Suami Isteri Buat Rumah Dalam Kebun. Nyaman & Tenang, Boleh Jadikan Inspirasi!

Share

Melihat rumah kebun milik keluarga puan Hani Hamzah ini nampak begitu tenang dan mendamaikan.

Rumah yang didirikan dengan konsep English Farm House dengan tema hitam putih ini mungkin boleh dijadikan inspirasi buat anda yang bercadang memiliki rumah di kampung suatu masa kelak.

Sebelum itu, jom kita baca perkongsian daripada Puan Hani berkenaan Rumah Kebunnya ini.

BELI TANAH KAMPUNG

2 tahun lepas kami membeli tanah kampung kepunyaan bapa saudara suami di Seri Menanti bersebelahan dengan Istana Seri Menanti.

Niat kami nak buat rumah persaraan nanti. Kami sekarang tinggal di Selangor. Jadi sementara waktu, idea suami isteri untuk buat pondok kecil sebagai rumah kebun terlebih dahulu sebab kami ada menanam pokok durian dan pokok-pokok buah yang lain.

BERSAMA SUMBANG IDEA

Jadi rumah kebun terbina dengan konsep english farm house.Binaan luaran idea suami dan susun atur dalamam saya yang buat. Tema hitam putih.

Rumah kebun ni jadi rumah singgah sahaja. Sebelum pkp memang setiap minggu kami balik menguruskan kebun. Kebetulan rumah ibubapa suami juga di Seri Menanti, jadi semasa pkp pokok-pokok dijaga oleh bapa suami. Hari-hari bapa siram pokok.

RUTIN PENJAGAAN

Manakala 2 kali sebulan kami akan mesin rumput sendiri untuk keluasan 1.2 ekar tanah. Tak pernah upah orang. Itu sebagai exercise rutin suami isteri. Masa pkp bila dapat surat kebenaran kami balik jenguk kebun untuk membaja 2x sebulan

TENANG & DAMAI

Saya suka cari ketenangan di rumah kebun. Suasana di kampung berbeza. Laman yang menghijau berlatar belakang bukit-bukit, udara yang bersih & sejuk di pagi & malam hari.

Bahkan suasana di malam hari cukup istimewa bila dapat dengar bunyi-bunyi hutan seperti ada bunyi cengkerik, katak.. terubat rindu suasana hutan.

Sumber : Hani Hamzah 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club