Melihat rumah kebun milik keluarga puan Hani Hamzah ini nampak begitu tenang dan mendamaikan.
Rumah yang didirikan dengan konsep English Farm House dengan tema hitam putih ini mungkin boleh dijadikan inspirasi buat anda yang bercadang memiliki rumah di kampung suatu masa kelak.
Sebelum itu, jom kita baca perkongsian daripada Puan Hani berkenaan Rumah Kebunnya ini.
BELI TANAH KAMPUNG
2 tahun lepas kami membeli tanah kampung kepunyaan bapa saudara suami di Seri Menanti bersebelahan dengan Istana Seri Menanti.
Niat kami nak buat rumah persaraan nanti. Kami sekarang tinggal di Selangor. Jadi sementara waktu, idea suami isteri untuk buat pondok kecil sebagai rumah kebun terlebih dahulu sebab kami ada menanam pokok durian dan pokok-pokok buah yang lain.
BERSAMA SUMBANG IDEA
Jadi rumah kebun terbina dengan konsep english farm house.Binaan luaran idea suami dan susun atur dalamam saya yang buat. Tema hitam putih.
Rumah kebun ni jadi rumah singgah sahaja. Sebelum pkp memang setiap minggu kami balik menguruskan kebun. Kebetulan rumah ibubapa suami juga di Seri Menanti, jadi semasa pkp pokok-pokok dijaga oleh bapa suami. Hari-hari bapa siram pokok.
RUTIN PENJAGAAN
Manakala 2 kali sebulan kami akan mesin rumput sendiri untuk keluasan 1.2 ekar tanah. Tak pernah upah orang. Itu sebagai exercise rutin suami isteri. Masa pkp bila dapat surat kebenaran kami balik jenguk kebun untuk membaja 2x sebulan
TENANG & DAMAI
Saya suka cari ketenangan di rumah kebun. Suasana di kampung berbeza. Laman yang menghijau berlatar belakang bukit-bukit, udara yang bersih & sejuk di pagi & malam hari.
Bahkan suasana di malam hari cukup istimewa bila dapat dengar bunyi-bunyi hutan seperti ada bunyi cengkerik, katak.. terubat rindu suasana hutan.
Sumber : Hani Hamzah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bila Geran Tanah Pusaka Banyak Nama, Bahagian Makin Kecil. Ni Cara Atasi Masalah Tu!
Pengurusan harta pusaka adalah suatu yang amat penting di dalam keluarga. Ia perlu dilakukan dan ditadbir dengan baik agar semua adik beradik tidak bergaduh disebabkan harta peninggalan orang tua.
Umpamanya dalam bab tanah pusaka di mana gerannya adalah dikongsi oleh banyak penama. Bagaimana sewajarnya harus dilakukan?
Nak tahu lanjut, ikuti penerangan detail dari peguam ini. Jom semak.
BAGAIMANA HENDAK SELESAIKAN MASALAH TANAH PUSAKA YANG BANYAK NAMA DAN BAHAGIAN MAKIN MENGECIL?
1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.
2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milk kepada waris- waris mereka.
3. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan dan membangunkan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.
5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan.
6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya.
7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:
I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney – PA).
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebakan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.
II. Semua penama jual bahagian masing-masing.
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut.
Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.
III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak.
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.
IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan
Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.
8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.
9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.
10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk untang jangka masa pendek sahaja.
11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak masing-masing terhadap bahagian masing-masing yang sekangkang kera tersebut.
Tepuk dada, tanya iman. Nak buat atau tak.
Sumber : SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
K-LITERASI
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Pesakit Covid-19 Boleh Mengundi Sabtu Ini, Tapi Bersyarat!
Berikutan hari pengundian pada Sabtu ini, bagi individu yang positif Covid-19 wajib memakai pelitup muka ketika membuang undi.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pengundi positif Covid-19 adalah tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing.
Mereka juga dilarang untuk singgah di mana-mana lokasi sebelum dan selepas mengundi.
“Individu positif Covid-19 perlu pulang segera selepas selesai mengundi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, pesakit Covid-19 perlu mematuhi penjarakan fizikal yang selamat bagi mengelakkan penularan.
“Bagi pengundi lain, pemakaian pelitup muka adalah sangat digalakkan selain disaran mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya.
Beliau berkata, pengundi turut digalakkan menggunakan pensanitasi tangan yang disediakan di tempat mengundi.
“Marilah kita bersama-sama mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 kepada pengundi dan petugas di pusat mengundi sepanjang PRU-15,” katanya.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemukakan dua syor untuk dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan individu positif Covid-19 mengundi pada PRU15.
Sementara itu, satu poster turut dikeluarkan mengenai panduan yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia semasa hari pengundian berlaku.
