Suami Isteri Berhenti Kerja Tinggalkan Gaji Bulanan, Gara-Gara Susah Dapat Sayur Fucuk Yang Halal.

Share

Tak ramai orang sanggup meninggalkan kerjaya yang selesa di pejabat dengan mendapat gaji bulanan tetap setiap bulan hanya semata-mata untuk menceburi bidang perniagaan.

Bidang perniagaan yang sudah tentunya banyak cabarannya termasuk keuntungan yang tidak pasti.

Namun bagi pasangan suami isteri ini, tahu bahawa setiap yang menceburi bidang perniagaan pasti menempuh cabaran getir itu tidak melemahkan semangat mereka.

Nekad untuk keluar dari zon selesa dengan mencuba bidang perusahaan membuat sayur fucuk, tauhu serta air soya.

Namun siapa menduga setelah empat tahun lalu, percaturannya  tidak sia-sia apabila produk mereka mendapat sambutan.

SUSAH DAPAT SAYUR FUCUK YANG HALAL

Mohd Shamsul Dzuhal, 44, yang memiliki Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti TeknologiMara (UiTM) meninggalkan perkerjaan sebagai pengurus pasar raya manakala isterinya Norlina Abdullah, 39, yang mempunyai Diploma Perakaunan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM )berhenti kerja daripada sebuah bank.

“Ianya bermula ketika saya mendapati agak sukar untuk mendapatkan sayur fucuk dan tauhu yang diusahakan oleh golongan bumiputera dan tidak diragui status kebersihannya.

“Justeru saya mengambil keputusan mengikuti kursus hasilan soya di Sri Kembangan, Selangor daripada bekas pensyarah UPM, Bahagian Makanan.

“Setelah habis kursus saya membuat secara kecilan di rumah setiap hujung minggu dan ternyata mendapat sambutan sangat menggalakkan dan diterima dengan baik oleh masyarakat setempat,” katanya.

 

 

Selepas yakin dengan perusahaan yang mereka ceburi, pasangan itu berhenti kerja untuk menumpukan pengusahaan produk sepenuh masa.

Mereka membina bengkel di belakang rumah di Taman Paya Gunung Jaya dan berkat kesabaran, sayur fucuk dan tauhu menembusi pasaran seluruh daerah Jerantut.

Katanya, proses pembuatan sayur fucuk memerlukan banyak kesabaran kerana mengambil masa sehingga sehari suntuk untuk disiapkan.

Katanya, pada masa depan, dia juga berhasrat untuk membesarkan perusahaannya serta mencari lokasi lebih selesa kerana kini beroperasi di belakang rumahnya dan dibantu oleh dua orang pekerja.

Sumber: Harian Metro

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club