Suami Isteri Buat Kek, Inspirasi Bagi Yang Nak Mulakan Bisnes Dari Rumah!

Share

HENDAK SERIBU DAYA

Peribahasa Melayu ada menyebut, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Mungkin ini paling tepat untuk mengaitkan perkongsian hebat daripada cikgu ini yang dikenali di facebook sebagai Shahidan Shuib.

Diharapkan, ianya dapat ‘menjentik’ hati dan ‘meniupkan’ semangat untuk lebih rajin melakukan sesuatu yang boleh menjana pendapatan keluarga.

Yakinlah setiap usaha yang dilakukan dengan sepenuh hati pasti ada kemanisanya. Mahu berjaya bukan mudah, tapi bukan mustahil!

Untuk itu,ayuh kita serap semangat yang ditulis oleh cikgu ini untuk memulakan langkah ke hadapan.

INI PERKONGSIANNYA

Tak perlu ada studio box untuk dapatkan foto yang cantik untuk ‘food photography’. Mesti pandai manipulasikan cahaya. Semuanya tentang cahaya. Perlukan ilmu. Mulakan dengan Youtube.

Tak perlu kamera DSLR yang mahal pun untuk dapatkan ‘shot’ yang cantik. Cuba dapatkan ‘shot’ angle yang dekat, hampir dan posisi yang berbeza.

Tak perlu mesin pemutar Kitchen Aid yang harganya 3K lebih untuk menghasilkan kek yang sedap. Yang kita perlu tahu ialah ‘not to split batter’ jangan sesekali terjadi pecah minyak mentega dengan telur. Yang kau perlukan ilmu dan latihan demi latihan.

Tak perlu Iphone termahal sekali pun untuk untuk komunikasi pantas, efektif dan berkesan.

Kami kumpul duit berdikit-dikit dan hanya letak ketuhar industri kami atas lantai sahaja. Kami kemudiannya berdikit-dikit simpan duit untuk belikan mesin pemutar industri. Bukan Kitchen Aid ya.

Mitos ‘ oh aku tidak ada benda/perkara itu ‘ jadi aku tidak boleh buat’ adalah mitos dan palsu. Alasan. Buat sahaja. Just do it. Janji dengan ilmu.

Oh aku perlukan kamera DSLR yang mahal untuk foto yang cantik. Kaji, belajar ilmu.

Oh aku perlukan studio light box baru gambar nampak cantik. Palsu. Aku hanya guna papan kayu buruk sahaja.

Oh aku perlukan aplikasi “scrievener” (aplikasi menulis untuk penulisan efektif) untuk penulisanku yang berkesan. Mitos. Aku menulis secara ‘long hand’ tulisan tangan dalam buku nota kosong sahaja sebelum menaip semula dalam Words. Lagi therapeutic.

Usah tunggu semua itu atau mengimpikan sesuatu baru mahu lakukan sesuatu. Kalau aku ada dapur sebesar surau baru aku boleh buat bisnes baking. Kalau aku ada bilik menulis menghadap pantai, baru tulisan aku berkesan.

Mitos, mitos, mitos.

Improvise. Learn. Innovate. Belajar. Kaji. Baca dengan bersungguh-sungguh. Mula memiliki Kamus Dewan untuk menambah kosa kata baharu. Jangan merungut kosa kata dan bahasa masih lemah jika masih tidak membaca dan membaca lagi. Beli buku resipi jika mahu pandai membuat kek. Berani gagal, kek jadi bantat sampai hitam hangus.

Aku pernah menghasilkan kacang badam karamel yang hangus dan pahit. Buang terus tak boleh digunakan. Buat balik. Isteri aku suruh buat balik.

Isteri aku pernah membuat kek Pastry Fruit Cake yang buahnya terus tenggelam ke bawah.

Tidak seperti di foto bawah. Dan, isteri aku menangis kerana Italian Meringue Gula Melaka tidak menjadi sungguhpun putarnya begitu lama.

Aku cakap depan isteri aku

” Tak sedap. Kalau abang jadi pembeli dan rasa krim ni, abang tak akan tempah lagi. Buat balik ”

Dia buat balik. Kami pernah gagal sebelum berjaya.

Tapi, kami tidak pernah ‘give up’. Putus asa untuk orang yang lemah. Manuskrip buku aku ditolak lebih 3 penerbit sebelum berjaya dipilih. Anne Rice ‘Interview With Vampire’ manuskripnya ditolak berbelas-belas penerbit. Begitu juga JK Rowling.

Kalau aku tak ada semua itu aku tak boleh buatlah apa yang aku nak! Palsu.

Akhirnya, setelah bertahun-tahun membaking barulah kami memiliki mixer Kitchen Aid. Sebelum menikmati hasilnya kau harus menderita gagal-gagal-gagal lagi dan cuba lagi sehingga kejayaan datang manis menguntum.

Tak tahu? Syarikat Google dimulakan bisnesnya dengan pejabatnya dalam garaj kereta rumahnya sahaja.

Sangat anti orang yang malas dan suka beri alasan, please bore someone else.