Sumber : KKM
“Kekuatan Sebuah Rumah Tangga Itu Sebenarnya Anak-Anak & Sifat Murni Seorang Isteri.” Pesanan Bonda Rozita Buat Anak & Menantu.
Sering kali kita mendengar kisah mentua dan menantu tak sehaluan. Lebih-lebih lagi mentua dengan menantu perempuan. Seolah-olah ada jurang yang memisahkan mereka.
Namun berbeza dengan wanita ini. Beliau cukup bertuah kerana memiliki ibu dan mentua yang cukup prihatin dan selalu berkongsi pelbagai petua rumah tangga. Itulah dia Datin Seri Shahida Mohd Rashid yang juga isteri kesayangan Dato’ Seri Aliff Syukri.
Menerusi catatannya baru-baru ini, Bonda Rozita ada berkongsi tip untuk menantu dan juga anak perempuan kesayangannya itu.
2 wanita ini meskipun muda tetapi sangat matang dan mendengar nasihat saya.. selalu saya pesan pada mereka bedua..( gambar lama ni)
.
“bila kita jadi isteri orang..Pertama sekali ilmu kena banyak.. sabar.. jaga anak elok-elok.. jaga suami elok2.. walaupun ditahap mana pun pangkat suami kita.. ingat.. tangan tu kena turun ke dapur masak untuk suami dan urus suami supaya dia rasa kita sangat menjaga dirinya.. apa pun kedudukan kita.. kita kena support suami supaya suami itu merasa kita ni sahabatnya yang paling baik.. yang paling rapat..”
.
Utk mencari cinta suami sebenarnya jaga lah anak2nya kerana sifat lelaki ialah terlalu kasih pada anak2nya.. dan kekuatan sebuah rumah tangga itu sebenarnya anak2 dn sifat murni seorang isteri.. saya pesan lagi kepada ke 2 anak perempuan ini..
.
“Secantik mana rupa kamu.. sebenarnya jangan sekali2 kamu jatuhkan maruah kamu dengan mengejar populariti mendahului kebijaksanaan.. kerana wajah yang cantik tak memberikan makna sekiranya kamu tak bijaksana.. kita ada kelemahan.. suami kita pun ada kelemahan..”
.
Bagaimana ingin mencari titik permulaan untuk mencari titik permulaan ialah balik kepada ugama.. pelajari ugama.. didik keluarga kita kepada ugama.. hormatilah ibu mertua kamu kerana kamu patut bersyukur dapat suami yang baik.. dan ibu mertua kamu telah mendidik anak lelaki dengan baik.. dan akhirnya kamu berbahagia dengan lelaki yang bernama suami kamu serta ketua kepada keluarga yang sedang kamu bina..
Dalam pada itu, Bonda rozita turut menasihati anak-anaknya supaya terus tabah dan kuat semangat. Ujar Bonda Rozita lagi, jangan sekali ragu kepada Allah.. serahkan semua urusan kepada Allah.. selagi ada Allah, maka selesailah semua urusan kita.
Mak nak ceramah kejap lagi dengan aman ..Mak risau Kri dengan Yati ..jangan sedih dan down lagi ..Semangat tu penting dan terus2 jangan jemu cari taufik hidayah Allah ..Allah sayang kita Dia nak bagi kita teguran dalam ujian
mudahan kita lebih faham islam dan siraturahmi ..bertaubat dan betulkan salah silap agar sama2 ke shurga jumpa kat sana ( seronok makan kat dapur semalam kat umah kri )
3 insan kekasih dan kawan saya gaduh ..kawan ketawa..mematangkan kami semua ..Sayang Mak saya juga yang dah tua hampir 70 tahun..Saya nak puaskan hidup Mak saya ..Saya tak nak mak tua dan saya nak mak hapayp dan tetap cantik nenek kamu ber2
Yati Kri permata mak dari zaman susah yang hidupkan jiwa Mak untuk kuat berkerja dari muda supaya kalian tak daif macam Mak..Tahniah anak arwah Azman jadi anak yang hebat duniawi dan ukhrawi
Tazkirah pendek Mak pagi ni
Hati siapa yang yakin pada Allah.. Allah akan pegang hatinya dan bila Allah mengenggam hati hambanya itu.. hati itu tak akan lagi kecewa.. Allah pasti akan bagi YAHDI QOLBAH.. jika kita percaya pada Allah kita akan redho dengan apa yang Allah dah tentukan.. kita cuma percaya sahaja..
Apa pun yang Allah tentukan.. kita ikutkan sahaja.. apa pun kehendak Allah kita terima dengan hati terbuka.. ingatlah di setiap pemberian Allah akan ada kebaikan.. walaupun apa yang Allah beri itu kita tak suka.. belajar lah terima kehendak Allah..
View this post on InstagramA post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on
View this post on InstagramA post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on
Sumber: IG bondarozitaibrahim