7 kemahiran yang perlu untuk anak bina perhubungan:
1. Boleh berkongsi
2. Boleh bekerjasama
3. Boleh mendengar dan memberi maklumbalas
4. Boleh mengikut arahan
5. Boleh menghormati ruang privasi orang lain
6. Boleh eye contact
7. Berakhlak dan berbudi bahasa
🔸6 cara untuk anak bina perhubungan:
1. Beri anak bermain
2. Ajar anak urus emosi
3. Ajar anak empati
4. Bercerita dengan anak
-social stories
-anak lebih cepat belajar ketimbang hanya kata-kata
-boleh tonton bersama anak filem Inside Out.
5. Modelkan pada anak cara berkawan
6. Set rules dalam keluarga
-eg: jumpa orang, salam.
—————————————————
5. RESPECT
▪️Anak boleh menghargai orang lain, dan anak tahu bahawa orang lain ada nilai
🔸13 cara ajar anak untuk hormat:
1. Tunjuk kpd mereka yg kita hormat mereka
-bila anak bercakap, kita tengok dia
2. Biasakan pandang mata anak bila anak bercakap dengan kita
3. Puji dia bila perbuatan dia menunjukkan dia hormat orang lain.
4. Hukum dia bila dia menunjukkan perbuatan tidak hormat orang lain.
5. Ajar anak untuk ambil tahu pandangan orang lain
-anak perlu tahu bahawa pandangan orang lain matters
6. Ajar anak kenalpasti pandangan orang lain
-identify other people viewpoints
7. Ajar anak kenal perihal orang lain
8. Ajar anak berkongsi
9. Ajar anak bersyukur
10. Fahamkan anak kenapa dia jadi tidak hormat
11. Ajar anak minta maaf
12. Ajar anak ucap terima kasih
13. Ajar anak empati
Ikuti FB Live Dr. Rozanizam seterusnya tentang ‘Bila anak buat perangai’ Isnin ini 9 malam.
Beberapa hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang. Namun, tidak semua berpeluang meraikannya dengan orang yang mereka sayangi. Bagi mereka yang...