Kekeluargaan

Redza Syah Azmeer Kongsi Foto Perkahwinan, Mahu Fokus Kepada Keluarga, Kerjaya Dan Masa Depan

Share

“Perjalanan baharu sudah bermula, akan lebih fokus kepada keluarga, kerjaya dan masa depan bersama.”

Redza Syah Azmeer telah berkongsi beberapa foto perkahwinan bersama pilihan hatinya. Redza dikenali sebagai suami kepada pelakon Irma Hasmie. Bagaimanapun status perkahwinan mereka menjadi tanda tanya sehingga kini. Redza menerusi instagram miliknya, Redza mahu fokus kepada keluarga, kerja dan masa depan.

Malah meluahkan rasa syukur atas doa yang diberi atas perkahwinannya dengan isteri baharu yang dikenali Nur Hafiza Mohd Salim


“Perjalanan baharu sudah bermula, akan lebih fokus kepada keluarga, kerjaya dan masa depan bersama.”

“Jazakumullahukahir untuk semua doa.
Semoga Allah SWT makbulkan segala doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari, Aameen Ya Rabbalalamin,” katanya.

Redza berkongsi hari bahagiannya pada petang Ahad (28/4) namun tidak dinyatakan dengan jelas bila tarikh sebenar majlis berkenaan.

Dalam pada hari berkenaan, dua anak Redza dan Irma Hasmie kelihatan turut hadir di majlis perkahwinan tersebut.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang berbeza, Redza turut berkongsi momen majlis pertunangan.

Redza juga memaklumkan hubungan itu mendapat restu dari kedua belah keluarga.

“Penyatuan dua keluarga. Keluarga telah merestui perhubungan ini. Let’s make it proper.”

Wargamaya Ucap Tahniah

Menjengah komen rata-rata memberikan ucapan tahniah atas perkahwinan baharunya.

Sumber: IG redzasyahazmeer